please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Saturday, July 14, 2012

ya badrotim~ wahai purnama =')

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =]

hurmm, lama tak post, dari start semester dua post pasal life kat kampus lepas tu ni sekarang final. banyak benda yang berlaku, tapi, tak terasa nak post. biarlahh benda tu jadi kenangan =)

btw, post kali ni bukan pasal life kat kampus, tapi pasal ya badrotim~^^
tau tak ya badrotim tu apa ? hhaa, pandai~ maksudnya wahai purnama. ehh, apa kaitan ya badrotim dengan post ni ? purnama purnama bagai pulaks~ dah ada someone ker~ *nada gedik* hhahhhaa taklahh. nope nope *geleng geleng kepala*

masa tengah study bisness, paper last, ahad ni. macam biasa la dengar radio ikim mesti mention ke ikim ? poyoo~ ^^" hahahaa tetiba keluar lagu tu. lepas tu macam tergamam jap. sebab dah lama gilaa carik lagu tuu plus suka gilaaa lagu tu. tanya kakcik tu lagu apa ? macam mana nak carik ? kakcik terus cakap"alahh awak gugel je lirik die, keluar lah nanti~" padahal tengah duduk depan laptop, macam tak reti guna teknologi lak. gugel pasal oppaass tau laks. gagagaa

lepas tu carik punya carik, Alhamdulillah~ jumpa. banyak version. yang kte letak kat sini best of the best. sempena akhir akhir bulan syaa'ban ni, bulan Rasulullah~ jom kita samasama mengingati Rasulullah =) okayy, jom dengar =D


one word 'subhanAllah~' sangatsangatsangat best. terharu gilaa dengar =') salah satu yang best sebab dia guna piano =)


ni versi bahasa melayu. best jugak kan =D


yang IKIM selalu pasang =]


hhaa, ni piano cover^^ kte odw mintak notes dari abang ni. hheheeww~


ni versi Hariz. kekekee^^ nanti Hariz dah pandai cakap, nak suruh dia berqasidah~ mesti comeeell sangat kaann =D

lirik;

Ya Badrotim, Ya Badrotim
Minhaaza kullakamaa li
Madza yu'a, Madza yu'abbiru'an 'ulaakamaqaalii

Antalladzi asyraq tafii, Ufuqil 'ulaa
Antalladzi asyraq tafii, Ufuqil 'ulaa
Famahautabill Anwaarikulla dholaali

Famahautabill Anwaarikulla dholaali

Ya Badrotim, Ya Badrotim
Minhaaza kullakamaa li
Madza yu'a, Madza yu'abbiru'an 'ulaakamaqaalii

Solla 'alaikAllahu robbi
Robbi daa imaan
Solla 'alaikAllahu robbi
Robbi daa imaan

Abadan ma'al ibkaariwaal asoo lii
Abadan ma'al ibkaariwaal asoo lii

Ya Badrotim, Ya Badrotim
Minhaaza kullakamaa li
Madza yu'a, Madza yu'abbiru'an 'ulaakamaqaalii

Antalladzi asyraq tafii, Ufuqil 'ulaa
Antalladzi asyraq tafii, Ufuqil 'ulaa
Famahautabill Anwaarikulla dholaali
Famahautabill Anwaarikulla dholaali

Ya Badrotim, Ya Badrotim
Minhaaza kullakamaa li
Madza yu'a, Madza yu'abbiru'an 'ulaakamaqaalii..


lirik dalam BM;

wahai purnama
wahai purnama yang indah lagi sempurna
bagaimana
bagaimana nak ku luah dengan kata-kata
engkau menyinar di alam tinggi
di alam tinggi
terangi kegelapan dan kebatilan
denganmu alam bergemerlapan
bergemerlapan
zahir batin nur nikmat dan kemuliaan
selawat Allah ke atasmu selama lamanya
siang dan malam jua
siang dan malam jua selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu
mereka yang istimewa dam amat sempurna..


semoga kecintaan kita terhadap Rasulullah semakin bertambah setiap detik saat dan waktu, insyaAllah~ =)



psstt: tak dapat upu untuk psikologi, rezeki takde. takpelahh, Allah dah tetapkan jalan yang terbaik untuk kte dengan kos sekarang ni, insyaAllah, aamiinn~ =')

psssttt: jatuh hati dengan orang yang nyanyi kat vid 1st =) heheheww

Sunday, April 22, 2012

tidak semua orang sama

assalamualaikum wbt =]

apa khabar korang semua ? semoga sentiasa didalam lindungan+redha+rahmat Allah, insyaAllah, amiinn~^^ 

masa tengah scroll tengok newsfeed, terjumpa ni. masyaAllah~ terasa sikit plus sedih ='[

seseorang yang sentiasa tersenyum riang dihadapanmu
ketahuilah, dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian

seseorang yang sentiasa bergurau senda dihadapanmu
ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendiri

seseorang yang sentiasa menyuntik katakata semangat dan peransang kepadamu
ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu

seseorang yang sentiasa kelihatan kuat dihadapanmu
ketahuilah yang dia sentiasa mengadu lemah dihadapan Tuhannya

seseorang yang ketawanya menceriakan harimu
ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya

seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu
ketahuilah dia adalah insan yang tidak pernah mendapatkannya

seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya
ketahuilah dialah seorang 'pertapa setia' yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian..

*taken from; mencari redha Allah, fb.


tibatiba teringat cerita seorang doktor yang baru kematian anaknya, tapi terus bergegas ke hospital untuk menjalani pembedahan anak orang lain, dan Alhamdulillah anak orang tu dapat diselamatkan walaupun pada mulanya budak tu seperti tiada harapan untuk sembuh, dan ayah si anak mula menyalahkan doktor yang tabah ini. wuwuwuwuu~ sedih baca cerita tu. tapi, itulah hakikat

sungguh, tidak semua mampu menzahirkan apa yang mereka rasa. maka janganlah kita mementingkan diri, menunding jari dan mengutuk mengata orang lain. kerana kita tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka, dan bagaimanakah mereka menjalani hidup mereka sebenarnya.. 

bukankah Rasulullah SAW juga dilanda hebat ujian hati dan perasaannya, mental dan fizikalnya ? tetapi Baginda SAW bersabar bahkan sentiasa tersenyum ceria, menggembirakan para sahabat, tetamu dan semua manusia am-nya. maka siapalah kita manusia biasa ini disisi Allah ? sedangkan Rasulullah yang dilanda ujian sebegitu berat, masih mampu tersenyum. subhanAllah~

-sekian-



'ya Allah, jadikanlah kami seorang yang sentiasa bersabar dengan setiap ujianMu ya Allah, dan semoga kami termasuk didalam golongan mereka yang mencintaiMu, amiinn ya robbal'alaminn~'


psstt: thanks sangatsangat kat semua yang wish birthday. serius terharu gile, even hanya words 'hb' it still makes me reallyreally........ =')
terasa macam artis sekejap. hahahaha~ thanks a lot guys^.^ may Allah bless us, amiinn~

Saturday, April 7, 2012

berbahagialah wahai jiwa yang duka =')

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =]


'saat kita menempuh onak duri dunia
derita sekali sekala mencuit hati
hati remuk menangis tidak henti
kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi

dalam terharu..
air mata tertumpah juga..

wahai hamba Ilahi
begitulah kehidupan di dunia
kita tidak akan sesekali dapat menjangka
apa yang Allah aturkan untuk kita
adakalanya kita tersangat gembira
adakalanya kita tersangat kecewa

namun..
jangan risau manusia
Allah itu Tuhan kita
Tuhan yang Maha luas kasih sayangNya

percayalah
Allah tidak akan menduga hambaNya
kecuali untuk melihat hambaNya
tersenyum disana
tertawa disana
berbahagia disana
insyaAllah di Syurga
yang mengalir dibawahnya
sungai-sungai yang mendamaikan jiwa
oh, indahnya !

'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya'
[surah al-baqarah ayat 286]

di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah swt..

wahai hamba Allah,
jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan hari nya

kesedihan demi kesedihan
bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputus-asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna

padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah
untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas dari rasa kesedihan

gara-gara kesedihan
air yang manis akan terasa pahit
makanan yang lazat terasa hambar
bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu

ingatlah, tangisan terindah itu apabila butirbutir airmata
mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil disisi Allah
dan begitu berdosanya diri kita disisi Allah

wahai hamba Allah
lihatlah disekelilingmu dan teguhkan pendirianmu
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa (dari rahmat Allah)

senyuman yang kau berikan
dan airmata yang kau titiskan
simpan.. jadikan tauladan

segala yang kau pandang dan dengar
simpan.. buat pedoman' =]

remember, Allah knows everything and Allah is always with you. whatever happens said; ALLAH IS ENOUGH FOR ME. hasbunAllah wani'mal wakil

specially dedicated to her, my sahabah; Han

taken+credit to this vid *sambil menunjuk ke bawah*

'apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya denan mengatakan, "kami telah beriman," dan mererka tidak diuji ? sesungguhnya, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yg benar dan pasti mengetahui orang-orang yg dusta'
[surah al-'ankabut ayat 2-3]

psstt : walaupun kte ambil vid +kata2 tu bulatbulat, tapi itulah yang kte selalu rasa dan nak sampaikan. memang, kte sedar kte bukan kawan yang baik, tapi, insyaAllah, kte mencuba dan berusaha untuk menjadi SAHABAT yang baik, bukan hanya seorang KAWAN.

psssttt: i need friend like the Sahabah r.a.
and
Emrullah and Muhammad Ameen =')

Wednesday, March 7, 2012

new life, new campus, new student

assalamualaikum wbt =]

start 5mac, isnin lepas, dah mula daftar untuk degree ni. actually, dah daftar online, yang tu just kena hanta maklumat gamba and semua dokumen.

kte pergi dengan Hazye (parents dia hantar) thanks a lot pakcik, makcik =) terkial kial lah pusing berulangkali cari tempat/bangunan nak daftar. dah la kampus tu takde signboard tulis 'pendaftaran pelajar baru'. At least letaklah arrow tulis 'pendaftaran pelajar baru di sana', lepas tu arrow arrow and arrow sampai kat bangunan yang kena pergi. Kalau kecik macam merbok takpe jugak. ni dah la bukit, luas lak tu, ala-ala cameron highlands gitu. *hiperbola* Sampaisampai ramai orang and kitorang macam lost. tak tau nak pergi mana and buat ape dulu. kte pun mesej Ann classmate kat merbok dulu nak pergi mana, tunggu kat mana. terima kasih sangatsangat atas bantuan die =]

Esoknya, 6mac, iaitu hari ni, ada taklimat pukul9 pagi. Tahu tak, kte keluar rumah pukul7.15, dengan harapan menggunung ada bas pukul7.30 (selang 1jam setiap bas). Masa kat roundaboat (depan dari busStop) kte nampak bas dah jalan, tapi tak sure tu bas U90 atau tak, sebab tak nampak sangat. hopefully tu bas yang masuk uitm shah alam, bukan bas ke Palam. tepat 7.3o sampai kat bus stop ada banyak bas. tahu tak, bas yang berderet tu semua bas 603; bas yg masuk uitm shah alam. arrgghh !! #stress


pukul8.25 baru lah bas ke Palam sampai. dari sini ke sana 4omin lebih nak dekat sejam jugak sebenarnya bila dah bertolak 8.3o sah-sah la sampai nak dkt 9.3o kan~ taklimat start pukul9. so, ape jadi, kte dengan ada lagi sorang budak perempuan ni nasib baik ada geng masuk dalam dewan kena ikut pintu depan lak tu dengan muka merah gila tunduk je kat lantai. MALU gila oohh ! dalam tu penuh student dengan Prof yang tengah bagi taklimat. ya Allah, 1st day dah malu macam ni. haiahhh saboo je la ++"

tetiba malam tadi, classmate kte mesej cakap esok ada kelas lak. kte pun terus bukak student portal cek registration course. and u know what, max30 student yang dah daftar 28 orang. kte macam, WHATT ?! ape ni ? baru taklimat pagi tadi, tuptup dah hampir penuh class. apesal kte macam tak tau langsung~ kte cek budak kelas lain paling ramai baru 24 orang. apelagi, menggelabah la terus daftar kelas. Alhamdulillah ada si Alia new friend new classmate die yang bagitahu. tankiu sangatsangat alia =)

taken HERE

kte selalu dapat classmate yang semangat gila macam ni. dulu kat merbok pun sama gak. laju je diorang ni. nasib baik ada Atin, Balqis dengan Intan. kalau tak, ergghh ketinggalan. loser gila kot rasa. hehh =.........=

'Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami, ya Allah~' insyaAllah, amiinn~

-sekian-

untuk semua yang selalu rasa down, mari baca ni ; belajar memujuk diri =)


psstt: i'm now officially student of FBM (bm235) kampus Palam. esok kelas pertama. doakan supaya semua berjalan lancar, insyaAllah, amiinn =]
pssttttt: kte mimpi benda pelik pasal seseorang, again. haiahh
psssstttt: kte TAK MAKAN satu hari ni *mengejutkan !* lupe,penat,takde mood nak makan, sakitperut.

Tuesday, February 21, 2012

tag #6

assalamualaikum wbt =]

hai semuaa^.^ *sambil lambailambai tangan*
serius TAG ni dah lama gila kte rasa. kalau ada orang yang di-tag dah pernah buat benda ni. terpulang lah nak buat lagi atau tak.



The Rules
1. You must post this rule
2. Each person must post 11 random things about themselves in their journal
3. Answer each question the tagger set for you in their post and create eleven new questions for the people you tagged to answer
4. You have to choose eleven people to tagged and link them to the post
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6. No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAG IF YOU READING THIS" YOU LEGIMATELLY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONEST) have tagged eleven people.



11 pasal kte yang mungkin korang tau mungkin tidak


1) SAMA MACAM NI ? hhahaha

2) seorang yang penakut. tapi bajet 'cool'~ lah konon.

3) tak boleh duduk sorang-sorang atau jalan sorang-sorang, lagi2 kat tempat asing atau kat tempat-tempat ALIEN, macam; padang yang luas, padang pasir yg luas, highway yg luas lagi besar (Putrajaya adalah contoh bandar alien), laluan yg ada high voltage, tempat kabel elektrik yang besar dan beratur memanjang (ni serius laluan alien), laut yang sangat luas dan tempat-tempat macam tu, yg sewaktu dengannya. *nanti rasa nak nangis/badan menggigil ++"



tempat alien untuk alien ++"



4) suka gila makan makanan pedas. tapi barubaru ni macam dah tak suka sangat. wae~?


5) suka coklat ! =D harihari mesti akan makan benda manis.

6) suka gila tengok bintang kat langit dan akan cari bulan =D

7) kadang-kadang takut duduk tengah-tengah padang sambil tengok langit yang gelap. *rasa macam langit tu akan himpap kte~


8) benci gila high heels =O tapi suka tengok orang pakai high heels =)


cilok kt sini

9) sama macam Nell unnie, suka tengok cerita hantu/seram, tapi hakikatnya penakut gile. *best pulak cerita hantu. gyahahaa^^

10) peminat tegar kpop *bak kata anas. hahahhaa

11) suka lelaki yang kelakar dan sangat ambil berat kat orang yang die suka. hahahaha *poyo~





11 soalan dari orang yang tag kte (Nell unnie) =D



1. Latest movie yang ditonton serta pendapat tentang movie tersebut.
errr, movie kat wayang atau movie kat TV ? hahahaha =p
kalau kat wayang, last tengok cerita, sumkumkum (sumpahan kumkum). cerita ni macam tak logik sket plus agak kelakar. kelakar sebab, time hantu keluar orang lain semua diam kitorang je bising, jadi rasa lawak sebab dengar suara kitorang kat dalam wayang, last2 gelak sesama sendiri. and bff kte, Han, time orang lain semua tengok takut-takut, die boleh lak gelak tengok orang tu kena rasuk. hahahhaa^^


movie kat TV last tengok tadi, cerita vampire ape ntah tajuk die yg pasti bukan twilight. ni lagi TAK LOGIK plus ntahpape, sebab tengok time cerita tu lagi 10minint nak habis. memanglah faham cerita tu pasal apa kann.......

2. Lelaki mana pada tanggapan korang lebih cool dan korang lagi suka? Ahli sukan atau ahli muzik? Pilih antara dua ni je, takpayah tambah kategori lain, hehehe XP
susahnya soalan ni.. ermm~ bagi kte lelaki yang cool adalah seperti watak Jay Chou dalam 'Kung Fu Dunk' atau dalam cerita 'The Green Hornet'. Actually, lelaki yang cool ialah lelaki yang OTOMEN =] terer dalam dua-dua, lawan+kerja rumah. serius, ni cool gila ^.^

antara ahli sukan dengan ahli muzik ? hurmm.. musician kot~ musician berjiwa seni dan sangat memahami orang sebab dia memerlukan kreativiti untuk cipta sesuatu.


lovely pianist mauww~ hahaha *taken here



4. Negeri dalam Malaysia yang paling korang suka atau teringin pergi dan kenapa.


paling suka JOHOR ! =D sebab tu kampung kte and johor sebelah singapore je =D johor punya makanan semua sedapsedap. lepas tu, banyak laut, gunung, pulau pun banyak. wohhoo~


paling teringin nak pergi Pulau Rawa. tapi, sampai sekarang belum ada rezeki nak pergi sana =)


5. Pendapat pasal isu kahwin muda. Kalau ditakdirkan berlaku pada anda, menolak ke menerima dengan hati terbuka? (cepumas betul, hahaha!)
kahwin muda ni takde hal sebenarnya. terpulang pada individu tu sendiri boleh atau tidak. kalau takdir kena kat kte, tengok keadaan juga. kalau bakal suami boleh support, insyaAllah~ yang penting lelaki tu sendiri perlu sedar tanggungjawab yang bakal dipikul, ni bukan perkara mudah lebih-lebih lagi pada orang lelaki. sebab, yang kena tanggung isteri itu suami, itu tanggungjawab suami. ececehh~ hahaaha =D


5. Perlu ke pilih boyfriend / bakal suami yang ada degree atau qualification dari university? Pendapat?
bagi kte, qualification atau ilmu itu sangat penting. tapi, tak kisah degree sebenarnya, diploma pun oke, tapi janganlah sampai SPM je, tak elok tu~ kalau kitorang, anak-anak perempuan abah ni, bakal suami ditapis dulu. first, mesti tak merokok. kedua, kelulusan tak kisah ape kalau boleh yang lagi tinggi dari isteri/sama taraf, tapi, WAJIB kena ada minimum diploma syari'ah. sebab ilmu syari'ah penting dalam rumahtangga. kalau takde, ehemm.  kena pergi belajar amek syari'ah dulu. wuhhuuhuu~


6. Enjoy tak belajar kos yang anda belajar sekarang. Dan kalau bekerja, suka tak kerja anda sekarang.

bakal masuk 5mac ni. kalau ikutkan nama kos tu, sangatlah tak tau amende tu jadi mungkin tak suka. tapi, tak tau sebab tak belajar lagi. apepun, kte akan cuba suka kos tu, insyaAllah =]



kerja sekejap je, tak suka. b o s a n =O

7. Perempuan yang berusaha buat seseorang lelaki tu suka kat dia. Perigi cari timba atau cool?

cool kot ? sebab tak semua perempuan ada courage untuk menyatakan hasrat dia aicehh~ kalau perempuan tu berusaha nak buat lelaki tu suka kat die, kte suka perempuan yang macam tu, and kalau orang tu adalah orang yang rapat dengan kte, kte akan support die. tp, beragak la, jangan melebih sampai langgar syarak =]
BUT, kte takkan buat macam tu kot atau akan buat ? hahaha^^ tak tau lahh. kte tak pernah suka orang betulbetul, atau lebih tepat lagi, kita TAK pernah berCINTA punn. Kte tak pernah lalui benda macam ni, jadi kte tak tau macam mana situasi die. kalau macam sekarang, kte suka hyukjae, harihari kte tweet die. hahahaa #merepek. tapi, kalau orang betul, entahlah.

the most important thing is; i'll just be myself.




8. Kerjaya impian.

semenjak fikiran ni matang sket, citacita masa zaman kanak-kanak nak jadi BOS, senang je boleh arah-arah orang. hahaha =D
kte teringin sangatsangatsangat nak jadi Sosiologi/psikologi/sejarawan. sebab kte suka sangat tau pemikiran orang. kte macam boleh agak orang ni macam mana, orang tu macam mana, dengan sekali tengok. Curiosity yang melampau; 'kenapa orang tu macam tu ? kenapa die jadi macam ni ? kenapa sistem macam ni menyebabkan orang jadi macam tu ? dll...' menyebabkan kte nak selidik sangat bagaimana manusia boleh mempunyai fikiran yang macam tu yang menyebabkan dia bertindak macam tu. plus, kte nak betulkan balik pemikiran orang yang menyimpang.


sejarawan pula, lebih kurang sama; kte nak betulkan balik sejarah dunia mengikut qur'an+sunnah yang banyak orang kafir dah ubah. melalui sejarah juga, kita akan dapat tau perkara yang sebenar. jadi, bila kita ada ilmu kat situ, orang susah nak manipulasi kita kan~ hehehee





9. Kalau makan kat McD suka burger apa?


kte tak makan mcD la. hahahha =p mestilah, Spicy Chicken McDeluxe ! =D

10. Define 'respect' tu macam mana in your own words.

respect each other, hormat-menghormati sesama kita. Jangan membangga diri, semua manusia sama disisi Allah, yg membezakan hanya iman dan taqwa. jadi, bila sifat hormat ni ada dalam diri, sikap bangga diri dan suka merendahkan orang lain TIDAK akan ada. Setiap apa yang kita lakukan, akan dibalas balik oleh Allah. 'what goes aroud comes around.'


'sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yg memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain'

[riwayat Muslim]






11. Lastly siapa yang jawab tag ni saya bagi dia tanya satu soalan yang dia nak saya jawab. Apa-apa je! :D Hehehee~

sila jawab 11soalan dari kte pulak. hhehehe =p





11 soalan yang korang kena jawab. selamat menjawab ye. huahauhaua =DD



1. Cartoon, drama, dan movie favourite dari kecik sampai sekarang dan kenapa. jawab ketiga-tiga tu tau
2. Kos yang korang dapat sekarang ni ada kaitan tak dengan cita-cita yang korang idam-idamkan dari kecik?
3. Korang rasa, korang ni orang yang macam mana ? personality macam mana ? nak perasan sendiri pun takpe =p

4. Apa pendapat korang tentang lelaki yang suka tengok MV girl groups tapi tak suka lagu tu ?

5. Korang treat family dengan kawan, lagilagi kawan rapat macam mana ? sama tak ? kalau tak sama, kenapa?

6. Antara ibu, ayah, abang, kakak, atau adik, yang mana korang lebih rapat ? kenapa ?


7. Semalam pergi mana dan buat apa ?


8. Ballad, rock, dengan jiwang kapak, mana satu lebih suka ? kalau jawab yang tak dinyatakan sah beruk. hahhaa =p

9. Rumah idaman.


10. Apa hadiah paling ntahpape korang pernah bagi.

11. Kenapa mostly Malay Movies takde kualiti ?



11 orang yang kena 'TEMBAK' hahaha ! =D


1. Han Eba
2. Hazye



3. Kim Yana



4.FAR si greeny



5. Balqis Hamdan



6. sis Nell (jwb soalan-soalan kte tu tauu =)



7. Intankookienino
8. Filza Fiz

9. AG

10. Ayina

11. en.Dosh



thanks bagi semua yang baca dan akan menjawab semua ni =D

-sekian-






psstt: post ni lama dalam draft. hahhaha^^"

psssttt: tibatiba jadi benci gila dengan html code 'underline'. tak pasal pasal kena ngadap html code ni edit balik. stress !