please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Tuesday, July 24, 2012

cucu kedua ibuabah ^.^

assalamualaikum wbt =]


sultan hebat, penakluk konstantinopel sewaktu berumur 22tahun 

seperti yang dijanjikan di twitter, ni post pasal anak 1st kakak kesayangan; NurulHusna dengan suaminya Ahmad Fadhli

lewat post ni, patutnya hari ke7 dah diumumkan, ambil sunnah. huhuuee~ tapi dah uaruarkan kat twitter, dapat jugak pahala sunnah tu. heheheww

'tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama'
[hadith riwayat Ahmad]

14julai 2o12 bersamaan 24sya'ban 1433, 0718am, Nur Muhammad Fateh telah selamat dilahirkan di Hospital Sg.Buloh. Alhamdulillah~ terimakasih ya Allah, kerana permudahkan kelahiran kakakku =]

Nur Muhammad Fateh

nama tu juga diambil sempena nama Sultan Muhammad al-Fateh sultan favourite kte  kte dah la suka sangat nama ni, sebab kte suka ssangaatt Sultan Muhammad al-Fateh. tetiba dapat tahu kakak nak bagi nama ni. yeayy~! alhamdulillah. fateh kan lebih kurang nama ayah dia, fadhly; Fateh Fadhly.

nama dia bermaksud,cahaya kepujian kepembukaan. semoga dia dapat menjadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh, khalifah agung yang akan menjunjung tinggi agamaNya, berjuang demiNya dan menegakkan agamaNya, suatu hari nanti, insyaAllah, amiinn~ 

tengok tu, Fateh takde kening. Hariz pun sama. ikut atuk dia laa, rupa cina. kkekeke~^^ mata fateh cantik, ikut atuk-atuk dia dengan ummi+papa die =)

 budak mata sepet

ohh yea, mata sepet garagara pengaruh runningman kot ? hahaha masa pregnantkan fateh, kakak marathon runningman dari ep1-90++ hahaha. hebat tak hebat. kte panggil fateh, gael-ly~~ gary oppa. kekekee~ lepas tu tukar jadi, HaHa, comel sikit dari gary^^ lepas tu yang terbaru, sebab dia senyum ada macam senget sebelah, kte baru nak cakap macam soo hyun. tetiba kakak dah cakap dulu. hensem macam soo hyun nanti. omoo omoo~!! hahahahha~~!! taste kakak sama dengan kte. ekkekee^^ suka lak miehahaahhaa


suka tengok soo hyun senyum *melting* gagagaa~ semoga Fateh besar, hensem macam soo hyun oppa oke~? amiinn~ huhuhuuee^^"


hari sebelum tu, 13hb tak silap kte tak ingat dah hahaa~  dia masuk bilik tetiba cakap

"yyg, nama gelaran kat rumah kakak dah bleeding ni, nak pergi hospital cek. awak nak ikut tak ? nak ikut, siap la cepat~"

kte yang tengah tido time tu, dengar kakak kte panggil plus cakap, terus macam kena kejutan letrik ! terus bangun , HAA !! memang gelabah gle. wuhhuhue~

fateh dengan ummi dia

kakak dah start bleeding, tapi tak teruk sangat. tapi risaulah jugak kan. jadi kitorang semua pergi hospital, kakak pun buat check up. tunggu doctor sampai pukul3pagi. fuhh~ ngantuk gile. dah la time tu bz study bisnes last paper untuk final. papernya ahad tu 15hb. segala buku biz bawak gi hospital, study. memang dah agak mesti lama punya. dalam pukul12 ke 11am datang hospital, sampai la ke pukul3.3o++++ lastlast decide balik dulu, cuma abg ahmad je yang tinggal, jaga kakak.

berdiri: abg ahmad, kanan: kakak 

lepas tu esoknya amek kakak dengan husband dia balik rumah, doctor kata takde ape. nak teberanak nanti baru datang. so, balik la rumah macam biasa...


 abah a.k.a atuk gendong fateh 

dalam pukul 1-2pagi tu pulak, tengah sesedap on9, main game, tetiba kakak masuk bilik (dia dah siap time tu, bertudung, berkain batik dan lengkap pakai, prepare nak pergi hospital) dengan muka tahan sakit perut, agak pucat la, dia cakap

"yyg, kakak nak pergi hospital tau, dengan abg ahmad~ dah sakit sangat ni~~"

kte pun tetiba menggelabah. "haa~ bia betul ?! nak ikut. alahh, tapi tak siap lagi ni. takpelah awk pergi dulu, nanti kitorang datang dengan abah~"

lepas tu diorang pun pergi. kte kejutkan abah, tanya nak pergi hospital tak. kakak dgn abg ahmad dah pergi. abah pun cakap, nanti tunggu semua dah selesai, tunggu abg ahmad call baru kte pergi la~ lepas tu abah sambung tido. ceihh~ hhahaha betul jugak. buatnya belum lagi, tak ke penat nak kena balik rumah balik. hurmm~


 tante dengan fateh =D nak jugak tengok kte si fateh tu, huhuee~^^

lepas tu paginya, dalam 7.3o, abg ahmad call, kte dah agak ni mesti nak bagitau yang kakak dah selamat beranak. tapi cuak la jugak nak angkat phone time tu~ dia pun cakap "alhamdulillah, kakak dah selamat bersalin pukul7 lebih tadi. semua normal, alhamdulillah~"

kte pun terus kejut kakcik abah, call along angah ibu time ni ibu takde kat rumah, ibu ada meeting semua cakap, kakak dah bersalin. yeuaahhuu~ alhamdulillah~ macam tak percaya pulaks. huhhuuee~^^


 "mehh, tido dengan abang~"-Hariz. kekekee^^


tengok, hariz tido dulu, tak tunggu fateh pun. wuhhuhu~ hahahhaa^^ siapa punya keje la ni. kekeke^^

sekarang, kte pun sekali jaga fateh+kakak. anak kakak, anak kte jugak =) banyak jaga fateh dari jaga kakak. ngeh3~~

maaf, gamba pecah, kamera murah, hhuhuue~^^"

-sekian-

psstt: bestnyaa siapa nama disebut sebut didalam selawat dan zikrullah =') yee, kte jeles =S
psssttt: mimpi suju oppaass, tapi apesal mimpi ni pelik sangat ? hahaahh

Saturday, July 14, 2012

ya badrotim~ wahai purnama =')

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =]

hurmm, lama tak post, dari start semester dua post pasal life kat kampus lepas tu ni sekarang final. banyak benda yang berlaku, tapi, tak terasa nak post. biarlahh benda tu jadi kenangan =)

btw, post kali ni bukan pasal life kat kampus, tapi pasal ya badrotim~^^
tau tak ya badrotim tu apa ? hhaa, pandai~ maksudnya wahai purnama. ehh, apa kaitan ya badrotim dengan post ni ? purnama purnama bagai pulaks~ dah ada someone ker~ *nada gedik* hhahhhaa taklahh. nope nope *geleng geleng kepala*

masa tengah study bisness, paper last, ahad ni. macam biasa la dengar radio ikim mesti mention ke ikim ? poyoo~ ^^" hahahaa tetiba keluar lagu tu. lepas tu macam tergamam jap. sebab dah lama gilaa carik lagu tuu plus suka gilaaa lagu tu. tanya kakcik tu lagu apa ? macam mana nak carik ? kakcik terus cakap"alahh awak gugel je lirik die, keluar lah nanti~" padahal tengah duduk depan laptop, macam tak reti guna teknologi lak. gugel pasal oppaass tau laks. gagagaa

lepas tu carik punya carik, Alhamdulillah~ jumpa. banyak version. yang kte letak kat sini best of the best. sempena akhir akhir bulan syaa'ban ni, bulan Rasulullah~ jom kita samasama mengingati Rasulullah =) okayy, jom dengar =D


one word 'subhanAllah~' sangatsangatsangat best. terharu gilaa dengar =') salah satu yang best sebab dia guna piano =)


ni versi bahasa melayu. best jugak kan =D


yang IKIM selalu pasang =]


hhaa, ni piano cover^^ kte odw mintak notes dari abang ni. hheheeww~


ni versi Hariz. kekekee^^ nanti Hariz dah pandai cakap, nak suruh dia berqasidah~ mesti comeeell sangat kaann =D

lirik;

Ya Badrotim, Ya Badrotim
Minhaaza kullakamaa li
Madza yu'a, Madza yu'abbiru'an 'ulaakamaqaalii

Antalladzi asyraq tafii, Ufuqil 'ulaa
Antalladzi asyraq tafii, Ufuqil 'ulaa
Famahautabill Anwaarikulla dholaali

Famahautabill Anwaarikulla dholaali

Ya Badrotim, Ya Badrotim
Minhaaza kullakamaa li
Madza yu'a, Madza yu'abbiru'an 'ulaakamaqaalii

Solla 'alaikAllahu robbi
Robbi daa imaan
Solla 'alaikAllahu robbi
Robbi daa imaan

Abadan ma'al ibkaariwaal asoo lii
Abadan ma'al ibkaariwaal asoo lii

Ya Badrotim, Ya Badrotim
Minhaaza kullakamaa li
Madza yu'a, Madza yu'abbiru'an 'ulaakamaqaalii

Antalladzi asyraq tafii, Ufuqil 'ulaa
Antalladzi asyraq tafii, Ufuqil 'ulaa
Famahautabill Anwaarikulla dholaali
Famahautabill Anwaarikulla dholaali

Ya Badrotim, Ya Badrotim
Minhaaza kullakamaa li
Madza yu'a, Madza yu'abbiru'an 'ulaakamaqaalii..


lirik dalam BM;

wahai purnama
wahai purnama yang indah lagi sempurna
bagaimana
bagaimana nak ku luah dengan kata-kata
engkau menyinar di alam tinggi
di alam tinggi
terangi kegelapan dan kebatilan
denganmu alam bergemerlapan
bergemerlapan
zahir batin nur nikmat dan kemuliaan
selawat Allah ke atasmu selama lamanya
siang dan malam jua
siang dan malam jua selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu
mereka yang istimewa dam amat sempurna..


semoga kecintaan kita terhadap Rasulullah semakin bertambah setiap detik saat dan waktu, insyaAllah~ =)



psstt: tak dapat upu untuk psikologi, rezeki takde. takpelahh, Allah dah tetapkan jalan yang terbaik untuk kte dengan kos sekarang ni, insyaAllah, aamiinn~ =')

psssttt: jatuh hati dengan orang yang nyanyi kat vid 1st =) heheheww

Sunday, April 22, 2012

tidak semua orang sama

assalamualaikum wbt =]

apa khabar korang semua ? semoga sentiasa didalam lindungan+redha+rahmat Allah, insyaAllah, amiinn~^^ 

masa tengah scroll tengok newsfeed, terjumpa ni. masyaAllah~ terasa sikit plus sedih ='[

seseorang yang sentiasa tersenyum riang dihadapanmu
ketahuilah, dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian

seseorang yang sentiasa bergurau senda dihadapanmu
ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendiri

seseorang yang sentiasa menyuntik katakata semangat dan peransang kepadamu
ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu

seseorang yang sentiasa kelihatan kuat dihadapanmu
ketahuilah yang dia sentiasa mengadu lemah dihadapan Tuhannya

seseorang yang ketawanya menceriakan harimu
ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya

seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu
ketahuilah dia adalah insan yang tidak pernah mendapatkannya

seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya
ketahuilah dialah seorang 'pertapa setia' yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian..

*taken from; mencari redha Allah, fb.


tibatiba teringat cerita seorang doktor yang baru kematian anaknya, tapi terus bergegas ke hospital untuk menjalani pembedahan anak orang lain, dan Alhamdulillah anak orang tu dapat diselamatkan walaupun pada mulanya budak tu seperti tiada harapan untuk sembuh, dan ayah si anak mula menyalahkan doktor yang tabah ini. wuwuwuwuu~ sedih baca cerita tu. tapi, itulah hakikat

sungguh, tidak semua mampu menzahirkan apa yang mereka rasa. maka janganlah kita mementingkan diri, menunding jari dan mengutuk mengata orang lain. kerana kita tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka, dan bagaimanakah mereka menjalani hidup mereka sebenarnya.. 

bukankah Rasulullah SAW juga dilanda hebat ujian hati dan perasaannya, mental dan fizikalnya ? tetapi Baginda SAW bersabar bahkan sentiasa tersenyum ceria, menggembirakan para sahabat, tetamu dan semua manusia am-nya. maka siapalah kita manusia biasa ini disisi Allah ? sedangkan Rasulullah yang dilanda ujian sebegitu berat, masih mampu tersenyum. subhanAllah~

-sekian-



'ya Allah, jadikanlah kami seorang yang sentiasa bersabar dengan setiap ujianMu ya Allah, dan semoga kami termasuk didalam golongan mereka yang mencintaiMu, amiinn ya robbal'alaminn~'


psstt: thanks sangatsangat kat semua yang wish birthday. serius terharu gile, even hanya words 'hb' it still makes me reallyreally........ =')
terasa macam artis sekejap. hahahaha~ thanks a lot guys^.^ may Allah bless us, amiinn~

Saturday, April 7, 2012

berbahagialah wahai jiwa yang duka =')

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =]


'saat kita menempuh onak duri dunia
derita sekali sekala mencuit hati
hati remuk menangis tidak henti
kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi

dalam terharu..
air mata tertumpah juga..

wahai hamba Ilahi
begitulah kehidupan di dunia
kita tidak akan sesekali dapat menjangka
apa yang Allah aturkan untuk kita
adakalanya kita tersangat gembira
adakalanya kita tersangat kecewa

namun..
jangan risau manusia
Allah itu Tuhan kita
Tuhan yang Maha luas kasih sayangNya

percayalah
Allah tidak akan menduga hambaNya
kecuali untuk melihat hambaNya
tersenyum disana
tertawa disana
berbahagia disana
insyaAllah di Syurga
yang mengalir dibawahnya
sungai-sungai yang mendamaikan jiwa
oh, indahnya !

'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya'
[surah al-baqarah ayat 286]

di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah swt..

wahai hamba Allah,
jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan hari nya

kesedihan demi kesedihan
bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputus-asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna

padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah
untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas dari rasa kesedihan

gara-gara kesedihan
air yang manis akan terasa pahit
makanan yang lazat terasa hambar
bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu

ingatlah, tangisan terindah itu apabila butirbutir airmata
mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil disisi Allah
dan begitu berdosanya diri kita disisi Allah

wahai hamba Allah
lihatlah disekelilingmu dan teguhkan pendirianmu
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa (dari rahmat Allah)

senyuman yang kau berikan
dan airmata yang kau titiskan
simpan.. jadikan tauladan

segala yang kau pandang dan dengar
simpan.. buat pedoman' =]

remember, Allah knows everything and Allah is always with you. whatever happens said; ALLAH IS ENOUGH FOR ME. hasbunAllah wani'mal wakil

specially dedicated to her, my sahabah; Han

taken+credit to this vid *sambil menunjuk ke bawah*

'apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya denan mengatakan, "kami telah beriman," dan mererka tidak diuji ? sesungguhnya, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yg benar dan pasti mengetahui orang-orang yg dusta'
[surah al-'ankabut ayat 2-3]

psstt : walaupun kte ambil vid +kata2 tu bulatbulat, tapi itulah yang kte selalu rasa dan nak sampaikan. memang, kte sedar kte bukan kawan yang baik, tapi, insyaAllah, kte mencuba dan berusaha untuk menjadi SAHABAT yang baik, bukan hanya seorang KAWAN.

psssttt: i need friend like the Sahabah r.a.
and
Emrullah and Muhammad Ameen =')

Wednesday, March 7, 2012

new life, new campus, new student

assalamualaikum wbt =]

start 5mac, isnin lepas, dah mula daftar untuk degree ni. actually, dah daftar online, yang tu just kena hanta maklumat gamba and semua dokumen.

kte pergi dengan Hazye (parents dia hantar) thanks a lot pakcik, makcik =) terkial kial lah pusing berulangkali cari tempat/bangunan nak daftar. dah la kampus tu takde signboard tulis 'pendaftaran pelajar baru'. At least letaklah arrow tulis 'pendaftaran pelajar baru di sana', lepas tu arrow arrow and arrow sampai kat bangunan yang kena pergi. Kalau kecik macam merbok takpe jugak. ni dah la bukit, luas lak tu, ala-ala cameron highlands gitu. *hiperbola* Sampaisampai ramai orang and kitorang macam lost. tak tau nak pergi mana and buat ape dulu. kte pun mesej Ann classmate kat merbok dulu nak pergi mana, tunggu kat mana. terima kasih sangatsangat atas bantuan die =]

Esoknya, 6mac, iaitu hari ni, ada taklimat pukul9 pagi. Tahu tak, kte keluar rumah pukul7.15, dengan harapan menggunung ada bas pukul7.30 (selang 1jam setiap bas). Masa kat roundaboat (depan dari busStop) kte nampak bas dah jalan, tapi tak sure tu bas U90 atau tak, sebab tak nampak sangat. hopefully tu bas yang masuk uitm shah alam, bukan bas ke Palam. tepat 7.3o sampai kat bus stop ada banyak bas. tahu tak, bas yang berderet tu semua bas 603; bas yg masuk uitm shah alam. arrgghh !! #stress


pukul8.25 baru lah bas ke Palam sampai. dari sini ke sana 4omin lebih nak dekat sejam jugak sebenarnya bila dah bertolak 8.3o sah-sah la sampai nak dkt 9.3o kan~ taklimat start pukul9. so, ape jadi, kte dengan ada lagi sorang budak perempuan ni nasib baik ada geng masuk dalam dewan kena ikut pintu depan lak tu dengan muka merah gila tunduk je kat lantai. MALU gila oohh ! dalam tu penuh student dengan Prof yang tengah bagi taklimat. ya Allah, 1st day dah malu macam ni. haiahhh saboo je la ++"

tetiba malam tadi, classmate kte mesej cakap esok ada kelas lak. kte pun terus bukak student portal cek registration course. and u know what, max30 student yang dah daftar 28 orang. kte macam, WHATT ?! ape ni ? baru taklimat pagi tadi, tuptup dah hampir penuh class. apesal kte macam tak tau langsung~ kte cek budak kelas lain paling ramai baru 24 orang. apelagi, menggelabah la terus daftar kelas. Alhamdulillah ada si Alia new friend new classmate die yang bagitahu. tankiu sangatsangat alia =)

taken HERE

kte selalu dapat classmate yang semangat gila macam ni. dulu kat merbok pun sama gak. laju je diorang ni. nasib baik ada Atin, Balqis dengan Intan. kalau tak, ergghh ketinggalan. loser gila kot rasa. hehh =.........=

'Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami, ya Allah~' insyaAllah, amiinn~

-sekian-

untuk semua yang selalu rasa down, mari baca ni ; belajar memujuk diri =)


psstt: i'm now officially student of FBM (bm235) kampus Palam. esok kelas pertama. doakan supaya semua berjalan lancar, insyaAllah, amiinn =]
pssttttt: kte mimpi benda pelik pasal seseorang, again. haiahh
psssstttt: kte TAK MAKAN satu hari ni *mengejutkan !* lupe,penat,takde mood nak makan, sakitperut.