please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Wednesday, July 25, 2012

ngedate dengan harizson =)

assalamualaikum wbt =]


21 julai 2012 bersamaan 1 ramadhan 1433, hari Sabtu, first day puasa, along's+angah's family datang sini (balik rumah) berbuka bersama. semua ada, wehuuee~ alhamdulillah^^ seronoknya hari pertama puasa, berbuka bersama =D

patutlah petang tu ibuabah bz sangat kat dapur masak. kte tolong apa yang patut je la~ tak terfikir lak yang dorang masak banyakbanyak sebab alongangah nak datang. abah masak soto, ibu masak spaghetti. ohh nomnomnomnom~~ yummyy sangat ssseddapp ! =DD

malam tu semua pergi masjid negeri. tapi, kte kena tinggal sebab jaga kakak. isya'+terawikh kat rumah je la. *sob~ ='(

credit picca to gugel HERE

esoknyaa, pukul5 pagi, masa prepare nak sahur. ehh, hariz bangun nak makan sekali. huhuuhuee~ comel jee^^ lepas tu die terus tak tido sampai ke pagi. dalam pukul9 lebih macam tu, kak erda kakak ipar mandikan dia. lepas tu dia ngaruk-ngaruk, mengamuk sebab bosan takde benda nak buat. mainla apepun dengan dia, tak layan. sebabnyaaaaa dia nak jejalans~ kemain lagi ehh. dia tak bebas, nak jalanjalan tengok orang ramai. kte pun ajak la kak erda bawak hariz g tasek. kejutkan along~ siapsiap semua, tak pergi tasek. tapi, nak pergi sunway piramid, carik baju along. kte+along+kak erda+hariz je yang pergi. yang lain diam je kat rumah, buat ape yang patut. tett~~~~~ hahahahha^^


pantang hala kamera, mesti pandang~ 

tetiba masa dah nak sampai subang, tukar laluan pergi Empire puleks. tak jadi pergi piramid. lepas tu kte text la pakcik ni, sebab rumah die depan empire tu je. sesaja text, ajak die datang empire jumpa dengan hariz. huhuuee~

 mata sama dengan monkey tuu, comeell~!!

dari tengahhari tu sampai ke pukul3 jejalans kat sana. semua kedai baby masuk. biaselahh jalanjalan bawak baby kaann~ gagaga


lastlast bosan, masuk lah toys'r'us. pheww~! ni memang tempat generate energy ohh ! muka eksaited

kiri tu pakcik baju hitam. hhuuoo~

darth vader vs captain rex ?

 along the Hulk

tengok apa yang kitorang dah buat kat toys'r'us tuu. mengalahkan budak kecik ! =D

hariz jadi mangsa


dah nak keluar, baru lah dia terjaga dari tidur, terus sukaa. ambooii~ kemain

hari before ni, yang diorang pergi terawikh bawak hariz time kte takde tu, tak reti duduk diam. main dengan kawankawan baru.kak erda cakap, semua budak lari dari dia. sebab dia kejar plus tariktarik orang. ahahhaha^^ comel betul.

tapi hari yang dia terawikh time kte ada, kitorang duduk tingkat2 sebab atas tu sejuk sikit. mana taknyaa, ramai gle orang kott ! tahun lepas takdelah ramai macam ni. tahun ni, serius harihari masjid negeri penuh gle ohh ! alhamdulillah~

malam tu pulak, berterawikh bersama yelaa, malam sebelum tu takdapat terawikh sama dengan diorang =(  yuhhuuee~^^ hariz transform pakai jubah. ibuabah belikan kat makkah, masa pergi umrah hari tu. dengan kopiah die lagi, comel kaann =D


kiri; ibu hariz *kak erda

macam anak sendiri puleks~ hhehheeww^^


ble dah duduk atas, tak ramai orang, dia takde kawan sangat, jadi die duduk je la main dengan mainan mainan die. baik betul budak ni~^^ takdapat nak tengok dia larilari kejar budak lain. hahahaha =D

selesai sudah seharian ngedate dengan harizson, huhuuee~ alhamdulillah~^.^

kenapa panggil hariz, harizson ? dah macam anak hariz lak, sebab 'son' belakang tu ++" 

takdelahh, sebab, kte kan memang hobi sesuka hati letak nama yang ala ala comel gitu, nama manja untuk orang. jadi nama manja hariz, kte panggil die harizson. kalau ikut sebutan, actually; harishshoonn~ cuba sebut. best kaann. macam pelatpelat comel gitu. kekekeke^^ lepas tu semua orang kat rumah ikut panggil macam tu. ngieahhaha^^

ohh yea, dan satu lagi, kitorang yang perempuan, makcikmakcik ni, tak bahasakan diri makcik, maksu mak mak semua tu, tapi, bahasakan diri tante. tapi, untuk yang dah kawin, macam along angah, sebab perempuan tu ipar, bukan adik beradik, jadi panggil macam biasa, maklong/makngah. pengaruh ikut sebelah abah yang jawa ni. makcik sebelah abah kitorang panggil tante jugak. ibu bugis. kalau ikutkan ada campur jawabugiscinaarab. jadi, bukan melayu tulen a.k.a orang asli. ggagaga


tante dengan harizsayang

oke, itu sahaja, kisah ngedate dengan harishshoonn =D nanti kalau pergi tasik, taman tema atau ngedate dengan hariz lagi, kte update ehh~ weuhheuee~^^


'siapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi'
[hadith riwayat Bukhari dan Muslim]


ohh yeahh ! SELAMAT BERPUASA diucapkan kepada muslimin dan muslimat =D semoga segala amalan kita diterimaNya, insyaAllah, amiinn~ =]

-sekian-


psstt: gamba hariz sorang pakai jubah takde, sebab die tak reti duduk diam. huhuue~
psssttt: sakitperut ohh ! hahahha selamat berpuasa =) wassalam

Tuesday, July 24, 2012

cucu kedua ibuabah ^.^

assalamualaikum wbt =]


sultan hebat, penakluk konstantinopel sewaktu berumur 22tahun 

seperti yang dijanjikan di twitter, ni post pasal anak 1st kakak kesayangan; NurulHusna dengan suaminya Ahmad Fadhli

lewat post ni, patutnya hari ke7 dah diumumkan, ambil sunnah. huhuuee~ tapi dah uaruarkan kat twitter, dapat jugak pahala sunnah tu. heheheww

'tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama'
[hadith riwayat Ahmad]

14julai 2o12 bersamaan 24sya'ban 1433, 0718am, Nur Muhammad Fateh telah selamat dilahirkan di Hospital Sg.Buloh. Alhamdulillah~ terimakasih ya Allah, kerana permudahkan kelahiran kakakku =]

Nur Muhammad Fateh

nama tu juga diambil sempena nama Sultan Muhammad al-Fateh sultan favourite kte  kte dah la suka sangat nama ni, sebab kte suka ssangaatt Sultan Muhammad al-Fateh. tetiba dapat tahu kakak nak bagi nama ni. yeayy~! alhamdulillah. fateh kan lebih kurang nama ayah dia, fadhly; Fateh Fadhly.

nama dia bermaksud,cahaya kepujian kepembukaan. semoga dia dapat menjadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh, khalifah agung yang akan menjunjung tinggi agamaNya, berjuang demiNya dan menegakkan agamaNya, suatu hari nanti, insyaAllah, amiinn~ 

tengok tu, Fateh takde kening. Hariz pun sama. ikut atuk dia laa, rupa cina. kkekeke~^^ mata fateh cantik, ikut atuk-atuk dia dengan ummi+papa die =)

 budak mata sepet

ohh yea, mata sepet garagara pengaruh runningman kot ? hahaha masa pregnantkan fateh, kakak marathon runningman dari ep1-90++ hahaha. hebat tak hebat. kte panggil fateh, gael-ly~~ gary oppa. kekekee~ lepas tu tukar jadi, HaHa, comel sikit dari gary^^ lepas tu yang terbaru, sebab dia senyum ada macam senget sebelah, kte baru nak cakap macam soo hyun. tetiba kakak dah cakap dulu. hensem macam soo hyun nanti. omoo omoo~!! hahahahha~~!! taste kakak sama dengan kte. ekkekee^^ suka lak miehahaahhaa


suka tengok soo hyun senyum *melting* gagagaa~ semoga Fateh besar, hensem macam soo hyun oppa oke~? amiinn~ huhuhuuee^^"


hari sebelum tu, 13hb tak silap kte tak ingat dah hahaa~  dia masuk bilik tetiba cakap

"yyg, nama gelaran kat rumah kakak dah bleeding ni, nak pergi hospital cek. awak nak ikut tak ? nak ikut, siap la cepat~"

kte yang tengah tido time tu, dengar kakak kte panggil plus cakap, terus macam kena kejutan letrik ! terus bangun , HAA !! memang gelabah gle. wuhhuhue~

fateh dengan ummi dia

kakak dah start bleeding, tapi tak teruk sangat. tapi risaulah jugak kan. jadi kitorang semua pergi hospital, kakak pun buat check up. tunggu doctor sampai pukul3pagi. fuhh~ ngantuk gile. dah la time tu bz study bisnes last paper untuk final. papernya ahad tu 15hb. segala buku biz bawak gi hospital, study. memang dah agak mesti lama punya. dalam pukul12 ke 11am datang hospital, sampai la ke pukul3.3o++++ lastlast decide balik dulu, cuma abg ahmad je yang tinggal, jaga kakak.

berdiri: abg ahmad, kanan: kakak 

lepas tu esoknya amek kakak dengan husband dia balik rumah, doctor kata takde ape. nak teberanak nanti baru datang. so, balik la rumah macam biasa...


 abah a.k.a atuk gendong fateh 

dalam pukul 1-2pagi tu pulak, tengah sesedap on9, main game, tetiba kakak masuk bilik (dia dah siap time tu, bertudung, berkain batik dan lengkap pakai, prepare nak pergi hospital) dengan muka tahan sakit perut, agak pucat la, dia cakap

"yyg, kakak nak pergi hospital tau, dengan abg ahmad~ dah sakit sangat ni~~"

kte pun tetiba menggelabah. "haa~ bia betul ?! nak ikut. alahh, tapi tak siap lagi ni. takpelah awk pergi dulu, nanti kitorang datang dengan abah~"

lepas tu diorang pun pergi. kte kejutkan abah, tanya nak pergi hospital tak. kakak dgn abg ahmad dah pergi. abah pun cakap, nanti tunggu semua dah selesai, tunggu abg ahmad call baru kte pergi la~ lepas tu abah sambung tido. ceihh~ hhahaha betul jugak. buatnya belum lagi, tak ke penat nak kena balik rumah balik. hurmm~


 tante dengan fateh =D nak jugak tengok kte si fateh tu, huhuee~^^

lepas tu paginya, dalam 7.3o, abg ahmad call, kte dah agak ni mesti nak bagitau yang kakak dah selamat beranak. tapi cuak la jugak nak angkat phone time tu~ dia pun cakap "alhamdulillah, kakak dah selamat bersalin pukul7 lebih tadi. semua normal, alhamdulillah~"

kte pun terus kejut kakcik abah, call along angah ibu time ni ibu takde kat rumah, ibu ada meeting semua cakap, kakak dah bersalin. yeuaahhuu~ alhamdulillah~ macam tak percaya pulaks. huhhuuee~^^


 "mehh, tido dengan abang~"-Hariz. kekekee^^


tengok, hariz tido dulu, tak tunggu fateh pun. wuhhuhu~ hahahhaa^^ siapa punya keje la ni. kekeke^^

sekarang, kte pun sekali jaga fateh+kakak. anak kakak, anak kte jugak =) banyak jaga fateh dari jaga kakak. ngeh3~~

maaf, gamba pecah, kamera murah, hhuhuue~^^"

-sekian-

psstt: bestnyaa siapa nama disebut sebut didalam selawat dan zikrullah =') yee, kte jeles =S
psssttt: mimpi suju oppaass, tapi apesal mimpi ni pelik sangat ? hahaahh

Saturday, July 14, 2012

ya badrotim~ wahai purnama =')

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =]

hurmm, lama tak post, dari start semester dua post pasal life kat kampus lepas tu ni sekarang final. banyak benda yang berlaku, tapi, tak terasa nak post. biarlahh benda tu jadi kenangan =)

btw, post kali ni bukan pasal life kat kampus, tapi pasal ya badrotim~^^
tau tak ya badrotim tu apa ? hhaa, pandai~ maksudnya wahai purnama. ehh, apa kaitan ya badrotim dengan post ni ? purnama purnama bagai pulaks~ dah ada someone ker~ *nada gedik* hhahhhaa taklahh. nope nope *geleng geleng kepala*

masa tengah study bisness, paper last, ahad ni. macam biasa la dengar radio ikim mesti mention ke ikim ? poyoo~ ^^" hahahaa tetiba keluar lagu tu. lepas tu macam tergamam jap. sebab dah lama gilaa carik lagu tuu plus suka gilaaa lagu tu. tanya kakcik tu lagu apa ? macam mana nak carik ? kakcik terus cakap"alahh awak gugel je lirik die, keluar lah nanti~" padahal tengah duduk depan laptop, macam tak reti guna teknologi lak. gugel pasal oppaass tau laks. gagagaa

lepas tu carik punya carik, Alhamdulillah~ jumpa. banyak version. yang kte letak kat sini best of the best. sempena akhir akhir bulan syaa'ban ni, bulan Rasulullah~ jom kita samasama mengingati Rasulullah =) okayy, jom dengar =D


one word 'subhanAllah~' sangatsangatsangat best. terharu gilaa dengar =') salah satu yang best sebab dia guna piano =)


ni versi bahasa melayu. best jugak kan =D


yang IKIM selalu pasang =]


hhaa, ni piano cover^^ kte odw mintak notes dari abang ni. hheheeww~


ni versi Hariz. kekekee^^ nanti Hariz dah pandai cakap, nak suruh dia berqasidah~ mesti comeeell sangat kaann =D

lirik;

Ya Badrotim, Ya Badrotim
Minhaaza kullakamaa li
Madza yu'a, Madza yu'abbiru'an 'ulaakamaqaalii

Antalladzi asyraq tafii, Ufuqil 'ulaa
Antalladzi asyraq tafii, Ufuqil 'ulaa
Famahautabill Anwaarikulla dholaali

Famahautabill Anwaarikulla dholaali

Ya Badrotim, Ya Badrotim
Minhaaza kullakamaa li
Madza yu'a, Madza yu'abbiru'an 'ulaakamaqaalii

Solla 'alaikAllahu robbi
Robbi daa imaan
Solla 'alaikAllahu robbi
Robbi daa imaan

Abadan ma'al ibkaariwaal asoo lii
Abadan ma'al ibkaariwaal asoo lii

Ya Badrotim, Ya Badrotim
Minhaaza kullakamaa li
Madza yu'a, Madza yu'abbiru'an 'ulaakamaqaalii

Antalladzi asyraq tafii, Ufuqil 'ulaa
Antalladzi asyraq tafii, Ufuqil 'ulaa
Famahautabill Anwaarikulla dholaali
Famahautabill Anwaarikulla dholaali

Ya Badrotim, Ya Badrotim
Minhaaza kullakamaa li
Madza yu'a, Madza yu'abbiru'an 'ulaakamaqaalii..


lirik dalam BM;

wahai purnama
wahai purnama yang indah lagi sempurna
bagaimana
bagaimana nak ku luah dengan kata-kata
engkau menyinar di alam tinggi
di alam tinggi
terangi kegelapan dan kebatilan
denganmu alam bergemerlapan
bergemerlapan
zahir batin nur nikmat dan kemuliaan
selawat Allah ke atasmu selama lamanya
siang dan malam jua
siang dan malam jua selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu
mereka yang istimewa dam amat sempurna..


semoga kecintaan kita terhadap Rasulullah semakin bertambah setiap detik saat dan waktu, insyaAllah~ =)



psstt: tak dapat upu untuk psikologi, rezeki takde. takpelahh, Allah dah tetapkan jalan yang terbaik untuk kte dengan kos sekarang ni, insyaAllah, aamiinn~ =')

psssttt: jatuh hati dengan orang yang nyanyi kat vid 1st =) heheheww

Sunday, April 22, 2012

tidak semua orang sama

assalamualaikum wbt =]

apa khabar korang semua ? semoga sentiasa didalam lindungan+redha+rahmat Allah, insyaAllah, amiinn~^^ 

masa tengah scroll tengok newsfeed, terjumpa ni. masyaAllah~ terasa sikit plus sedih ='[

seseorang yang sentiasa tersenyum riang dihadapanmu
ketahuilah, dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian

seseorang yang sentiasa bergurau senda dihadapanmu
ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendiri

seseorang yang sentiasa menyuntik katakata semangat dan peransang kepadamu
ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu

seseorang yang sentiasa kelihatan kuat dihadapanmu
ketahuilah yang dia sentiasa mengadu lemah dihadapan Tuhannya

seseorang yang ketawanya menceriakan harimu
ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya

seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu
ketahuilah dia adalah insan yang tidak pernah mendapatkannya

seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya
ketahuilah dialah seorang 'pertapa setia' yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian..

*taken from; mencari redha Allah, fb.


tibatiba teringat cerita seorang doktor yang baru kematian anaknya, tapi terus bergegas ke hospital untuk menjalani pembedahan anak orang lain, dan Alhamdulillah anak orang tu dapat diselamatkan walaupun pada mulanya budak tu seperti tiada harapan untuk sembuh, dan ayah si anak mula menyalahkan doktor yang tabah ini. wuwuwuwuu~ sedih baca cerita tu. tapi, itulah hakikat

sungguh, tidak semua mampu menzahirkan apa yang mereka rasa. maka janganlah kita mementingkan diri, menunding jari dan mengutuk mengata orang lain. kerana kita tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka, dan bagaimanakah mereka menjalani hidup mereka sebenarnya.. 

bukankah Rasulullah SAW juga dilanda hebat ujian hati dan perasaannya, mental dan fizikalnya ? tetapi Baginda SAW bersabar bahkan sentiasa tersenyum ceria, menggembirakan para sahabat, tetamu dan semua manusia am-nya. maka siapalah kita manusia biasa ini disisi Allah ? sedangkan Rasulullah yang dilanda ujian sebegitu berat, masih mampu tersenyum. subhanAllah~

-sekian-



'ya Allah, jadikanlah kami seorang yang sentiasa bersabar dengan setiap ujianMu ya Allah, dan semoga kami termasuk didalam golongan mereka yang mencintaiMu, amiinn ya robbal'alaminn~'


psstt: thanks sangatsangat kat semua yang wish birthday. serius terharu gile, even hanya words 'hb' it still makes me reallyreally........ =')
terasa macam artis sekejap. hahahaha~ thanks a lot guys^.^ may Allah bless us, amiinn~

Saturday, April 7, 2012

berbahagialah wahai jiwa yang duka =')

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =]


'saat kita menempuh onak duri dunia
derita sekali sekala mencuit hati
hati remuk menangis tidak henti
kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi

dalam terharu..
air mata tertumpah juga..

wahai hamba Ilahi
begitulah kehidupan di dunia
kita tidak akan sesekali dapat menjangka
apa yang Allah aturkan untuk kita
adakalanya kita tersangat gembira
adakalanya kita tersangat kecewa

namun..
jangan risau manusia
Allah itu Tuhan kita
Tuhan yang Maha luas kasih sayangNya

percayalah
Allah tidak akan menduga hambaNya
kecuali untuk melihat hambaNya
tersenyum disana
tertawa disana
berbahagia disana
insyaAllah di Syurga
yang mengalir dibawahnya
sungai-sungai yang mendamaikan jiwa
oh, indahnya !

'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya'
[surah al-baqarah ayat 286]

di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah swt..

wahai hamba Allah,
jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan hari nya

kesedihan demi kesedihan
bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputus-asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna

padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah
untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas dari rasa kesedihan

gara-gara kesedihan
air yang manis akan terasa pahit
makanan yang lazat terasa hambar
bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu

ingatlah, tangisan terindah itu apabila butirbutir airmata
mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil disisi Allah
dan begitu berdosanya diri kita disisi Allah

wahai hamba Allah
lihatlah disekelilingmu dan teguhkan pendirianmu
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa (dari rahmat Allah)

senyuman yang kau berikan
dan airmata yang kau titiskan
simpan.. jadikan tauladan

segala yang kau pandang dan dengar
simpan.. buat pedoman' =]

remember, Allah knows everything and Allah is always with you. whatever happens said; ALLAH IS ENOUGH FOR ME. hasbunAllah wani'mal wakil

specially dedicated to her, my sahabah; Han

taken+credit to this vid *sambil menunjuk ke bawah*

'apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya denan mengatakan, "kami telah beriman," dan mererka tidak diuji ? sesungguhnya, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yg benar dan pasti mengetahui orang-orang yg dusta'
[surah al-'ankabut ayat 2-3]

psstt : walaupun kte ambil vid +kata2 tu bulatbulat, tapi itulah yang kte selalu rasa dan nak sampaikan. memang, kte sedar kte bukan kawan yang baik, tapi, insyaAllah, kte mencuba dan berusaha untuk menjadi SAHABAT yang baik, bukan hanya seorang KAWAN.

psssttt: i need friend like the Sahabah r.a.
and
Emrullah and Muhammad Ameen =')