please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Wednesday, March 1, 2017

Air dan Arusnya

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh


ada yang kata jadilah seperti air,
bergerak mengikut rentak,
bergerak mengikut keadaan,
bergerak terus menerus sehingga kearah tujuan,
nyaman dan menenangkan,
sejuk mendamaikan.

ada yang kata jangan, jangan jadi seperti air,
kerana ia seolah kamu pasrah,
mengalir dan selalu beralah,
malah, dari tempat tinggi ke tempat lebih rendah !

tapi diriku berkata,
geraklah seperti air di kala memerlukanmu berjuang dalam ketenangan.
namun, lawanlah arus air andai kamu perlukan kekuatan !

bukan hanya sekadar menuruti tanpa Ilmu,
menuruti dengan aqal dan nafsu,
biar beramal dengan Ilmu,
kawal nafsumu dengan amalanmu,
pasti Imaanmu mengikuti langkah juangmu,
demi menujuNYA yang SATU.

-ARN. 2o34pm. 28Februari2o17- 

Sunday, October 9, 2016

apabila segalanya dirasakan biasa

apabila hormat pada guru tiada lagi.
apabila taat pada guru seakan hilang seri.
apabila diri diangkat menjulang tinggi.
melepasi segala rasa dalam diri. 
fitrahnya diketepi.
nafsu dituruti.
nasihat hilang sepi.
seakan berlalu pergi.
merajuk guru pergi membawa diri.

tidak ! ia tidak akan semudah itu.
rajuknya guru sukar sekali.
berkali kali apinya dipadam embun pagi.
kerana mendidik itu sukar sekali.
namun harus dilakukan berkali kali.
anak didik masih melakukannya lagi.
walau dipesan berkali kali.
jaga adabmu sekuat diri.
patuhinya setulus hati.
dibiarkannya jangan sekali.
dilanggarnya apatah lagi.

namun,
adakah mereka faham ?
faham dengan kefahaman yang nyata ?
diamalkan apa yang terpahat di jiwa ?

atau sekadar dihujung telinga.
sekali dipesan berkali lupa.
diulangnya kesalahan yang sama.
seakan tidak pernah diajar adab dan tertibnya.

jika demikian,
apa tujuan mereka belajar ?
sekadar ilmu dunia.
untuk menjadi hebat di dunia katanya.
untuk kuat pabila bertentang musuhnya.

bukankah ilmu dunia itu wajib diamalkan agar menjadi ilmu akhirat ?
apa mereka lupa ilmu dunia tidak kemana ?
tidak boleh dibawa sama.
masuk ke lahad berselirat.

ARN. 9oktober2o16. o43oam.

Seolah tiada pernah dipesan

Puisi untuk anak didik dalam persilatan.
Moga kalian tidak mengulangi perkara yang sama.
Jadilah orang yang berADAB dengan gurunya. 
Pelajari adab berguru.


apa rasa diri hebat
tanpa perlu diberitahu.
apa rasa diri hebat
tanpa perlu pantauan guru.
apa rasa diri hebat
tanpa perlu izin guru.
apa rasa diri hebat,
segalanya dilakukan sendiri,
lalu dilanggar semua tertib adab dan adat.

sekali diberitahu, 
kalian buat lagi.
dua kali dipesan,
kalian ulangi lagi.
tiga kali berpesan pesan,
kalian ulangi seolah tiada pernah dipesan sebelum ini.

dilakukan segalanya mengikut kehendak hati.
tiada rasa malu dalam diri.
rasa bersalah apatah lagi.

masih,
hidup dalam keadaan yang sama.
dipesan pesan namun tiada berubahnya.
berpesan pesan jauh sekali hendaknya.

maka sukarlah diri untuk mematuhi perkara asas. 
kerana dalam diri tiada pernah diamalkannya..

ARN. 9oktober2o16. o414am

Tuesday, July 12, 2016

Sang Kiai

Assalamu'alaikum warahmatullah

Zohor tadi tiba-tiba abah panggil and ajak tengok TV. apalagi cepat-cepatlah tengok dalam kemalasan. kehkeh~ 

Tajuk cerita Sang Kiai dekat Astro Oasis (channel 106) tadi. Kisah sejarah pada zaman pendudukan Jepun dan Belanda dalam tahun 1945-1949 (kalau tak silap). Tokoh utama Sang Kiai itulah Kiai Hasyim Asy'ari. Cerita pasal pemikiran Kiai Hasyim yang tak terjangkau dek akal kita manusia biasa. Beliau merupakan ketua pesantren dan mengikut maslahah mengarahkan anak-anak muridnya agar melibatkan diri untuk  training jadi tentera jepun dengan nama Askar Hisbullah. Orang yang tidak faham dan hanya melihat pada luaran pasti menyangka Sang Kiai itu bersubahat dengan Jepun pada ketika itu. Sedangkan ia adalah untuk maslahah, untuk kepentingan secara umum. Bayangkanlah pada waktu itu semua pesantren diasak habis-habisan. Teruk mereka dikerjakan oleh Jepun. Apalagi jalan yang Sang Kiai boleh lakukan untuk menyelamatkan pesantren-pesantren pada ketika itu? Pastilah sepertinya menghantar semua anak-anak muridnya, melibatkan diri melatih untuk jadi tentera, untuk kononnya menjadi askar jepun. Dan pada ketika itu Jepun bersetuju kerana kononnya Sang Kiai mahu join venture, seolah menyokong dan bersubahat dengan Jepun.

Hakikatnya tidak ! tidak sama sekali. Kemahiran menggunakan senjata dan menjadi tentera adalah suatu bentuk ilmu yang sukar hendak kita dapatkan. Jadinya, apabila anak-anak pesantren semuanya telah mahir menggunakan senjata dan punyai skill, kemahiran tentera, mereka semua berjuang menentang Jepun dan Belanda untuk kemerdekaan ! Hebat bukan pemikiran Sang Kiai. Bayangkan jika pada ketika itu semua menentang Sang Kiai kononnya tidak mahu bersubahat dengan jepun, apa yang akan terjadi ? Pastilah pesantren akan terus diasak malah makin melarat, sudah tentu kemerdekaan jauh sekali hendak dicapai. Allahu Akhbar !

kredit gambar : Google

'Ulama itu wajib kita taati, biarpun pemikiran mereka tidak akan mampu untuk kita fahami. Kerana amalan mereka masha Allah hebat sekali. kita memang tidak akan mampu dengan amalan kita yang sekarang ini. Allahu.. 

Begitu juga dengan apa yang berlaku sekarang. Apabila seseorang 'Ulama itu menyatakan pendapatnya, kita terus ahh ! cakap banyak. padahal kemampuan ilmu dan amalan kita setakat mana ? baru tahu hadith sikit dah membid'ahkan orang lain. baru tahu hukum sikit dah taknak ikut mazhab yang besar. baru tahu tafsir qur'an sikit terus terjemahkan Al Qur'an ikut logik akal. patutkah kita bersikap demikian ? sedangkan 'Ulama dulu bukan sekadar mengaji Qur'an Hadith, malah lebih dari itu. mereka pakar Nahu, pakar Sorof, pakar bahasa, pakar perubatan, pakar sains. Sekurang-kurangnya 12 ilmu wajib mereka ada. Sekurang-kurangnya 12. Bukan maximum. Qur'an Hadith itu ilmu biasa yakni wajib bagi mereka. Kita ni.. tidak usahlah sombong dengan ilmu setitik yang kita miliki.. Allahu..

Sudah sampai masanya kita para pendekar, para pelajar silat wajib juga belajar memegang senjata api. Ilmu tempur itu sudah pastilah ada dalam pembelajaran silat, namun ilmu berperang kita masih belum mahir. Makanya, sudah masanya kita mewajibkan para pelajar silat semuanya mengikuti latihan ketenteraan. Biar mahir selok belok peperangan, selain dari mahir bersilat. in sha Allah.. 

-Sekian-

Friday, June 3, 2016

Ikhlas...

Assalamu'alaikum warahmatullah

ikhlas itu adalah melakukan sesuatu tanpa mempersoalkanNYA.
ikhlas itu, kami dengar dan kami taat.
ikhlas itu terima, sabar dan redha dengan apa yg DIA tetapkan.
ikhlas itu prasangka baik kepadaNYA.
ikhlas itu menerima, bukan memaksa juga bukan terpaksa.
ikhlas itu bergantung sepenuh pengharapan padaNYA.
ikhlas itu SYARATnya AMAL.
ikhlas itu ibarat semut hitam yg berjalan diatas batu hitam.
ikhlas itu adalah perjalanan kita menujuNYA.
ikhlas itu teramat mulia. kerana itu sukar melaksanakannya.

bila ikhlas, hati lapang
semua perkara jadi mudah.
dari ikhlas diterima amal.
dari ikhlas akan timbul syukur.
dari ikhlas akan timbul ketenangan.
dari ikhlas akan timbul kelapangan.
dari ikhlas akan timbul kemudahan.
dari ikhlas akan timbul kecukupan
dari ikhlas akan datang rezeki dariNYA yang tidak dijangka,
dan dari ikhlas, redhaNYA yang kita mahukan..
sungguh, DIA benar. tugas kita cuma yakin dan percaya. 
in sha Allah..

-ARN. 3Jun2o16. o75oam-


Ahlan ya Ramadhan🌙🌙🌙