Assalamu'alaikum warahmatullah
Zohor tadi tiba-tiba abah panggil and ajak tengok TV. apalagi cepat-cepatlah tengok dalam kemalasan. kehkeh~
Tajuk cerita Sang Kiai dekat Astro Oasis (channel 106) tadi. Kisah sejarah pada zaman pendudukan Jepun dan Belanda dalam tahun 1945-1949 (kalau tak silap). Tokoh utama Sang Kiai itulah Kiai Hasyim Asy'ari. Cerita pasal pemikiran Kiai Hasyim yang tak terjangkau dek akal kita manusia biasa. Beliau merupakan ketua pesantren dan mengikut maslahah mengarahkan anak-anak muridnya agar melibatkan diri untuk training jadi tentera jepun dengan nama Askar Hisbullah. Orang yang tidak faham dan hanya melihat pada luaran pasti menyangka Sang Kiai itu bersubahat dengan Jepun pada ketika itu. Sedangkan ia adalah untuk maslahah, untuk kepentingan secara umum. Bayangkanlah pada waktu itu semua pesantren diasak habis-habisan. Teruk mereka dikerjakan oleh Jepun. Apalagi jalan yang Sang Kiai boleh lakukan untuk menyelamatkan pesantren-pesantren pada ketika itu? Pastilah sepertinya menghantar semua anak-anak muridnya, melibatkan diri melatih untuk jadi tentera, untuk kononnya menjadi askar jepun. Dan pada ketika itu Jepun bersetuju kerana kononnya Sang Kiai mahu join venture, seolah menyokong dan bersubahat dengan Jepun.
Hakikatnya tidak ! tidak sama sekali. Kemahiran menggunakan senjata dan menjadi tentera adalah suatu bentuk ilmu yang sukar hendak kita dapatkan. Jadinya, apabila anak-anak pesantren semuanya telah mahir menggunakan senjata dan punyai skill, kemahiran tentera, mereka semua berjuang menentang Jepun dan Belanda untuk kemerdekaan ! Hebat bukan pemikiran Sang Kiai. Bayangkan jika pada ketika itu semua menentang Sang Kiai kononnya tidak mahu bersubahat dengan jepun, apa yang akan terjadi ? Pastilah pesantren akan terus diasak malah makin melarat, sudah tentu kemerdekaan jauh sekali hendak dicapai. Allahu Akhbar !
'Ulama itu wajib kita taati, biarpun pemikiran mereka tidak akan mampu untuk kita fahami. Kerana amalan mereka masha Allah hebat sekali. kita memang tidak akan mampu dengan amalan kita yang sekarang ini. Allahu..
Begitu juga dengan apa yang berlaku sekarang. Apabila seseorang 'Ulama itu menyatakan pendapatnya, kita terus ahh ! cakap banyak. padahal kemampuan ilmu dan amalan kita setakat mana ? baru tahu hadith sikit dah membid'ahkan orang lain. baru tahu hukum sikit dah taknak ikut mazhab yang besar. baru tahu tafsir qur'an sikit terus terjemahkan Al Qur'an ikut logik akal. patutkah kita bersikap demikian ? sedangkan 'Ulama dulu bukan sekadar mengaji Qur'an Hadith, malah lebih dari itu. mereka pakar Nahu, pakar Sorof, pakar bahasa, pakar perubatan, pakar sains. Sekurang-kurangnya 12 ilmu wajib mereka ada. Sekurang-kurangnya 12. Bukan maximum. Qur'an Hadith itu ilmu biasa yakni wajib bagi mereka. Kita ni.. tidak usahlah sombong dengan ilmu setitik yang kita miliki.. Allahu..
Sudah sampai masanya kita para pendekar, para pelajar silat wajib juga belajar memegang senjata api. Ilmu tempur itu sudah pastilah ada dalam pembelajaran silat, namun ilmu berperang kita masih belum mahir. Makanya, sudah masanya kita mewajibkan para pelajar silat semuanya mengikuti latihan ketenteraan. Biar mahir selok belok peperangan, selain dari mahir bersilat. in sha Allah..
-Sekian-
No comments:
Post a Comment