please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Monday, July 18, 2011

budak budak betul =D hhohohoo~

assalamualaikum wbt =]

wahh~ lama menghilang tanpa jejak, bajet macam lama giles je. hahahaa
hari ni kte tinggalkan tapak kaki kambing, bukti kte menghilang dua hari lepas. hehehehehheee ~

best giles~ tak sangka family kak huda kakak ipar ade banyak tanah kebun/dusun. syokk oohh~!! dusun buah+lembu+kambing+ayam semua ade ~!! super excited masa mulamula ibu cerita cakap durian kat dusun abang die banyak sampai terbuang-buang. mase tu awal tahun lagi dalam bulan 2 macam tu.
lepas tu masa kte kat Kedah, tepitepi jalan banyak lak jual buah-buah ni, lagi2 durian. bulan 6 hari tu dah start musim buah kan. so, tetibe kte teringat pasal dusun tu. terus je kte tanye kak huda, mintak bawak g sana. hehehehehehe


so semalam, sabtu petang gerak g Muar dulu, g rumah sedare. tengah hari tadi baru gerak balik, singgah Melaka, kampung kak huda. wahh~!! bukan satu dua ekar tanah dusun die. mak aihh~!! berekar-ekar. penat jugak nak berjalan satu plantation tu familydie punye. bestnyee~!! hidup kat kampung jaga+ternak dudu lembu+kambing je pun best. hhahaha


from left: ibu, kakcik, kite, kak huda


seronok amek pokok bunga orang =D hahhaa~


abah shining gile. dh mcm vampire *kan edward shining kene matahari. hhahaha =DD

banyaaaknyeeee buah durian kat pokok la tp, x gugur lagi. masa tengah pusing2 carik durian gugur, kte teringat lak, masa sekolah rendah buat karangan, ade je cerita pasal bercuti di kampung. contoh karangan lak suka bagi cerita pasal dusun buah-buahan, kutip durian bagai ape la. sekali masa kte dok kutip2 teringat, baru la dapat merasa macam dalam contoh karangan sekolah rendah tuu~ hahahah gile kesian 19thn baru merasa. batak sungguh ~! =O

misi mencari+mengutip durian

galak angah goyang2kan pokok, nak kasik durian jatuh. kekekee^^

mana la tak bataknye. kampung kte kat johor mana la ade kebun-kebun buah bagai ni. kampung kte dah jadi bandar habis. duduk kat kampung, macam duduk kat rumah. beza cume negeri je, Johor dgn Selangor. aisshh~

tanah2 sawah pun semua habis dah jadi ladang kurma kelapa sawit, ladang getah korang belajar geografi+sejarah pun Johor tempat ladang getah+kepala sawit kan. sungai pun takda dah kat Kluang, Johor kampung kte. paling dekat nak pergi pun Gunung Lambak. tu pun seco'et je air sungai kat situ. air terjun pun dah macam rupa air paip pancut je. hahhaha~ nak mandi sungai jauh2 kene la pergi Gunung Ledang, Segamat sana. fuhh~! baru syookk panjat gunung, mandi air terjun kat kolam tujuh puteri. nak lagi best naik sampai atas, cantik, tapi, lame la nak dakinye 3hari. hhooo ~


banyak kan kambing =DD lembu je xdpt naik lagi. gagagaa~


owwooww~!! kambing ni hitam putih, kerabat dudu la =DD


tengok die beratur =)


this is what we call SENYUM KAMBING =]

-sekian-

psssttt : ade baik dan buruknye duduk kat bandar ataupun kampung. bagi kte bukan salah kampung atau bandar tu, tapi attitude diri sendiri nak jadi apa+macam mana, baik atau buruk. dan peranan dari family terutama ibu bapa sangat penting. even culture shock tu jadi pun sebab attitude tu. tak kesahlah korang duduk kat kampung ke bandar ke, kalau dah memang perangai buruk, duduk kat manamana pun sama je =]

yang penting hati. jaga hati, jaga ibadah, jaga iman, jaga hubungan dengan Allah, dengan alam, haiwan mahupun manusia, insyaAllah^^ senang cerita semua nak kene jaga


 ♥

dari Abu Hurairah r.a "hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. jika buruk raja, maka akan buruk pula tenteranya"

"maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar ? sesungguhnya, bukanlah mata itu yg buta, tetapi yg buta itu ialah hati yg ada di dalam dada"
[Surah Al-Hajj ayat 46]

3 comments:

Anonymous said...

Tak cakap pun datang Johor.. Kalau tak boleh singgah rumah saya.. huhu.

Betullah, I've been experiencing jadi orang bandar dan orang kampung, walaupun membesar kat bandar.. Pokok pangkalnya sikap kita sendiri =)

happycloud said...

syok eh kaaau

nurul norman said...

sis nell : fmly kte asl jhor, kte+angah kte berdue je lahir kt selangor. yg lain smua lhir kt johor. hhoo~ =]

eba : mestilah. jeles lettuu~ hahahaha =p =DD