please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Monday, February 28, 2011

AKU DIBIUS CINTA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =D


Anyeong ~
Oke, nk post pasal ni semalam, tapi line sangatlah "ada". Aishh~  dah lama tak dapat nak update blog +___+ ni pun tulis dulu dekat words lepas tu batu copy paste. hhuhuu

tajuk post kali ni adalah tajuk forum dekat Pusat Islam (PI) malam semalam. Panel dia ustaz (sorry tak igt nama), student al-azhar dengan sorang lagi Imam msjid sini, Kedah. dua dua dah kahwin. tu yang lagi best dengar pandangan mereka pasal cinta remaja zaman sekarang.

Apa yang menariknya pasal ni mestilah semua student nak tahu pasal ‘couple’ ni kan. sebenarnya takde istilah ‘couple halal’ dan ‘couple haram’. Semua ni pastilah bermula dari c i n t a.

dan cinta yang paling diberkati Allah adalah cinta selepas perkahwinan

macam yang ustaz beritahu, cinta itu fitrah. dia semulajadi. memang ada dalam diri manusia. apa yang dinamakan cinta itu, tidak bersalah langsung. Kalaulah cinta tu boleh bercakap, nescaya dia akan pergi pada manusia dan berkata:

"aku CINTA tidak bersalah. aku ni suci. Aku, cinta adalah anugerah terindah dari Allah kepada hambaNYA.."

‘katakanlah (Muhammad), "jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.'
-surah Ali-'imran ayat 31-

Maka siapa kita untuk mempersoalkan cinta ? Mengatakan cinta itu bersalah ? menyalahkan cinta tersebut ?

sebenarnya, cara memBAWA cinta itu yang salah. CARA manusia membawa cinta tersebut yang menentukan betul (mengikut syariat) atau sebaliknya.

macam ustaz cakap, cara kita membawa cinta adakah seperti Nabi Allah YUSUF ('alaihissalam) ataupun FIR’AUN ? atau lebih mulia lagi, seperti cinta Baginda RASULULLAH dengan Sayyidatina KHADIJAH =]


Maka dari situlah istilah ‘couple’ datang. cara kita membawa cinta ke arah ---- ‘couple’. Dan sememangnya itu TIDAK BENAR. kerana, dalam Islam tiada istilah "couple". kalau dah suka, apalagi tunggu, masuk meminang lah terus..

Elehh, cakap senanglah. Cube buat. Erkk~ hahahha.

sebenarnya, hakikatnya, untuk menahan diri dari tidak "bercouple" atau bercinta ini lebih pahit dan sukar. kerana untuk mengikhlaskan diri, melatih diri untuk mencintai Allah dan RasulNYA lebih sukar kerana syurgaNYA pahit dan kerana ikhlas itu ibarat semua hitam diatas batu hitam. maka... janganlah kita mempersoalkan hukumNYA. buatlah hanya apa yang DIA redha dan bukan sebaliknya. Allahu Allah.. 

Hendak seribu daya tidak mahu seribu dalih

Jadi, para imam (lelaki) sekalian, tepuk dada tanya Iman, beranikah dirimu meminang dengan meminta izin dari para walim nya ? 

moga kalian menjadi sang mujahidin, para pencintaNYA, kekasihNYA dan mencintai sesuatu keranaNYA, ikhlas lillahi ta'alaa.. moga


Allah ialah penjamin bagi mereka yg bercinta keranaNya.

Namun, jika kurang mengerti cara dan kaedahnya, marilah kita kaji dan baca semula sirah para anbiya', para sahabat, para 'alim, para 'ulama, para pencintaNYA.. bagaimana mereka bercinta. Ambillah kaedah cinta mereka dan jadikan rujukan.
HINDARILAH dari mengambil dan mencontohi barat wa kafir wa munafiqun. mereka TIDAK wajar dijadikan contoh mahupun idola. namun dibolehkan mengambil dan belajar segala yang baik namun jangan diambil yang buruk. attitude buruk perlu dibuang terus. buang dalam laut. kasik jin laut.

jadilah perempuan yg nilainya seperti BATU PERMATA bukannya seperti BATU KELIKIR =]

"cinta yg paling diberkati+diredhai Allah adalah cinta selepas perkahwinan. Dan perkahwinan yg paling diredhai Allah adalah perkahwinan yg paling mudah"


-sekian-

No comments: