please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]
Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Tuesday, May 24, 2016

ukhuwwah dalam persilatan

Assalamu'alaikum warahmatullah,


secebis nukilan ilham dariNYA, dalam persilatan bermulanya ia, kerana cinta demiNYA, bertemu berpisah dengan izinNYA. Allahu Robbi =]


bila persaudaraan tidak dijaga,
yang ringan beratlah ia,
yang mudah susahlah ia,
yang lapang sempitlah ia,
yang gembira sedihlah ia,
habis musnah isi dijaga.

bersatunya kita terbit kekuatan,
kuatnya diri dengan adab.
kuatnya akal dengan ilmu.
kuatnya jiwa dengan Iman.
kuatnya roh dengan cinta.
kuatnya Islam dengan persaudaraan.

kerana, ukhuwwah itu yang utama.
silaturrahim wajib dijaga.
tanda persaudaraan kita,
tanda keimanan kita,
tanda ketaqwaan kita,
seikhlas sehati sejiwa.
bila susah, setia bersama,
bergabung mengharungi ia,
jadi senang jua gembira,
senyum lebar tidak terkata,
hati riang lapang terasa,
terbit cinta didalam jiwa,
rasa indah keranaNYA.

SILATurrahim👑

-ARN. o537am. 24Mei2o16-

Wednesday, July 10, 2013

Alhamdulillah, the month of blessing is coming =))

assalamualaikum wbt =]
























dan sebelum tidur, mari muhasabah diri =))



semoga ini dapat menjadi saham buatku dan mereka~^^
semoga segala amalan kita diterima diredhai dan diberkati Allah, insyaAllah, aamiin~ =]

credit to facebook's group and sedikit google-ing


-sekian- 

Monday, April 22, 2013

hadiah birthday paling best

Assalamualaikum wbt =]

sekadar hiasan. suami orang dah . mabruk ya akhi^^ ohohh

erhmm erhmm erhhmm *betulkan suara* lama dah tak update blog. sampai taktau nak start macam mana. hehh

merujuk kepada title post kat atas merujuk bagai ++" alhamdulillah, genaplah umur kte 21tahun pada 20 april 2013. kitorang celebrate lambat sehari, sebab abah kat kampung tengok tokbak. tokbak tak sihat *sobs~ ya Allah, semoga tokbak sentiasa didalam lindunganMU, kurniakanlah kesihatan yang terbaik buatnya agar dapat sentiasa beribadah kepadaMU, aamiin~  

berbalik kepada tajuk tadi. disebabkan celebrate lewat sehari, jadi hadiah pun lewat sehari lah kan. so, before ahad (21april, kitorang, family celebrate) 20hb tu dapat hadiah special yang tak disangka. apekah ? jengjengjeng~~ 

dapat hadiah best. mimpikan someone. ohhooii~! hahahaa^^ disebabkan rasa ni macam salah satu kenangan, so kte abadikanlah dalam ni. cewwaahh~
macam ni ceritanya..

fateh suka main pusing2 atas tu =) 

mulamula scene; tetiba kte ada kat dalam kedai tingkat berapa ntah. luar tingkap kedai kat seberang ada lagi deretan kedai. hujung deretan kedai ada satu kedai yang ads dia plus gamba dia besaaarrrr gilo hampir penuh satu bangunan kedai, tulis 'ABCD nama dirahsiakan photographer'. cermin kedai tu macam lutsinar so boleh tembus tengok dalam kedai. dalam kedai tu tampal/gantung banyak gile gambargambar yang dia captured la kononnya luar cerita 'dia' tu bukan photographer. sebab terkejut tengok dengan bataknya plus super eksaited gaya eksaited macam jumpa sujus oppaass kte jeritjerit bagitau diorang yang dalam kedai. tak silap dalam tu ada sekali classmate yang rapat, jiqaskun and kakcik kalau tak silap. 

lepas tu kte ajak kawan kte, teman pergi kedai seberang nak tengok. bila dah sampai kedai dia, scene tu jadi SK17 sek ren kte dulu. kiranya deretan kelas tu dah bertukar jadi kedai. depan kedai dia ada swimming pool. and deretan kedai tu ala ala hotel. cantik ! =D 
lepas tu apalagi, jadi stalker lah kte, ehh bukan. spy. wehhuehuee~~ setelah beberapa hari men-spy orang, tetiba satu hari tu, tengah menspy, ada orang macam bagitau dia yang ada someone stalk dia. sebab sambil diorang cakap, sambil tengok tempat kte nyorok. lepas tu dia masuk dalam kedai jap and then terus keluar dari area kedai. kte pun ikut lah dari jauh spy kaann. kekeke^^ lepas tu tetib dia hilang ! jengjengjeng *cuak jap* kte pun menggelabah la cari tempat menyorok takut dia jumpa. masa cari tempat nak menyorok, jumpa dia balik. dia on the way nak keluar dari sekolah tu. 

sambilsambil perhatikan dia, kte menyorok nak seludup keluar dari area sekolah/kedai tu. baru je nak keluar kawasan pagar, tetiba terserempak dengan ada kawan ni merangkap pekerja si ABCD. lalu terjadilah perbualan ringkas antara kami.

 kawan dia : ehh, awak buat apa kat sini ?
kte : nak pergi jogging.
kawan dia : jogg sorangsorang je ke ? pergi la jogg dengan ABCD. tu dia ada kat padang *sambil menunjuk ke arah padang*
kte : haa, bia betul ?! tetiba je nak jogg dengan dia. ntah dia kenal kte ntah tidak.

hyuk oppas yang dirindui. *menggediks* ahahhaa

lepas tu dia terus panggil si ABCD yang kat padang. kte pun apalagi, zasss~! cabut lah. lari laju giloss. malu ohh !
fuhh~ penat lari. ingat dah selamat. sekali ABCD kejar ohh. cuak gila kte. rasa macam lari dari pembunuh upahan tahu. sebab dia dah tau yg kte spy dia *bajet* 

lagi cuak dia panggil kawan dia suruh kejar kte sekali. kena kepung !
tengah-tengah lari tu terjumpa satu lorong hujung ada rumah. kte pun lari nak masuk dalam lorong tu, nak nyorok dalam rumah. 

belum sempat nak masuk lorong tu, tetiba dia depan kte. eh ! OHH NOO~! *suspens* seperti berjaya ditangkap pembunuh upahan. lepas tu dia tanya, ''awak ni siapa ?'' kte bagi nama lain. kte tutup muka dengan sweater hoodie. tarik hoodie sampai tutup mata, so dia macam tak cam sangat. lepas tu dia tarik kte suruh ikut dia. nak lari tak boleh. so ikut je lah. *ohh, pesalah dah ditangkap untuk dikenakan hukuman. sobs~ 
tengahtengah ikut dia, boleh pulak kawan kte ni jeritjerit nama panggil kte. sebab tadi kan kte dengan dia, lepas tu hilang, lari nak selamatkan diri. tu yang bila jumpa dia pergi jerit panggil nama kte. ceihh kantoilah. tapi, si ABCD jalan je buatbuat macam tak dengar.


tetiba scene bertukar kat pelabuhan. macam pelabuhan Venice (ehh ada ke ? ^^'). ada cruise. wohhooo cantiknyaa^.^ ingat dia nak ajak naik cruise. rupanya dia jemput kte dengan kawankawan kte naik bots jejalans. bot tu agak besar la jugak bot tu dia mcm criuse versi kecik-mini cruise. dalam bot tu diorang pun beboraks la. kte beborak dengan kawankawan kte je. 

kan kte tutup muka dengan hoodie. sekali dia datang dekat kte terselak sikit hoodie plus kawan kte panggil nama. swoosshhh~~ depan muka dia and duadua macam tergamam. kantoi sudah. 

-the end-

lepas tu tak ingat apalagi yg berlaku. macam ada sambungan je. heheheheww~^^

begitulah kisah mimpi tersebut. sahsah lah mainan tidur kan. tapi ia tetap terjadi dengan izin dariNYA =] Alhamdulillah =)) and thanks untuk semua yang wish. 


bersama dengan family adalah perkara yang palingpaling dan paaaaliing membahagiakan. alhamdulillah~ thank you Allah for everything.. everything. semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki dengan rezeki yg melimpah ruah dan semoga kita semua sentiasa didalam lindungan, rahmat serta redha Allah, insyaAllah, aamiin~^^ wassalam

psstt: ABCD tu adalah heeheheheeh rahsia. yang pasti dia tinggi macam lee joon dan siwon oppas. kitorang banyak suka benda yg sama. petanda jodoh ke ? heheheww * ohh stop being gedik lah. hahaha. and dia taktahulah tahu atau tidak kewujudanku. kalau tahu pun, ingat ke tak. hohohh

psssttt: gamba tak masukkan lagi. insyaAllah, rajin kte masukkan kat post yg sama ni maybe

Thursday, January 17, 2013

#SweetCoupleOfTheYear

Assalamualaikum wbt =]

mereka sangat sweet. ohhoooii~


soalan dia bestbest je. sweet sangatlah ! =D may Allah bless u and ur family =)


psstt: semoga my future family (husband kte, ehh ?! ahahaha) pun macam ni, aamiinn~ *blushing* heheheheeheww
psssttt: last paper for final, account jumaat ni. please pray for us, insyaAllah =]

Sunday, December 16, 2012

#evolution of music

assalamualaikum wbt =]

a new one. hehh #suka =D



psstt: muka Albert Chang ada macam Lee Dong Wook sikit. ehh macam Gwang Soo pun ada jugak.kekekkee^^
psssttt: new post dan segala post lama akan diupdate. tunggu ada masa je. hehehh 

Tuesday, August 7, 2012

si kecil yang dah besar

assalamualaikum wbt  =]

post ni banyak vid, sorry berat sikit =)

start ni bila Han bagi vid 3 org mamat yang miming lagu raya. erkhh ++" kte bukak utube tengok vid tu, lepas tu kat list tepi terjumpa Alyssa Bernal dia ni fav budak laki sekolah kte. cover i'm yours. kte ni kalau nampak je lagu Jason Mraz, lagilagi cover, kte akan bukak+dengar. sukaaa Jason Mraz ! =D 

tengok lagi kat list tepi ada si kecil mata sepet ni; Sungha Jung. owhh tibatiba adrenaline meningkat dengan bahagianyaa sebab excited. hahaha^^ 


oke, post lepas; TEKAN SINI kte dah cerita pasal dia ni. yang ni follow up. heehehh~

dia dah besar~ hahahah^^"  oke, jom tengok vid bawah ni =)



composed by him

masa concert tour dia
sangat harmony, gabungan canon in D dengan lagu proud of u *melayang layang~~~* 

macam biasa lahh canon in D mesti ada. kekeke~^^ maaf yg sama. tapi versi lainlain


ni gabungan Sungha dengan Jun Sung Ahn. best kann best kann~! =D


vid Sungha yang latest (iloveyou-2ne1) kte tak letak kat sini, sebab lagu tu kte tak suka sangat. tapi cara dia main lagu tu best. hhoo~ tengok kat channel utube dia laa. hhohoo


dan dan, Megan Lee tu lebih kurang sebaya dia. bestkan suara dia


tengok cara Megan Lee pandang Jason, nampak dia suka sangaatt, memang sangat lucky^^

last, Jun Sung Ahn


river flows in u by yiruma pun fav. best sangat kan bunyi violin diaa~! =DD

kte rasa Sungha ni peminat 2ne1 lah. sebab banyak cover 2ne1 dia buat. hhoo~ ahh yea, lagu 2ne1 semua susahsusah. patutlaahh~^^"



psstt: kte tak suka muzik rock. satusatunya muzik rock yg kte suka, canon in D, sebab dia mix and dengar banyak kali, serius best. memang tak pernah bosan dengar sampai termuntah punn =D

psssttt: nak update pasal lain sebenarnya, lain pulak yang diupdate ++"

Sunday, August 5, 2012

Laksamana Sunan versi korea

assalamualaikum wbt =]


sekejap je kan dah masuk fasa ke-2 Ramadhan. semoga kita pertingkatkan lagi amalan amalan kepadaNya =)

ohh, kali ni nak cerita tentang Laksamana Sunan, tapi ni versi korea. heehehehh~ korang baca tak novel trilogi bagaikan puteri written by ramlee awang murshid ? lepas tu ada lagi sambungan, cinta sufi, sutera bidadari and yang terbaru sunan musafir. siapa yang tak baca tu, erhmm buang kahak jap memang rugi laa~ hhuuee



novel tu pasal jasad yang mengembara ke zaman lampau dan zaman kini-kurun ke15 dan abad21. apa yang kte nak cerita dalam post kali ni, adalah pasal Rooftop Prince. drama tu pasal 4 orang(f4); Prince Lee Gak, Man Bo(prince tutor), Chi San (palace eunuch), dengan Yong Sul (prince bodyguard) dari zaman Joseon tersesat ke zaman sekarang.

masa tengah diorang larikan diri dari kena kejar, nak cross gunung tetiba eclipse and diorang pun lesap, kemudian travel ke 3oo tahun kemudian, abad21 kat rumah Park Ha. 




banyak persamaan drama ni dengan novel laksamana sunan. ok first, prince dengan abang tiri dia ada kat zaman sekarang. diorang bertukar jasad masa koma jugak. Park Ha dengan kakak tiri dia Se Na, ada masa zaman silam. patutnya Bu Yong (park ha zaman silam) kahwin dengan Prince, tapi kakak dia dengki. and perkara yang sama banyak berulang kat abad21 ni. prince and the geng tersesat ke zaman sekarang sebab nak menyiasat punca kematian wife dia (hakikatnya yang mati tu bukanlah wife dia, tapi Bu Yong-cinta hati yang betul. hohoo). dalam novel trilogi bagaikan puteri, roh dan jasad bertukar tempat, travel dari kurun ke15 ke abad21. laksamana sunan ada mission bila datang ke abad21.


sebab dia pakai lengkap berbusana, rambut panjang, lepas tu jalanjalan tengok kereta bangunan besar semua batak semacam~ jadi orang ingat diorang ni gila. sama macam dalam novel. orang semua ingat laksamana sunan tu orang gila. sebab dia berbusana pahlawan melayu lengkap tanjak sampin dengan keris semua. manada orang pakai macam tu lagi sekarang. orang pakai tshirt dengan jeans je. lepas tu time ada kereta dia takut semacam. serius bila tengok part orang-orang Joseon first time kat bandar lawak betul. kte asik terbayang macam tu jugak laksamana sunan. hehehew~ f4 Joseon kena tahan dengan polis sebab pelik sangat. Laksamana Sunan pun pernah kena tahan dengan polis. 


lepas tu time f4 Joseon transfer pakai baju biasa kan macam pelik sket. laksamana sunan pun rasa pelik bila nak kena pakai jeans dengan tshirt. kkekeke~^^
 


ada part yang Park Ha ada blind date. lepas tu f4 Joseon pergi spy tengok diorang ngedate. time tu lawak gila. yelahh tetiba ngedate dengan orang yang diorang tak kenal, padahal Park Ha tu kan Prince diorang punya. lepas tu time laki tu datang tempat kerja Park Ha nak bagi hadiah, f4 joseon ni tak bagi die jumpa. lepas tu takut-takutkan laki tu. hahahaha~^^ part ni kte bayangkan kalau 3 orang abang yang sayang plus protect sangat adik dia. sweet sangat ohh~ auww ^.^

 
abang-abang yang sweet jaga adik sayang. auww~

banyak lagi yang sama. yelahh sebab zaman dah berubah. jadi semua pun berubah. kalau dah dari zaman lampau tu, tentu tentulah pelik bila datang zaman sekarang yang makin maju ni. serius kelakar plus best gila drama Putera Loteng ni. lagi banyak part kelakar, lagi banyak jugak part sedih. OST pun semua bestbest ! abah siap ulang-ulang tengok sampai 4x lebih. huohoo~



nasib baik ending tak sedih sangat sebab Tae-yong still ada. kiranya tu prince punya reincarnation. sebab before prince pergi dia sempat kahwin dengan Park Ha. bila prince dah balik ke zaman dia, Tae-yong pun sedar dari koma and diorang pun bersama =]. tapi tapii.. prince lah yang sedih sebab Bu Yong dah mati. takde pengganti. dia cuma tulis surat untuk Park Ha and surat tu Park Ha baca 3oo tahun kemudiannya. wuwuuwuwu~~ agak sedih sebenarnya ending dia. *sobs ='(

 
  hopefully ada sambungan, rooftop prince season 2 please~~ omurice~ =S

-the end-

'if you don't have your memories, you can't be together, even in your heart. if you even have mere memories, you can be together forever'

-Lee Gak


psstt: lama dalam draft, baru hari ni (161012) gegediks nak sambung tulis. tapi tarikh still ikut yang dulu. hohooho

Saturday, January 14, 2012

unique+talented boy =)

assalamualaikum wbt =]

oppa, kenapa awak (awak? haha) kurus sangat ~ u should eat more than me ^^"

masa ber-youtube carik lagu 'you are my sunshine' tibatiba teringat zaman hitamputih. hehe jumpa si Xianning a very talented comedian pianist . kkekeke^^

macam tipu je ? padahal betul. ehh, entah la. haahahha
ada satu lagi video die lagi gila. best jugak, plus banyak komen orang jeles ^^"

kte kalau utube untuk dengar instrument, wajib dengar lagu canon in D-pachelbel. even dah banyak kali dengar. tapi, lagu tu dengar banyakbanyak kali pun still best ! plus, dengar instrument, music by Yiruma pun kte akan tengok+dengar banyakbanyak kali jugak, even bukan Yiruma punya video. selalunya yang best tengok cover orang. jadi, tibatiba terjumpa budak ni


lepas tu google-ing+youtube-ing la carik siapa budak comel yang bernama Sungha Jung ni. he is a South Korean professional acoustic fingerstyle guitarist. die start dari tahun 2oo6. tapi kte baru tau sekrang. agak ketinggalan la. tapi rasanya korang pun tak tau kan, kan kaann~ hahahaa
alah, muzik takde makna ketinggalan, sebab muzik tak pernah basi macam makanan. kekeke^^


kewl gila kan~ *kewl lagi sedap bunyi dari cool* hhahaa

dan jugak i'm yours pun lagu yang mesti didengar, lagilagi kalau ada cover dari orang lain

fingerstyle guitar play with ukulele sounds better than play with guitar

yang specialnya tentang die adalah die banyak arranged balik lagu orang buat style die. semua best ! =D


bile ntah die datang malaysia. kenapa tak taauuu +.+ *poyos

and u know what, the guys who play fingerstyle guitar or fingerpicking rather than flatpicking are awesomebagi kte la. hehehe

semua lagu yang kte suka die buat cover. auuwwww you're soooo sweettt ~!! gediks perasans. haahahaha

asik beli CD suju je, nak beli CD die pulak lahh. hehehehe

-sekian-

psstt : sungha, adalah kekasih baruku. garagara hyuk oppa galak ber'FRAME'+kemunculan die dalam MV 'tu'. hehhh~ *hah ? perlu ke ? kekasih baru bagai. hehh* kkahkahkah
psssttt : mata Sungha macam seunghyun f.t island. and muka die dari tepi macam MatLutfi lahh. haahaha

Saturday, December 3, 2011

dua makhluk comel *

assalamualaikum wbt =]

amaran: ini adalah entry gila dan perasan. kalau tak suka baca, tolong jangan teruskan, takut muntah berdarah tak henti-henti poyo 



suatu tengah hari yang tak hujan.. ada dua orang makhluk yang sangat comel iaitu si gadis dan si lelaki. si gadis ialah seorang yang agak periang, suka bergurau dan apabila gelak macam nak bergegar satu bangunan, berwajah agak bulat dan agak putih tetapi macam coklat dan kadang-kadang macam hitam je ? memakai speck bingkai hitam tanpa power bajet comel ber-dress mickey mouse kanak-kanak bewarna pink yang dibeli dengan saiz besar supaya die muat pakai, sederhana tinggi tapi macam nak gemuk sebab kurang bersenam, bermata bulat dan bercelak tebal.




manakala si lelaki bermata sepet, berwajah putih, berambut blond seperti nenek tua yang dah nak mati, berkemeja T putih dipakai bersama jaket hitam jeans, berkasut besar macam nak menari dan lagaknya seperti artis cina bukan korea yang poyo-poyo sedikit tetapi raut wajahnya sangat peramah, sekali senyum nampak semua gummy die. 'wahhh~ comeelnyeeeeeeeeeeeeeeeee' itulah yang sering si gadis katakan apabila si lelaki tersenyum.

makhluk comel berdua ini berjalan-jalan membuang masa di satu kompleks beli-belah terkenal yang ada singa besar dan bangunan segitiga besar yang hakikatnya bukan segitiga menjadi simbol kepada kompleks ini.


setiap mata yang memandang mereka pasti terpegun dan terpesona dengan kecomelan mereka berdua. tetapi si gadis dan si lelaki ini sudah sedia maklum. lebih-lebih si gadis yang sangat gembira dapat menjadi teman sehidup semati si lelaki. pandangan mengejek dan bangga akan diberikan kepada semua yang melihat mereka.

'tak sia-sia usaha aku selama ni hari-hari tweet oppa. walaupun die tak reply, tapi aku tau die mesti baca punyelah tweet aku tu. and die akan cari punya siapa budak yang harihari menegur dan memberi kata-kata semangat kat die~' kata si gadis penuh perasan bukan perasaan di dalam hati.

sekalian peminat si lelaki sangat terkejut dan ramai yang ugut hendak membunuh diri apabila tarikh perkahwinan mereka diumumkan dua tahun yang lalu~ angin takde ribut takde, tetiba dah nak kahwin. sedangkan tidak pernah keluar berita tentang ini. ramai yang terkejut biawak dan tergolek anjing apabila mengetahui berita ini.

ketentuan Tuhan tiada siapa tahu dan jodoh sudah ditetapkan tiada siapa dapat menghalang. ugutan demi ugutan diterima oleh si gadis. dengan MACHOnya si lelaki menjadi pelindung seperti JACOB melindungi BELLA dalam twilight dan menjawab semua caci-maki-hamun dari masyarakat. halangan demi halangan ditempuhi bersama. setahun tertangguh perkahwinan mereka. tahun seterusnya, mereka selamat diijabkabulkan, syukur buat mereka~

dua makhluk comel ini masih membuang masa berjalan-jalan, makan-makan, menonton-nonton dan akhirnya mereka pergi bermain ice skating. sekali lagi, dua makhluk comel ini menjadi tumpuan kerana si lelaki tanpa rasa malu berjoget di tengah-tengah ais itu dan mengajak si gadis menari bersamanya. tetapi si gadis ini tersangatlah lembik dan tak reti main ice skating. tibatiba si gadis menarik si lelaki kerana tidak dapat mengimbangi badannya dan keduanya tertarik-tarik sesama sendiri dan meluncur laju ke hadapan lalu KEDEBABOOMM !! melanggar sekumpulan kanak-kanak comel yang sedang berlatih menari untuk pertunjukan sempena sambutan krismas. semua pun jatuh macam nangka busuk.


dua makhluk comel ini meminta maaf kepada semua orang, malangnya salah seorang murid tersebut cedera parah dan hampir nazak. dengan cemasnya mereka menghantar kanak-kanak tersebut ke hospital.

Alhamdulillah, nasib menyebelahi mereka, kanak-kanak tersebut selamat. tetapi dua makhluk comel ini tidak dibenarkan masuk ke kawasan ice skating lagi kerana khuatir akan mencederakan orang lain.
lalu, mereka berdua beredar pulang ke rumah. si lelaki meminta izin dari keluarga si gadis untuk membawanya pulang ke negeri asal si lelaki yang letaknya jauh di timur~ ayah si gadis kurang bersetuju. hidup di sana sukar kerana si gadis tidak mempunyai saudara-mara terdekat di sana, memandangkan si lelaki adalah seorang mualaf, jadi si ayah sangat khuatir akan keselamatan mereka di sana.

si gadis memujuk-mujuk ayahnya dan mengatakan bahawa dia pandai menjaga diri. segala ilmu dan didikan yang ibu dan ayahnya terapkan sedari kecil die ingat dan simpan sehingga sekarang. si gadis turut menenangkan ayahnya dengan berkata simpanan mereka cukup untuk 1o tahun mendatang. mereka akan membeli rumah dan tinggal di kawasan ummat islam di sana. lagipun si lelaki masih berkerjaya dan berpengaruh di sana meskipun sudah berkahwin, kerana peminat telah mula terima dan memberi sokongan kepada pasangan ini.


bersedih-sedihlah keluarga si gadis, melepaskan adik tersayang pergi. tetapi setiap sambutan raya, si gadis dan si lelaki berjanji akan pulang ke rumah dan sambut bersama-sama.

pergilah mereka tinggal di negara si lelaki............

tamat.


HAHAHHAHAHAH !!! ini post paling SELEKEH pernah kte buat. penangan tak dapat pergi konsert moa. CIS ! NAK PERGI TENGOK DIORAAAANNGGGG =S


NAK TENGOK ADIK KTE, AMBER. NAK JUMPA KAKAK KTE, VICTORIA. NAK JUMPA BESTFRIEND KTE, GONG CHAN. DAN JUMPA ADIK TIRI KTE, SUZZY DENGAN MIN. DAN YANG PALING PENTING SEKAAAAALIII NAK JUMPA HUSBAND kte HYUKJAAAEEEE !! arghhhh ! poyo je nak stress stress bagai

hahahhaha. gilosss ^^"

sebenarnya kte memang rancang taknak pergi. sebab ;
1- han takde. die kat indon
2- membazir
3- tau dah konfirm2 dapat tengok dari jauh je, bukan dapat naik atas pentas bergambar sama pun.


sebab utama ialah membazir. pernah pergi sekali, alhamdulillah, cukuplah. tapi untuk 2nd-3rd time, tak. oke, tiket paling murah rm18o and paling mahal rm48o. and kte kalau pergi kte takkan beli yang seat jauh, tak berbaloi. kte akan beli yang kalau boleh duduk depan muka dorang, tiket 48o tu.

cuba fikir baikbaik, 48o kalau sedekah, wahhh, banyak boleh dapat plus pahala 1ox ganda lagi. kalau bayar streamix sebulan 68. kalau 48o boleh bayar berapa bulan ? mau dekat 7bulan punya bil. kalau shopping pun, fuhh~ memang best lah.


memang kte nak sangat pergi. tapi kte tau, kalau pergi pun selain tengok dari jauh and terjerit-jerit nyanyi lagu dorang tak dapat apelagi dah. kalau murah rezeki dapatlah gift yang dorang dok baling tu. kalau tak...... hummpphh tangan kosong. nak bergambar dengan dorang pun tak boleh. nak pergi backstage pun tak boleh. datang macam2 tu je lah. prefer lagi duduk depan tv tengok dorang. tapi memang kalau boleh nak pergi sangat. tapi bila fikir betulbetul, sungguh, pelaburan sia-sia. selain membazir duit, tak dapat ape dah~ adakah ini judi ? kerana merugikan ? fuhh~ nanti kte try tanya ustaz.

lain lah ada press conference ke dapat tiket free ke, baru kte pergi. sebab, press conference tak ramai orang and tentu-tentu dapat tangkap gambar. tiket free tak merugikan diri sendiri~

hurmm~ sadly, i can't go because of this reason. seriously, kte fikir banyak kali +.+

sorry oppa, i can't go to see you ='( next time oke~ but not in concert, in somewhere else like u date secretly with one of your 'blond-france-fans' fuhh~ perlu ke ? kkehkehkeh

hahahhhaha =DD itu sahaja entry gila ini.

-sekian-


hensemnye ya'kob heehehehheehe *gelak gatal

psstt : want someone like Jacob. suka gila kat taylor laurent. die berwajah kemelayuan, bermata sepet, teror karate, black belt tu. and paling penting sekali die bebas alkohol dan dadah. wewwitt~ suka watak die dalam twilight. selalu ada time bella susah and jadi pelindung sejati. wuhhuu iloveyousoomuchlahbeb ! nak wolve macam jake. heheheeheh~~~ 

psssttt: ohh yea, ptg td amek ibu kat stadium KJ and apelagi, kte nampak mereka-mereka itu tengah menyiapkan pentas dan segala bagai. jeles x dapat pergi +.+ ramainya mamat muka cine yang hensem ! hahahhahah !! giles