please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]
Showing posts with label facts. Show all posts
Showing posts with label facts. Show all posts

Thursday, March 24, 2016

Andaian, Persepsi dan Prasangka l

 Assalamu'alaikum wbt.,

hari tu bawa Fateh (anak kakak) KELAHIRAN FATEH pergi lunch. duduk sebelah family ni husband wife and anak lelaki lebih kurang umur Fateh tapi tua lagi maybe umur dia dalam 5-6 years old. anak orang tu duduk sebelah Fateh. anak anak kecil, tau lah kan, main jee memanjang.. Fateh ni sambil makan dia tegur tegur lah abang sebelah tu (sebab abang tu bawa robot mainan) buat muka tak malu macam biasa and main mainan tu sama sama^^". 

"ajaklah anak bermain pada tujuh tahun pertama, disiplinkanlah anak pada tujuh tahun kedua dan bersahabatlah pada anak usia tujuh tahun ketiga".
[Saidina 'Ali bin Abi Talib]

“Perintahkanlah anak-anak kalian untuk mengerjakan shalat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka pada usia sepuluh tahun bila tidak mengerjakan shalat, serta pisahkanlah mereka di tempat tidurnya.”

[Hadith Riwayat Abu Dawud]


bukan tu kisahnya. 'ibrah pada kejadian pada hari itu adalah..

masa tengah main tu, abang tu berdiri atas kerusi, then Fateh yang nampak 
"no, duduklah. saya kan duduk.."
lebih kurang macam ni lah Fateh cakap.
then parents budak tu yang dengar gelak gelak je lah sebab Fateh tegur anak dia, sebab sebelum tu pun diorang dah suruh anak dia duduk.
lepas dia dengar perkataan "saya" (sebab Fateh bahasakan diri dia saya) mak budak tu cakap dengan husband dia
"ehh nama sama dengan...."
padahal Fateh sebut perkataan saya bukan nama seseorang. maknanya mak budak tu salah dengar.

okey isu nya sekarang ni adalah, manusia ni sungguh sesungguhnya suka berprasangka dan membuat andaian sendiri. sedangkan dia boleh je tanya balik kita (as kita duduk sebelah Fateh) untuk minta kepastian betul ke nama dia "saya..?" kalau betul, then barulah buat keputusan yang ianya betul.

nampak remeh kan benda ni. nampak tak, walaupun perkara kecil macam ni pun kita dah membuat andaian sendiri, berprasangka, berpersepsi. kalau betul takpelah, tapi macam mana kalau salah ? kemudian andaian yang salah tu kita sebarkan pula kepada orang lain, lepas tu orang lain sebarkan pula kepada yang lain, bukankah itu satu fitnah andai ia tidak benar ?

PERSEPSI ialah suatu gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan.
-Kamus Dewan (Edisi Empat)-

PERCEPTION: a ​belief or ​opinion, often ​held by many ​people and ​based on how things ​seem.
-sumber: Cambridge Dictionary-

Prasangka adalah berasal dari kata pra = sebelum; sangka = dugaan, pendapat yang didasarkan atas perasaan hati, syak, kesangsian, keraguan.


Prasangka : anggapan dan pendapat yang kurang menyenangkan atau penilaian negatif yang tidak rasional, yang ditujukan pada individu atau suatu kelompok tertentu (yang menjadi objek prasangka), sebelum mengetahui, menyaksikan, menyelidiki objek-objek prasangka tersebut.

Prasangka juga dapat dikatakan sebagai attitude-attitude sosial negatif, yang ditujukan pada individu atau golongan lain dan hal ini mempengaruhi tingkah laku golongan individu yang berprasangka tersebut.
-sumber: Kajian Psikologi-

Andaian atau Assume is to ​accept something to be ​true without ​question or ​proof. 
-sumber: Cambridge Dictionary-


sedangkan mudah je kalau dia terus tanya, dapatkan kepastian, duduk berbincang dan sebagainya dari membuat andaian yang bukan bukan. 
sama juga jika kita dapat sesuatu berita yang kita sendiri tak tahu sahih atau tak, kita terus sebarkan dekat orang. sedangkan adalah lebih baik kita selidik dulu dan cari fakta serta kebenarannya sebelum sebarkan sesuatu itu. dalam kehidupan, terutamanya dalam bersosial. sudahlah susah nak cakap apa yang terbuku di hati, ni nak duduk berbincang pun taknak. sibuklah buat andaian itu ini dan terus buat kesimpulan sendiri. jadi, macam mana hal nak selesai. ibarat lari dari masalah, sampai bila bila pun takkan selesai.
wallahu a'lam.

moga setiap yang terjadi, dari sekecil kecil perkara dapat kita renungkan dan ambil iktibar.. moga kita semua jadi hambaNYA yang selalu bermuhasabah dan bersatu menujuNYA, insha Allah, aamiin..

Wednesday, July 10, 2013

Alhamdulillah, the month of blessing is coming =))

assalamualaikum wbt =]
























dan sebelum tidur, mari muhasabah diri =))



semoga ini dapat menjadi saham buatku dan mereka~^^
semoga segala amalan kita diterima diredhai dan diberkati Allah, insyaAllah, aamiin~ =]

credit to facebook's group and sedikit google-ing


-sekian- 

Thursday, February 9, 2012

blood test

assalamualaikum wbt


let's check this out !













sources : bulatbulat amek dari; SINI =D



that's quite true, right~?! ^.^ korang blood type ape ?


actually kte pun tak tau kte darah ape. tak penah cek pun. rasa macam type O, tp mcm tak, entah laa~ hahahhaa


-sekian-


psstt : idunnowhatiwanttodo *sigh~
psssttt: tajuk dengan entri macam tak berkaitan ? hahaahha

Friday, June 3, 2011

mengapa anda MENGANTUK ??

assalamualaikum wbt =]

oke, post kali ni nak bagitau kenapa anda SELALU mengantuk atau MUDAH sengantuk atau lebih tepat lagi, kenapa anda seringkali MENGANTUK didalam KELAS. ngehngehngeh ^.^

pertama : kemungkinan anda memang penat sebab x cukup tidur.

kedua : anda x cukup tidur kerana kemungkinan seharian anda busy menyiapkan assignment yang banyak mengalahkan Sultan.

byk keje ye . kesiaann~

ketiga : semalamnya anda keluar berjalan semata mencari bukubuku rujukan erkk~ mcm kenal je yg ni. hahahaha

keempat : anda terlebih tidur. f.y.i, tidur yang berlebihan akan menyebabkan badan menjadi sangat letih, kunonnya semalaman anda menyiapkan assignment. padahal anda tidur pukul10 dan bangun pada pukul3 ptg.

kelima : anda berUtube-ing. tengok MV terbaru atau lama artis fav anda sampai lupa diri, menyanyi-nyanyi macam andalah di dalam video tersebut. atau anda berUtube tengok video2 MatLutfi gelakgelak dan tangok lagi berulang kali sampai nak termuntah.
keenam : anda melayan drama korea, jepun anime atau filem2 tempatan yang terbaru atau lama seperti cerita2 p.ramlee-bujang lapok atau aksi2 muka Po dalam Kungfu Panda sambil makan keropok dan tergelak-gelak macam orang gile sampai nak tertanggal anak tekak anda.


ketujuh : anda tidak tidur langsung kerana anda sibuk menantikan si dia online di FB. tetapi hakikatnya, si dia telah belayar dan telah hampir sampai ke korea kenapa mesti korea ? hahaha kasihan anda tidak tidur semata-mata kerana itu. isshh ishh~ sambil geleng2kan kepala

kesimpulannya, dapatkan lah tidur yang cukup supaya anda tidak berasa letih dan dapat fokus di dalam kelas 100%.

"tapi kan, kte x letih pun, tidur cukup, still dalam kelas mengantuk jugak. kenapa eh ? "

sebab, ANDA MEMANG SUKA TIDUR !


letih sgt lah ni yee~ ggugugu
hahahhahha =DD best lah tidur. kan korang. kekekekeke ^.^

caracara mengatasi badan letih SINI =D

-sekian-

Monday, May 16, 2011

anak ORG KAYA vs anak JUTAWAN

assalamualaikum wbt =DD

ttbe rse trpnggil utk post bnda ni. rasa mnympah thp dinasour dgn mereka2 ni. huoohh !

perbezaan antara anak ORG KAYA dgn anak JUTARIA JUTAWAN

ank org kaya :-

1) duit parents dorg akan habis sbb anak2 tukang menghabiskan.
2) barang2 dorg guna slalunya sama je dgn barang2 ank org sederhana ni.
3) rumah besar x semestinya kereta pn besar. atau kereta besar x semestinya rumah besar. sbb duit byk hbs beli banglo atau vice versa. rilex je rmh banglo pakai kancil. xpun kreta mercedes rumah pangsa. lek luu~
4) ank org kaya akn pg ke dapur jgk tlg2 mak masak. sbb x smua ank org kaya ada maid. ade parents yg x suka amik maid/mak dorg suri rumah.
5) x kisah mkn kt mana2 pun. kedai mamak, oke je. siap sarapan harihari kt mamak lagi.
6) banyak jgk ank org kaya yg islam. erkk~ mksud kte, masih rmai org kaya yg hidup mengamalkan islam, alhamdulillah =]
7) dorg pn skola biasa mcm ank2 org sdrhana ni, skola kerajaan jgk. yg skola swasta x ramai.
8) dorg tetap akan keje part time, sbb duit dlm bank yg parent pnuhkan akan habis.
9) korg boleh jmpe ank org kaya ni bersepah-sepah kt mana2 pun, kt pasar pun ade =D
10) dorg pn guna public transport jugak nk pegi manamana.

ank jutawan :-

1) duit parents dorg x kan habis sbb simpanan dlm bank+saham yg akn sntiasa brtmbah byk gilee smpai 10 keturunan x hbs, unless bankrupt.
2) xde mknenye barang2 biasa, xde stndard la. smua brg overseas pnya jenama. local2 x main la (dorg ckp. hahaha).
3) rumah banglo kereta standard hrga banglo jugak. xmain la kreta2 kancil atau local car.
4) rmh bpk besar gile nk ke dapur pn bole sesat kot. masak nasi pn x reti. org gaji toksah crite la byk gile, gardener, maid, driver blablablaa~ bayangkan paris ank pakcik hilton ni masak nasi. slp hrbln hangus nasi tu. kkekekek~
5) kedai mamak ? eeiiuuwww~! xde stndard lah ! dh la kotor. (dorg ckp. hahhaha)
pnh lak korg jmpe Paris ank pakcik Hilton 2 mkn kt kedai mamak ? xpun cube korg ajak si kim joo won(hero secret garden. ex-bf Han) pg mkn kedai mamak, mmg kene bahan la korg. kkkekeke
6) ade ke org islam yg jutawan kt Malaysia ni ? negeri arab sana xyh crita la. yg mcm jutawan2 zaman Rasulullah dulu, Saidina Uthman r.a, Saidina Abdurrahman b 'Auf r.a kt malaysia ni ? tepuk dada tanya iman
7) jgn harap la bole jmpe ank jutawan kt skola biasa/kerajaan. smua skola swasta kot !
8) kerja ? NO WAY ! bwt ape ? mnyusahkan hidup I je, lgpun duit parents I byk lg smpai mati pn xkan hbs duit tu okeyy ! (dorg yg ckp. kekeke) yelahh nama pun mak bpk jutawan kan~ bankrupt parents kau bru tau. kekekeke.
9) anak jutawan klau korg bole jmpe kt pasar memang bertuah laaa. ade lak korg jmpe si Paris ank pakcik Hilton kt pasar ? lain la klau ade rancangan TV yg die kne 'terjebak' dgn pasar ni. ngehngehngeh~
10) ssh nk jmpe ank jutawan naik public transport.ade korg jmpe Paris ank................ pikir la sndri. kekekke

habis lah kuku I kalau masak nasi~

lastly, org kaya makan rasuah baru jd kaya. omo omoo~ hbs 2 jutawan x mkn rasuah lak ? setakat ni xde kot. klau ada pun myb x seramai org kaya. hahaha~ jutawan die usaha sndri utk kekayaan die. contohnya, si Donald Trump, korg rase die jd jutawan skrg ni sbb mkn rasuah ke?
Bill Gates pengasas microsoft and Mark Zuckerberg FB, jutawan2 yg berusaha dari papa kedana, miskin jd jutawan. oke, cntoh lain, jutawan islam, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary jutawan. sbb mkn rasuah ke ?

okeyy okeyy msti ade yg ckp, x smua org jd kaya sbb mkn rasuah. tp, tapi, kebanyakannya~ faham x ? kebanyakannyaaa mkn rasuah. tgk je la kt ngara ni sndri, rmai org kaya yg mkn rasuah, but jutawan adlh ats hasil usaha dorg sndri. sbb duit rasuah akan habis, tp duit org yg berusaha xkan habis malah makin bertambah.

skrg perbezaan antara ank org kaya/jutawan dgn anak orang BAJET "kaya"

mereka yang sememangnya anak anak jutawan dan kaya:-

1) sana eeiiuuww sini eeiiuuww. stadard lah sbb dh dibesarkan hidup senang.
2) standard brg jenamajenama overseas kan.
3) makan mahal2 tu dh biasa sgt, x heran pun and kadang2 x kisah klau mkn mamak pun =]
4) dorg pun ade motor kapcai jugak kan. kadang2 yg laki si bujang x kisah pun motor pun bantai motor la.
5) x kisah........... dh x bole fikir, sbb byk sgt. hahahhaa

ank org BAJET "kaya" atau berlagak kaya:-

1) melebih-lebih lak eeiiuuww bebudak ni. baru msuk pasar skit eeiiuuuww, pegang ikan basah, eeiiuuww. org terlanggar sikit eeiiuuww, maki hamun lahh. WTtuttt~!!? klau AnwarHadi ckp bahasa eeiiuuww~ kte pnggil dorg ORG EEIIUUWW~!! huhehueheue
2) ehh dorg pun nk brg berjenamajenama mahal mcm ni. eh eh ehh, klau x nyusahkan parents xpe. ni dh tau parents x mampu beli kau nk jgk nyusahkan dorg. lbh baik korg tlg parents carik duit lebih, kaann~
3) haa, nk mkn kt kedai mamak ? ape stndard. I x mkn la kedai mamak ni, kotor (eh mcm knl je ayt). I mkn kt Resepi Rahsia x pun Pizza Hut ke Starbucks ke Kopitiam ke ke kee........blablabla (mls nk dgr lg dh)
4) ape ? naik motor je ? I allergi la dgn motor ni. I naik kreta2 besar mcm honda ke bmw ke merc ke ke kee......
5) gediknye MasyaAllah, melebihi ank jutawan. dh dorg main jutaria slalu. kekekke~


terpaksa bwt muka mcm ni berdepan dgn dorg~

oke, tu je. nk tau org tu mcm mana, ni boleh la membantu korg. hahahha~ tp yg prmpuan memang agak memilih sikit (bkn kite yg ckp, psychologist yg cakap. hueheuheu)

-sekian-

"dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan"
(surah Al-Fajr ayt 20)

"mereka yang tidak bersyukur kepada Allah ialah mereka yang tidak bersyukur kepada manusia"
[hadith riwayat al-Tarmizi]

Monday, April 4, 2011

ini GENG B !!

assalamualaikum wbt readers sekalian =]
apa khabar~? alhamdulillah~ bagus^^

Geng B ? siapa geng B ni ? apa benda Geng B ni ? cecite~ cecite~ nak taaauu.
sebelum bagithau geng B ni apa. kite nak bagitau pasal orang orang B yang sangatlah bijak pandai kalau drive. sudahlah pandai, lepas tu tak menyusahkan orang. baik hati sangat mata ke atas tangan kat bahu 

ok, sekarang terbalikkan semua maksud diatas.

ada ke bawa kereta yang macam lori tu masuk kat jalan yang terang terang papan tanda tulis dilarang masuk. ni jalan one-way okeyy. sebab pandai sangat masuk line yang wrong way dengan kereta bagak besar macam lori, habis orang yang baru keluar parking mesti la bertembung kan. tak terkejut org ?! buatnya bawa laju, tak langgar ke. sebab ada orang orang pandai macam ni lah banyak accident jadi. tak fikir ke ?

mesti lah orang yang macam tu tak fikir kan, kalau dia fikir takde la dia masuk jalan yang terangterang lagi bersuluh ada signboard dilarang masuk.
dah selalu sangat benda ni berlaku. tapi, selalunya kalau masuk lorong salah, makhluk macam ni akan buat muka selamba. sebab tau salah. kalau macam tu tak kisah lah. yang panasnya bila makhluk pandai macam ni ada kat wrong way boleh cakap macam kita yang salah. sudahlah tak minta maaf, lepas tu nak salahkan orang pulak. time abah drive, reverse nak keluar parking. tetiba abah brek mengejut. kite yang tengah syok membaca kat seat belakang dah tak macam nak terpelanting ke depanlah pulak~

abah bkk tngkp ckp : apparaa, salah lorong ni.
si pandai : jalan ni BESAR la.

pastu dia blah pecut macam lumba lak. kureng betul ! tengok sikit diri awak tu muda lagi. tak kisah lah kereta awak tu besar macam lori ke awak tu org berpengaruh ke pangkat besar ke anak PM ke. kalau signbord pun tak reti baca. apetah lagi nk ikut law mntg2 amek law. cececehh. jalan pun ada undang undanglah. awak yang buat undang undang tu ke suka hati taknak ikut ? kalau dah law pun tak boleh nak ikut macam mana nak organize company besar. guna duit BELI undang undang ke~? 

tak kisah la apa korang nak cakap "cehh mentang mentang budak law, skemanya semua peraturan nak ikut. takde life lah" mcm kenal je ayat ni. hahahha

kalau tak menyusahkan orang lain takpe. sebab ada orang orang yang tak bertanggungjawab macam ni lah banyak accident berlaku. nak kata taktahu, taklah pulak, semua ni kan dah belajar masa ambil lesen dulu. bukan nak salahkan 100%. tapi, ikut la praturan yang ada. kalau semua orang hidup berdisiplin, ikut peraturan aman harmoni laa~ kurang sikit keskes kemalangan jln raya. tak gituu~

orang orang macam ni lah yang tergolong dalam geng B. B tu stand for bo**h+bah**l+bab 1+ bang*ng+be**ong+++ dan yang sewaktu dengannya. sopan la sikit guna geng B. kalau tak........


photo sources= http://driving-school.com.my/category/undang-undang/

samasama la kita ikut peraturan jalan raya. ANDA BOLEH MENGUBAHNYA eicecehh

-sekian-

"Taqwa itu di sini kata nabi , sambil menunjuk dadanya tiga kali. Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam. Sekalian orang Islam ke atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya"
-hadith riwayat Muslim-

maksudnya :- Rasullullah S.A.W mengatakan "Taqwa itu di sini.. sambil menunjukkan ke dadanya sebanyak tiga kali. Ini adalah memberi isyarat atau petunjuk bahawa kemuliaan manusia di sisi Allah bukanlah dengan cara berlagak, menunjuk diri atau meninggi-ninggi darjat, peribadi, tetapi adalah dengan sifat taqwa, yang mengeluarkannya amal utama dan budi mulia, sekalipun orang taqwa itu dipandang hina dan dikeji."

Hendaklah kamu pelihara tiga perkara yang menjadi habuan orang mukmin iaitu :

Pertama, jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya maka janganlah kamu menyusahkan dia.
Kedua, jika kamu tidak mahu menyukakan dia maka janganlah kamu mendukakan dia dan;
Ketiga, jika kamu tidak hendak memuji dia maka janganlah kamu mencela dia. Wallahhualam
-www.al-azim.com-

Monday, March 28, 2011

tegurlah dengan berhemah

assamualaikum wbt

ada satu hari tu, ada seorang hamba Allah ni. dia kenal and rapat betul dengan family kitorang. adalah benda yang dia tak puas hati dengan abah. kengkadang benda benda yang dia tak puas hati tu akan dikaitkan dengan Rasulullah. Rasulullah tak buat benda ni, Rasulullah tak macam ni. okey, tak kisahlah dia nak tegur. tapi cara tu, berhemah dan berhikmahlah sikit. bukannya dengan cara perli memerli. awak tu ilmu agama tinggi. pernah ke Rasulullah tegur sahabat dengan cara perli ? haa, ni yg pelik cecite cecite

kalau dah kena perli tu, kite yang dengar ni tak ke sakit hati ? pernah pulak Rasulullah sakitkan hati sahabat dengan kata-katanya ? ni yang macam nak cakap dekat hamba Allah tu. teringin sangat nak cakap macam tu. tapi, aishh~ sabo je le. sabo je le, saboo je le

"tengok tu orang lain rambut kemas je. ayah awak rambut panjang, serabai, suruh dia potong. Rasulullah tak serabai macam tu, Rasulullah punya rambut kemas. " lepas cakap dia pergi.

kite cakap dalam hati :
'hhaa, excuse me, Rasulullah s.a.w tak merokok okey ! at least abah saya tak merokok, bukan macam awak tu. rokok tu bukan ke haram? awak tu orang berilmu. tak pernah pula dengar mana mana hadith yang mengatakan Rasulullah atau sahabat merokok. ni yang pelik ni. hehh

"Aku ialah pemimpin di sebuah tempat di Syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan wlaupun dia benar." diam itu adalah lebih baik.
-Hadith riwayat Abu Daud-

dia cakap depan kite. kite yang dengar macam, erkk~!! abah punya rambut memanglah panjang, tapi takdalah serabai/selekeh manapun. kitorang tengok ok jee, ohsem lagi. sebab rambut abah macam tu lah ramai panggil profesor, sebab rupa macam Prof. ala ala Prof gitu, dengan janggut sejemput, rambut sedikit panjang.

kalau macam tu Dato' A.Samad Said tu apa pulak ? taknak cakap apa apa ke~ pergi lah tegur Dato' A.Samad Said, suruh beliau potong rambut. Rasulullah s.a.w takda rambut panjang+janggut panjang macam tu. hadith mana Dato' A.Samad Said ikut, yang boleh simpan rambut panjang sampai macam tu. taknak tanya ke~??!!

So, apa masalah dia ?

rambut abah ala2 Prof.Snape ni
m.nasir pn blh jgk. cume rmbut abah kaler putih je dh byk uban


isunya sekarang, boleh tegur elok elok kan, macam ni : 

"suruh la ayah awk tu potong rambut sikit.. biar kemas macam Rasulullah.." 

kan ke sedap sikit bunyi. bukannya, rambut ayah awak panjang, serabai. Rasulullah tak serabai macam tu... and then blah, pergi macam tu je

tegurlah dgn berhemah

sekarang ni ramai yang suka perli dalam menegur. perli itu bukan tegur namanya. cuba cek kamus dewan, apa maksud tegur/menegur. sama ke dengan perli ? cuba anda orang yang menegur letak diri anda didalam situasi orang ditegur, kena perli, marah dan dimaki hamun ? macam mana rasa ? ada rasa nak ikut tak ? agak agak ?

ini lah manusia~ tegur pun tak kena cara. macam mana orang nak ikut ? lagilagi budak budak sekarang yang kuat mmberontak. kalau macam itulah caranya menegur orang, Allahu Akhbar. tak tahulah. bila orang tak dengar cakap, marah maki hamun pulak. astaghfirullah~

lebih baik kalian doakan sesuatu keburukan itu menjadi baik daripada memaki hamun. maka itulah yang baik untuk dirimu dan semuanya

' ISLAM mengajar umatnya berAKHLAK ketika berCAKAP, berakhlak ketika berpidato dan berDIALOG di hadapan khalayak. Islam melarang umatnya membuat fitnah, mengumpat dan bersangka buruk terhadap sesama manusia. malah islam mengajar kita untuk menutup keaiban orang lain. semua itu termasuk dalam DOSA BESAR.
Hari ini, sebahagian ummat Islam asyik MEMIKIRKAN keBURUKan orang lain, lalu TIDAK SEMPAT untuk memikirkan keBAIKan dan keMAMPuan yang boleh dilakukan untuk dirinya sendiri.. '
-ustaz Ahmad Baei Jaafar. SOLUSI 28-

sama-samalah kita mengambil iktibar. tegur dengan berhemah =] insyaAllah~



-sekian-


psstt: tujuan post ni ditulis bukan untuk mengaibkan hamba Allah tersebut. tetapi, untuk yang lain mengambil hikmah diatas apa yang berlaku. tegurlah dengan berhemah. elakkan memerli dan menghina orang lain. doakan, maka itu yang lebih baik. wallahu'alam.

psssttt: jangan marah. sayasayang Dato'ASamadSaid tau =) 

semoga Allah redha