please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Wednesday, March 6, 2013

mengata dulang paku serpih

Assalamualaikum wbt
credit to google

tersebutlah suatu kisah di sebuah kota yang aman damai. kota ini terdapat banyak jajahan daerah didalamnya. jajahan-jajahan tersebut diperintah pula oleh penguasa, dan penguasa-penguasa ini perlulah report segala hal kepada sang raja. 

di satu daerah jajahan, terdapat seorang penguasa yang sangat prihatin dan penyayang malah berjiwa rakyat. sepanjang pemerintahannya, sistem pemerintahan semakin baik, malah banyak program-program keagamaan dijalankan di daerah tersebut. sebelumnya, negara ini diperintah oleh seorang penguasa yang gilakan kuasa dan sangat sukakan hiburan melampau. nasib rakyat tidak terbela dibawah pemerintahannya. kononnya banyak bakti dan usaha telah dilakukan untuk membela nasib rakyat. seegala kebaikan pasti akan dijaja dan ditampal disetiap daerah untuk menunjukkan betapa prihatinnya si penguasa zalim. tetapi sebenarnya hanya untuk menutup mulut sesebuah pihak, malah rasuah semakin berleluasa. oleh kerana tidak tertahankan lagi, rakyat mula memberontak dan menjatuhkan penguasa tersebut. lalu melantik yang lebih layak, dan memberi peluang kepada penguasa yang menegakkan agamaNya untuk memerintah daerah tersebut. 

sebenarnya, si penguasa zalim itu mempunyai banyak daerah jajahan yang sang raja berikan kepadanya. hanya satu daerah itu sahaja yang rakyat tidak tertahankan lagi dengan sikap si penguasa. ini kerana daerah tersebut merupakan pusat perdagangan dan keilmuan. oleh itu, rakyat didaerah tersebut lebih terbuka minda dan celik dengan sikap si penguasa zalim yang bermuka dua.

si penguasa zalim yang digulingkan mengadu kepada sang raja. memandangkan si penguasa zalim adalah anak emasnya; kerana si penguasa zalim kononya sangatlah berjasa besar kepada negara, lebih-lebih lagi dia merupakan keturunan penguasa. hakikatnya, Raja tidak pernah turun padang dan menyaksikan sendiri bagaimana daerah-daerah bawah pimpinan si penguasa zalim. Raja hanya membaca dan mendengar laporan yang diberikan oleh penguasa zalim kepadanya.
lalu, Raja mengadakan pertemuan tergempar antara semua penguasa dan pembesar-pembesar lainnya.

keesokan paginya, pertemuan tergempar berlangsung. Raja memerhatikan seorang demi seorang yang hadir. lalu bertitahlah baginda dan meminta pendapat dari setiap orang yang hadir mengenai daerah yang melantik penguasa baru. baginda meminta pendapat dari setiap pembesar bahawa perlu atau tidak mengekalkan kuasa. sedang-sedang mereka berbincang, tibatiba muncul seseorang yang bijaksana. berkatalah ia,

"wahai Tuanku yang adil lagi bijaksana, patik mempunyai satu cadangan dan pendapat yang berbeza. pada pandangan patik, memandangkan rakyat yang memilih pemimpin tersebut, apa kata kita biarkan untuk seketika dan melihat sehingga mungkin rakyat tidak sukakan pemerintahan tersebut. sedarkah Tuanku, kerana rakyat sendiri yang memilih pemimpin mereka. lagi pula, pembesar dahulu yang mengadu kepada Tuanku itu mempunyai daerah jajahan yang sangat banyak namun dia tidak menjaga kebajikan rakyat jajahannya dengan baik. malah sibuk menjatuhkan pembesar yang baru. maaf Tuanku itu pendapat patik. andai patik terkasar bahasa, mohon diampunkan.."

siapakah orang tersebut ? kata-katanya sahaja mencengangkan para hadirin yang hadir. malah raja sendiri tersedar dari lamunannya. 

"siapakah kamu wahai anak muda ? Beta melihatmu mempunya karisma tersendiri. baik, Beta akan memberi masa kepada pembesar baru tersebut sehingga suatu saat rakyat tidak memerlukannya lagi"

"patik hanyalah seorang hamba-NYA..."


kesimpulannya, ramai antara kita yang tidak sedar akan kesalahan yang dilakukan, tanggungjawab yang diamanahkan terabai, tetapi sibuk hendak menjatuhkan orang lain. hati busuk penuh prasangka.  ayuh bangkit ! berubahlah ! sedarlah dirimu siapa disisi Rabbmu...

psstt: sudah cukup penat dengan keadaan manusia yang masih gilakan dunia dan busuk hati, dengki mendengki namun hendak berubah jauh sekali. moga Allah bukakan pintu hati kita semua dan bawa kita menuju dia, cintaNYA hanya DIA, aamiin~ =')

Thursday, January 17, 2013

#SweetCoupleOfTheYear

Assalamualaikum wbt =]

mereka sangat sweet. ohhoooii~


soalan dia bestbest je. sweet sangatlah ! =D may Allah bless u and ur family =)


psstt: semoga my future family (husband kte, ehh ?! ahahaha) pun macam ni, aamiinn~ *blushing* heheheheeheww
psssttt: last paper for final, account jumaat ni. please pray for us, insyaAllah =]

Sunday, December 16, 2012

#evolution of music

assalamualaikum wbt =]

a new one. hehh #suka =D



psstt: muka Albert Chang ada macam Lee Dong Wook sikit. ehh macam Gwang Soo pun ada jugak.kekekkee^^
psssttt: new post dan segala post lama akan diupdate. tunggu ada masa je. hehehh 

Wednesday, August 8, 2012

and i know...

assalamualaikum wbt =]

..just a short entry..

mood ketika ini dan harihari selepasnyaa..



kadangkadang terasa macam nak pergi jauh, menyepi dari orang ramai. macam Rasulullah saw pergi ke gua Hira' dan bermunajat, bertaqarrub dan bertahannuth di situ. bila kita jauh dari orang, baru dapat kesedaran, baru kita dapat tahu dan lihat sejauh mana mereka mereka menyayangi manusia yang berjauhan. hurmm~

tapi, hakikatnya, sekeliling yang memberi kesedaran kepada diri sendiri. sekeliling yang akan menjadi cermin untuk diri tidak menjadi sebegitu. sekeliling yang akan mendidik diri menjadi manusia lebih berguna.. insyaAllah, amiin~

"and i know You forgive my sins
and i know You conceal my defects
but i am remorseful my Lord
i am almost wailing because of my regrets

my tears fall
and my soul submit to the Lord of Creation
your slave has disobeyed You
but now he calls You and tears has wet his cheek

how i wish i never whispered to You one day..
i disobey You my Lord.." ='(



-sekian-


رَب اﻏْﻔِﺮْ ﻟِﻲ وَارْﺣَﻤْﻨِﻲ وَﺗُﺐْ ﻋَﻠَﻲﱠ إِﻧﱠﻚَ أَﻧْﺖَ اﻟﺘﱠﻮﱠابُ اﻟﺮﱠﺣِﻴﻢُ



psstt: sorry kat semua yang kte buat korang terasa hati, terbuli and termarah. serendah rendah diri, kte minta maaf banyakbanyak. kte tak berdendam dengan sesiapa. yang pernah buat kte sakit hati dan sebagainya, kte dah maafkan semua orang, insyaAllah~ =')

Tuesday, August 7, 2012

si kecil yang dah besar

assalamualaikum wbt  =]

post ni banyak vid, sorry berat sikit =)

start ni bila Han bagi vid 3 org mamat yang miming lagu raya. erkhh ++" kte bukak utube tengok vid tu, lepas tu kat list tepi terjumpa Alyssa Bernal dia ni fav budak laki sekolah kte. cover i'm yours. kte ni kalau nampak je lagu Jason Mraz, lagilagi cover, kte akan bukak+dengar. sukaaa Jason Mraz ! =D 

tengok lagi kat list tepi ada si kecil mata sepet ni; Sungha Jung. owhh tibatiba adrenaline meningkat dengan bahagianyaa sebab excited. hahaha^^ 


oke, post lepas; TEKAN SINI kte dah cerita pasal dia ni. yang ni follow up. heehehh~

dia dah besar~ hahahah^^"  oke, jom tengok vid bawah ni =)



composed by him

masa concert tour dia
sangat harmony, gabungan canon in D dengan lagu proud of u *melayang layang~~~* 

macam biasa lahh canon in D mesti ada. kekeke~^^ maaf yg sama. tapi versi lainlain


ni gabungan Sungha dengan Jun Sung Ahn. best kann best kann~! =D


vid Sungha yang latest (iloveyou-2ne1) kte tak letak kat sini, sebab lagu tu kte tak suka sangat. tapi cara dia main lagu tu best. hhoo~ tengok kat channel utube dia laa. hhohoo


dan dan, Megan Lee tu lebih kurang sebaya dia. bestkan suara dia


tengok cara Megan Lee pandang Jason, nampak dia suka sangaatt, memang sangat lucky^^

last, Jun Sung Ahn


river flows in u by yiruma pun fav. best sangat kan bunyi violin diaa~! =DD

kte rasa Sungha ni peminat 2ne1 lah. sebab banyak cover 2ne1 dia buat. hhoo~ ahh yea, lagu 2ne1 semua susahsusah. patutlaahh~^^"



psstt: kte tak suka muzik rock. satusatunya muzik rock yg kte suka, canon in D, sebab dia mix and dengar banyak kali, serius best. memang tak pernah bosan dengar sampai termuntah punn =D

psssttt: nak update pasal lain sebenarnya, lain pulak yang diupdate ++"