please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Tuesday, July 12, 2016

Sang Kiai

Assalamu'alaikum warahmatullah

Zohor tadi tiba-tiba abah panggil and ajak tengok TV. apalagi cepat-cepatlah tengok dalam kemalasan. kehkeh~ 

Tajuk cerita Sang Kiai dekat Astro Oasis (channel 106) tadi. Kisah sejarah pada zaman pendudukan Jepun dan Belanda dalam tahun 1945-1949 (kalau tak silap). Tokoh utama Sang Kiai itulah Kiai Hasyim Asy'ari. Cerita pasal pemikiran Kiai Hasyim yang tak terjangkau dek akal kita manusia biasa. Beliau merupakan ketua pesantren dan mengikut maslahah mengarahkan anak-anak muridnya agar melibatkan diri untuk  training jadi tentera jepun dengan nama Askar Hisbullah. Orang yang tidak faham dan hanya melihat pada luaran pasti menyangka Sang Kiai itu bersubahat dengan Jepun pada ketika itu. Sedangkan ia adalah untuk maslahah, untuk kepentingan secara umum. Bayangkanlah pada waktu itu semua pesantren diasak habis-habisan. Teruk mereka dikerjakan oleh Jepun. Apalagi jalan yang Sang Kiai boleh lakukan untuk menyelamatkan pesantren-pesantren pada ketika itu? Pastilah sepertinya menghantar semua anak-anak muridnya, melibatkan diri melatih untuk jadi tentera, untuk kononnya menjadi askar jepun. Dan pada ketika itu Jepun bersetuju kerana kononnya Sang Kiai mahu join venture, seolah menyokong dan bersubahat dengan Jepun.

Hakikatnya tidak ! tidak sama sekali. Kemahiran menggunakan senjata dan menjadi tentera adalah suatu bentuk ilmu yang sukar hendak kita dapatkan. Jadinya, apabila anak-anak pesantren semuanya telah mahir menggunakan senjata dan punyai skill, kemahiran tentera, mereka semua berjuang menentang Jepun dan Belanda untuk kemerdekaan ! Hebat bukan pemikiran Sang Kiai. Bayangkan jika pada ketika itu semua menentang Sang Kiai kononnya tidak mahu bersubahat dengan jepun, apa yang akan terjadi ? Pastilah pesantren akan terus diasak malah makin melarat, sudah tentu kemerdekaan jauh sekali hendak dicapai. Allahu Akhbar !

kredit gambar : Google

'Ulama itu wajib kita taati, biarpun pemikiran mereka tidak akan mampu untuk kita fahami. Kerana amalan mereka masha Allah hebat sekali. kita memang tidak akan mampu dengan amalan kita yang sekarang ini. Allahu.. 

Begitu juga dengan apa yang berlaku sekarang. Apabila seseorang 'Ulama itu menyatakan pendapatnya, kita terus ahh ! cakap banyak. padahal kemampuan ilmu dan amalan kita setakat mana ? baru tahu hadith sikit dah membid'ahkan orang lain. baru tahu hukum sikit dah taknak ikut mazhab yang besar. baru tahu tafsir qur'an sikit terus terjemahkan Al Qur'an ikut logik akal. patutkah kita bersikap demikian ? sedangkan 'Ulama dulu bukan sekadar mengaji Qur'an Hadith, malah lebih dari itu. mereka pakar Nahu, pakar Sorof, pakar bahasa, pakar perubatan, pakar sains. Sekurang-kurangnya 12 ilmu wajib mereka ada. Sekurang-kurangnya 12. Bukan maximum. Qur'an Hadith itu ilmu biasa yakni wajib bagi mereka. Kita ni.. tidak usahlah sombong dengan ilmu setitik yang kita miliki.. Allahu..

Sudah sampai masanya kita para pendekar, para pelajar silat wajib juga belajar memegang senjata api. Ilmu tempur itu sudah pastilah ada dalam pembelajaran silat, namun ilmu berperang kita masih belum mahir. Makanya, sudah masanya kita mewajibkan para pelajar silat semuanya mengikuti latihan ketenteraan. Biar mahir selok belok peperangan, selain dari mahir bersilat. in sha Allah.. 

-Sekian-

Friday, June 3, 2016

Ikhlas...

Assalamu'alaikum warahmatullah

ikhlas itu adalah melakukan sesuatu tanpa mempersoalkanNYA.
ikhlas itu, kami dengar dan kami taat.
ikhlas itu terima, sabar dan redha dengan apa yg DIA tetapkan.
ikhlas itu prasangka baik kepadaNYA.
ikhlas itu menerima, bukan memaksa juga bukan terpaksa.
ikhlas itu bergantung sepenuh pengharapan padaNYA.
ikhlas itu SYARATnya AMAL.
ikhlas itu ibarat semut hitam yg berjalan diatas batu hitam.
ikhlas itu adalah perjalanan kita menujuNYA.
ikhlas itu teramat mulia. kerana itu sukar melaksanakannya.

bila ikhlas, hati lapang
semua perkara jadi mudah.
dari ikhlas diterima amal.
dari ikhlas akan timbul syukur.
dari ikhlas akan timbul ketenangan.
dari ikhlas akan timbul kelapangan.
dari ikhlas akan timbul kemudahan.
dari ikhlas akan timbul kecukupan
dari ikhlas akan datang rezeki dariNYA yang tidak dijangka,
dan dari ikhlas, redhaNYA yang kita mahukan..
sungguh, DIA benar. tugas kita cuma yakin dan percaya. 
in sha Allah..

-ARN. 3Jun2o16. o75oam-


Ahlan ya Ramadhan🌙🌙🌙

Tuesday, May 24, 2016

ukhuwwah dalam persilatan

Assalamu'alaikum warahmatullah,


secebis nukilan ilham dariNYA, dalam persilatan bermulanya ia, kerana cinta demiNYA, bertemu berpisah dengan izinNYA. Allahu Robbi =]


bila persaudaraan tidak dijaga,
yang ringan beratlah ia,
yang mudah susahlah ia,
yang lapang sempitlah ia,
yang gembira sedihlah ia,
habis musnah isi dijaga.

bersatunya kita terbit kekuatan,
kuatnya diri dengan adab.
kuatnya akal dengan ilmu.
kuatnya jiwa dengan Iman.
kuatnya roh dengan cinta.
kuatnya Islam dengan persaudaraan.

kerana, ukhuwwah itu yang utama.
silaturrahim wajib dijaga.
tanda persaudaraan kita,
tanda keimanan kita,
tanda ketaqwaan kita,
seikhlas sehati sejiwa.
bila susah, setia bersama,
bergabung mengharungi ia,
jadi senang jua gembira,
senyum lebar tidak terkata,
hati riang lapang terasa,
terbit cinta didalam jiwa,
rasa indah keranaNYA.

SILATurrahim👑

-ARN. o537am. 24Mei2o16-

Sunday, May 22, 2016

Nukilan Rasa dalam Persilatan

 Assalamu'alaikum warahmatullah


sekarang kita tukar pada kehidupan kita sebagai seorang PELAJAR, PESILAT dan seorang MUSLIM.


🔹kita tahu kita hendak belajar silat, tapi kita tidak tahu apa peraturan dan adab didalam gelanggang.

🔹kita tahu semua cikgu duduk jauh, tapi bila datang kita tidak bersedia.

🔹kita tahu kita duduk asrama, jalan sikit dah sampai, tapi kita tidak sanggup tinggalkan asrama demi sedikit ilmu.

🔹kita tahu setiap pagi di sekolah wajib berikrar, tapi ikrar silat kita pertikaikan?

🔹kita tahu ADAT itu PERATURAN, peraturan itu 'URF (العرف). tapi kita lupa, adat itu dibenarkan selagi tidak melanggar syarak. 

🔹kita tahu silat dilatih seperti orang berpuasa, tetapi bila kepenatan, kita hilang pertimbangan.

🔹kita tahu adab bersilat berpakaian lengkap, tapi T-shirt juga yang kita gemarkan. (kenapa kenapa KENAPA ?!!)

🔹kita tahu permulaan latihan membuka gelanggang, tapi kita tidak tahu apa yang kita doakan.

🔹kita tahu bunga tanjung ada kelebihannya, tapi kita tidak tahu apa kegunaannya. 

🔹kita tahu silat lesennya kuda-kuda, tapi kita semua berdiri TANPA kuda-kudanya.

🔹kita tahu asas gerakan, tapi kita tidak mantapkannya.

🔹kita tahu asas elakkan kena mengelak, tapi bila diserang kita tidak mengelak.

🔹kita tahu kombat tu serangan maut, tapi kita sering ter"maut" sebelum berjuang.

🔹kita tahu kita akan belajar seni kunci, tapi kita tiada persiapan diri. 

🔹kita tahu dalam kunci ada seni bukanya, tapi kita sering terkunci sebelum membukanya.

🔹kita tahu buah pentas sering dijadikan buah pertandingan, tapi kita tidak melatihnya.

🔹kita tahu kita hendak masuk pertandingan, cikgu kita harapkan, tapi kita sendiri tidak berusaha berlatihnya. 

🔹kita tahu senior ada buah, tapi kita tidak minta kepada mereka.

🔹kita tahu junior nak masuk bertanding, tapi kita tidak mengajarkannya.

🔹kita tahu cikgu datang tidak berkira, tapi kita masih di takuk yang lama.

🔹kita ingin menjadi juara, tetapi kita seperti katak di bawah gelas, nampak sekeliling tanpa mahu keluar dari kebiasaan. 

🔹kita suka hendak bertanding, tapi kita tidak mengambil tahu peraturan, adab dan pakaian pertandingan.

🔹kita tahu kita Orang Melayu, tapi kita segan mengamalkan budaya Melayu.

🔹kita tahu adab orang bercakap kita mendengar, tetapi kita bercakap masa orang sedang bercakap.

🔹kita tahu duduk bersila adab Melayu, para al-Habib juga begitu, tetapi cara duduk bukan Melayu juga kita agungkan.

🔹kita tahu masuk rumah/gelanggang memberi salam, tetapi kita masuk seperti pencuri yang ketakutan.

🔹kita tahu seorang Muslim itu setiap perbuatannya bersungguh, tapi kita tidak tunjukkan kesungguhan kita bila bersilat. 

🔹kita tahu Islam merangkumi cara hidup keseluruhannya, tapi bila bersilat kita sering meremehkannya.

🔹kita ingat Islam hanya pada solat dan ibadah, tapi kita lupa silat juga satu ibadah.

🔹kita ingat adab sekadar adab, sedangkan adab itulah Akhlak. 

🔹kita tahu ungkapan "biar mati anak, jangan mati adat." tapi kita lupa sambungannya "ADAT berSENDIkan SYARAK, syarak berSENDIkan KITABULLAH".

🔹benar, pelajaran itu yang utama, silat itu yang kedua. tapi, asal silat itu silaturrahim, yang lebih utama. 

🔹kita tahu silat itu seni mempertahankan diri Bangsa Melayu, tetapi kita hanya melihat luarannya sahaja. sedangkan silat itu membentuk peribadi, mendisiplinkan diri.

🔹kita ingat kita yang paling banyak kerja, belajar lagi.. tapi kita lupa yang cikgu juga telah korbankan masa belajar, masa bekerja, masa berehat dan masa bersama keluarga demi mengajar anak bangsanya.

🔹kita tahu kita sibuk kita tidak bahagikan masa, kita lupa seorang Muslim itu sememangnya sibuk, tiada rehat didunia melainkan disana.

🔹kita boleh berhabis duit untuk pelajaran lainnya, tapi bila ilmu persilatan kita berkira.

🔹kita ingat ilmu persilatan sekadar pertahanan diri, tapi kita lupa Rasulullah, para sahabat dan 'ulama sekaliannya pejuang, pahlawan, pendekar Islam !

🔹kita tahu pejuang al Imam Mahdi itu ada, kita mahu menjadi sebahagian dari mereka, tapi kita lupa mereka semua pesilat terbilang lagi handalan !


akhir kalam, bersilatlah dari hati, penuh ikhlas dengan Iman. moga Allah redha..


-ARN & NLN. 22mei2o16. 1530pm-

Sunday, May 1, 2016

moga ikhlas pabila meminta tiada diberi

Assalamu'alaikum warahmatullah,
..بسم الله الرحمن الرحيم

bila usaha dinilai tiada
meminta bantuan tiada diberi
bila diminta kita memberi
tanpa berkira setiap masa.

alangkah peliknya manusia,
dia mahu yg bagaimana ?
kita memberi tanpa dipaksa,
bila memohon diminta tiada ?

sukarnya memujuk hati,
namun pergi tidak sekali,
pabila amanah utama sekali,
rajuk habis dipadam sepi.

moga diri ikhlas sekali,
memberi dengan sepenuh hati,
tidak meminta balasan diberi,
hanya memohon dari Ilahi.

-ARN. 1mei2o16. 1925pm-