please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Monday, March 28, 2011

tegurlah dengan berhemah

assamualaikum wbt

ada satu hari tu, ada seorang hamba Allah ni. dia kenal and rapat betul dengan family kitorang. adalah benda yang dia tak puas hati dengan abah. kengkadang benda benda yang dia tak puas hati tu akan dikaitkan dengan Rasulullah. Rasulullah tak buat benda ni, Rasulullah tak macam ni. okey, tak kisahlah dia nak tegur. tapi cara tu, berhemah dan berhikmahlah sikit. bukannya dengan cara perli memerli. awak tu ilmu agama tinggi. pernah ke Rasulullah tegur sahabat dengan cara perli ? haa, ni yg pelik cecite cecite

kalau dah kena perli tu, kite yang dengar ni tak ke sakit hati ? pernah pulak Rasulullah sakitkan hati sahabat dengan kata-katanya ? ni yang macam nak cakap dekat hamba Allah tu. teringin sangat nak cakap macam tu. tapi, aishh~ sabo je le. sabo je le, saboo je le

"tengok tu orang lain rambut kemas je. ayah awak rambut panjang, serabai, suruh dia potong. Rasulullah tak serabai macam tu, Rasulullah punya rambut kemas. " lepas cakap dia pergi.

kite cakap dalam hati :
'hhaa, excuse me, Rasulullah s.a.w tak merokok okey ! at least abah saya tak merokok, bukan macam awak tu. rokok tu bukan ke haram? awak tu orang berilmu. tak pernah pula dengar mana mana hadith yang mengatakan Rasulullah atau sahabat merokok. ni yang pelik ni. hehh

"Aku ialah pemimpin di sebuah tempat di Syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan wlaupun dia benar." diam itu adalah lebih baik.
-Hadith riwayat Abu Daud-

dia cakap depan kite. kite yang dengar macam, erkk~!! abah punya rambut memanglah panjang, tapi takdalah serabai/selekeh manapun. kitorang tengok ok jee, ohsem lagi. sebab rambut abah macam tu lah ramai panggil profesor, sebab rupa macam Prof. ala ala Prof gitu, dengan janggut sejemput, rambut sedikit panjang.

kalau macam tu Dato' A.Samad Said tu apa pulak ? taknak cakap apa apa ke~ pergi lah tegur Dato' A.Samad Said, suruh beliau potong rambut. Rasulullah s.a.w takda rambut panjang+janggut panjang macam tu. hadith mana Dato' A.Samad Said ikut, yang boleh simpan rambut panjang sampai macam tu. taknak tanya ke~??!!

So, apa masalah dia ?

rambut abah ala2 Prof.Snape ni
m.nasir pn blh jgk. cume rmbut abah kaler putih je dh byk uban


isunya sekarang, boleh tegur elok elok kan, macam ni : 

"suruh la ayah awk tu potong rambut sikit.. biar kemas macam Rasulullah.." 

kan ke sedap sikit bunyi. bukannya, rambut ayah awak panjang, serabai. Rasulullah tak serabai macam tu... and then blah, pergi macam tu je

tegurlah dgn berhemah

sekarang ni ramai yang suka perli dalam menegur. perli itu bukan tegur namanya. cuba cek kamus dewan, apa maksud tegur/menegur. sama ke dengan perli ? cuba anda orang yang menegur letak diri anda didalam situasi orang ditegur, kena perli, marah dan dimaki hamun ? macam mana rasa ? ada rasa nak ikut tak ? agak agak ?

ini lah manusia~ tegur pun tak kena cara. macam mana orang nak ikut ? lagilagi budak budak sekarang yang kuat mmberontak. kalau macam itulah caranya menegur orang, Allahu Akhbar. tak tahulah. bila orang tak dengar cakap, marah maki hamun pulak. astaghfirullah~

lebih baik kalian doakan sesuatu keburukan itu menjadi baik daripada memaki hamun. maka itulah yang baik untuk dirimu dan semuanya

' ISLAM mengajar umatnya berAKHLAK ketika berCAKAP, berakhlak ketika berpidato dan berDIALOG di hadapan khalayak. Islam melarang umatnya membuat fitnah, mengumpat dan bersangka buruk terhadap sesama manusia. malah islam mengajar kita untuk menutup keaiban orang lain. semua itu termasuk dalam DOSA BESAR.
Hari ini, sebahagian ummat Islam asyik MEMIKIRKAN keBURUKan orang lain, lalu TIDAK SEMPAT untuk memikirkan keBAIKan dan keMAMPuan yang boleh dilakukan untuk dirinya sendiri.. '
-ustaz Ahmad Baei Jaafar. SOLUSI 28-

sama-samalah kita mengambil iktibar. tegur dengan berhemah =] insyaAllah~



-sekian-


psstt: tujuan post ni ditulis bukan untuk mengaibkan hamba Allah tersebut. tetapi, untuk yang lain mengambil hikmah diatas apa yang berlaku. tegurlah dengan berhemah. elakkan memerli dan menghina orang lain. doakan, maka itu yang lebih baik. wallahu'alam.

psssttt: jangan marah. sayasayang Dato'ASamadSaid tau =) 

semoga Allah redha

Sunday, March 20, 2011

better than that ?

assalamualaikum wbt =]

gmba dr belas ehsan google +.+

cett~!! hari ni SUPER JUNIOR pnye show (sushow). siapa dpt pergi ? baling lappy/comp skrg !
kte tak dapat pergi +.+. sebab ? baaanyyaaakk~~


tadi pergi tengok MERONG MAHAWANGSA. boleh tahan lah, best jugaks =D klau bg ranking per 10, kte kasik 6/10.

tp, knpe ada yg ckp x best? maybe itu spesies org yg tak suke sejarah kot atau ohh yea, customes tu ikut zaman tu ke atau pakai sedap je ? kalau berbusana betulbetul, hurmm.. boleh bagi 8/10. baru bestt^^ klau nk bandingkan dengan Queens of Langkasuka mmg la tak sama. untuk permulaan mcm ni baguslahh =DD

tapi satu je lah. perlu ke cakap english ? bahasa jiwa bangsa. guna jelah bahasa melayu untuk promote malaysia ke antarabangsa. zaman merong tu tanah melayu kan maju. semua orang dari pelusuk negara datang tanah melayu cakap melayu. orang putih, china semua belajar bahasa melayu and cakap melayu nak berurusan sesama diorang. time tu kan malay as lingua franca. nak malu apa dengan bahasa sendiri. 

btw, jarang org kita buat crite sejarah/hikayat mcm ni. thumbs up 4 KRU =D tepuk tangan


merong mahawangsa jjang~!! lg best dari sushow kot~ eh tak. ehh ni la penangan xdpt pg sushow ahhahh

-sekian-


psstt : KRU, lepas ni bole la jadikan novel Ramlee Awang Murshid lagilagi novel trilogi Bagaikan Puteri, sebagai cerita korang, yee. ehehheheww

Tuesday, March 1, 2011

yeaaahhhuuu~!! =DD

assalamualaikum wbt =]


wooott woott~!! yeayy dah habislah lecture semua =DD cuma tinggal kelas tutor dengan BEL jee.

bile lecturer cakap ni last kelas, semua macam "aaalaaaaaaaaaaaa~!!" termasuk kte dengan nada suara yang amatlah sedih. bajet jee. poyo~ hahahahhha ^.^

lecturer pula asyik ingatkan supaya buat SuFo (evaluate lecturer). NO SUFO NO RESULT +.+
teringat Madam cerita dulu. ada student ni buat SuFo tapi tak baca arahan betul betul. range markah 1-5 untuk evaluate lecturer dari baik ke tidak baik (lebih kurang macam tu). student tu vote 1 (paling tak baik) padahal 5 untuk yang paling baik.
and salah satu soalannya:

"adakah lecturer berpakaian sopan?"

kalau jawab 1 tuu.. errrm, macam pelik dan sememangnya pelik. sebab Madam ke Sir ke Mis ke mana mana lecturer semua WAJIB berpakaian sopan dan menutup aurat. and mostly lecturer berbaju kurung. kan ke pelik jawab 1. takkan short skirt kot. hhahah^^" kesian madam~~

whatever it is, sem ni tersangatlah best ! best gelsss =D
thanks for everything Madam Miss dan Sir =] ♥



-sekian-

Monday, February 28, 2011

AKU DIBIUS CINTA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =D


Anyeong ~
Oke, nk post pasal ni semalam, tapi line sangatlah "ada". Aishh~  dah lama tak dapat nak update blog +___+ ni pun tulis dulu dekat words lepas tu batu copy paste. hhuhuu

tajuk post kali ni adalah tajuk forum dekat Pusat Islam (PI) malam semalam. Panel dia ustaz (sorry tak igt nama), student al-azhar dengan sorang lagi Imam msjid sini, Kedah. dua dua dah kahwin. tu yang lagi best dengar pandangan mereka pasal cinta remaja zaman sekarang.

Apa yang menariknya pasal ni mestilah semua student nak tahu pasal ‘couple’ ni kan. sebenarnya takde istilah ‘couple halal’ dan ‘couple haram’. Semua ni pastilah bermula dari c i n t a.

dan cinta yang paling diberkati Allah adalah cinta selepas perkahwinan

macam yang ustaz beritahu, cinta itu fitrah. dia semulajadi. memang ada dalam diri manusia. apa yang dinamakan cinta itu, tidak bersalah langsung. Kalaulah cinta tu boleh bercakap, nescaya dia akan pergi pada manusia dan berkata:

"aku CINTA tidak bersalah. aku ni suci. Aku, cinta adalah anugerah terindah dari Allah kepada hambaNYA.."

‘katakanlah (Muhammad), "jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.'
-surah Ali-'imran ayat 31-

Maka siapa kita untuk mempersoalkan cinta ? Mengatakan cinta itu bersalah ? menyalahkan cinta tersebut ?

sebenarnya, cara memBAWA cinta itu yang salah. CARA manusia membawa cinta tersebut yang menentukan betul (mengikut syariat) atau sebaliknya.

macam ustaz cakap, cara kita membawa cinta adakah seperti Nabi Allah YUSUF ('alaihissalam) ataupun FIR’AUN ? atau lebih mulia lagi, seperti cinta Baginda RASULULLAH dengan Sayyidatina KHADIJAH =]


Maka dari situlah istilah ‘couple’ datang. cara kita membawa cinta ke arah ---- ‘couple’. Dan sememangnya itu TIDAK BENAR. kerana, dalam Islam tiada istilah "couple". kalau dah suka, apalagi tunggu, masuk meminang lah terus..

Elehh, cakap senanglah. Cube buat. Erkk~ hahahha.

sebenarnya, hakikatnya, untuk menahan diri dari tidak "bercouple" atau bercinta ini lebih pahit dan sukar. kerana untuk mengikhlaskan diri, melatih diri untuk mencintai Allah dan RasulNYA lebih sukar kerana syurgaNYA pahit dan kerana ikhlas itu ibarat semua hitam diatas batu hitam. maka... janganlah kita mempersoalkan hukumNYA. buatlah hanya apa yang DIA redha dan bukan sebaliknya. Allahu Allah.. 

Hendak seribu daya tidak mahu seribu dalih

Jadi, para imam (lelaki) sekalian, tepuk dada tanya Iman, beranikah dirimu meminang dengan meminta izin dari para walim nya ? 

moga kalian menjadi sang mujahidin, para pencintaNYA, kekasihNYA dan mencintai sesuatu keranaNYA, ikhlas lillahi ta'alaa.. moga


Allah ialah penjamin bagi mereka yg bercinta keranaNya.

Namun, jika kurang mengerti cara dan kaedahnya, marilah kita kaji dan baca semula sirah para anbiya', para sahabat, para 'alim, para 'ulama, para pencintaNYA.. bagaimana mereka bercinta. Ambillah kaedah cinta mereka dan jadikan rujukan.
HINDARILAH dari mengambil dan mencontohi barat wa kafir wa munafiqun. mereka TIDAK wajar dijadikan contoh mahupun idola. namun dibolehkan mengambil dan belajar segala yang baik namun jangan diambil yang buruk. attitude buruk perlu dibuang terus. buang dalam laut. kasik jin laut.

jadilah perempuan yg nilainya seperti BATU PERMATA bukannya seperti BATU KELIKIR =]

"cinta yg paling diberkati+diredhai Allah adalah cinta selepas perkahwinan. Dan perkahwinan yg paling diredhai Allah adalah perkahwinan yg paling mudah"


-sekian-

Tuesday, February 22, 2011

tak perlu

Assalamualaikum wbt

tak perlu berkata-kata jika kata-kata yg akn dikeluarkan itu hanya untuk menyakitkan hati org lain.

jika tidak boleh menggembirakan duka org, tidak perlu menambahkan lagi dukanya

tidak perlu berubah kerana manusia, berubahlah dengan hati+niat yg ikhlas, untuk-Nya

" setiap amal bergantung pada niat. Niat dan tujuan org beriman lebih baik dan bernilai pada pandangan Allah daripada amalannya. niat org yg tidak beriman lebih buruk daripada apa yg nyata dengan amalannya" 
-Nabi SAW

tidak perlu berpura-pura jika diri tidak pandai berpura-pura

tak perlu berkata banyak/heboh jika hanya untuk mendapatkan perhatian manusia lain

tidak perlu menjadi lebih baik di hadapan org lain, jika diri tidak dapat berbuat baik kepada org lain+diri sendiri

tak perlu melaga-lagakan manusia lain, sedang diri sendiri tidaklah sebaik+sehebat mana

tak perlu menjadi org lain jika tidak boleh menjadi diri sendiri


" menghairankan sekali, org yg mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari,
tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun"

-sekian-


muhasabah untuk diri*