please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Sunday, April 17, 2011

zaman hitam putih =] part 1

didikan di rumah *

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =]

hari tu blogwalking and terbaca padahal memang nak baca =p kisah kak Syamini masa die kecik-kecik dulu. then kite pun terfikir 'eh, mcm kite jugaklah masa kecik2 dulu'.
so kite pun decide nak tulis juga kisah masa kecik2 dulu.. tapi banyak juga yang dah tak ingat. dah lah memang spesis hilang ingatan lupa.

masa muda-muda dulu........ eicehh macam tua sangat jee. 19thn oohh ! 19 dah tua sebenarnya. umur Sultan Muhammad al Fateh menjadi Panglima Tentera juga pemangku Sultan. Allahu Akhbar !

okeoke, berbalik. masa kecik2 dulu...
once upon a time.... cewahh~ poyo lak. masa kecik2 dulu semua orang cakal kite nakal gelss. tak reti duduk diam. kuat menjerit. kuat menangis. kuat mengadu. kuat ketawa erkk, ni macam sampai sekarang jee. hahaha. kuat merajuk sekarang taklah. kuat berlari. erkkhh~! paling kuat kene marah. pendek kata semua KUAT la masa kecik2 dulu. orang kata tak makan saman punya budak. tough oohh. hahhahaha. tp kuat makan tak. sekarang jee baru banyak makan. hehehhe~

lari-lari sana sini. tapi, bila ada org datang kite BEHAVE. eicecehh~ baik betul, sopan jee. gaggaa. tak macam budak sekarang. ada orang ke takde orang ke sama je kurengnya tu. puji diri sendiri. hhahha kte la yg paling baik nakal dalam family. sebab anak last ke ? ye koott~~ hhahah

btw, dalam family kami ada peraturan (peraturan masa kecik2 dulu):-

1) TAK boleh pnggil abang/kakak/org lagi tua dgn NAMA. mesti pnggil kakak/along/abang/pakcik dsb..
2) TIDAK boleh mencarut/ckp perkataan kasar. even 'bodoh/bangang'
3) TAK boleh guna kau, aku .
4) perempuan abah tak kasik masuk baju dalam seluar.
5) TAK boleh keluar rumah/pergi mana2 jalan TANPA orang lagi besar dari diri sendri.
6) TIDAK dibenarkan bergaduh sesama adik beradik/bermasam muka. kalau dengar jerit2 dari dalam bilik, haa~ memang nak kenalah tuu. tggu masa jee.
7) WAJIB bangun pagi. kalau tak hanger lah makannya.
8) TAK boleh pakai seluar pendek atas lutut kalau keluar bilik.

ada byk lagi, tapi ni je antara yang ingat. peraturan tu bukan ditulis bagi tunjuk pada kami. tapi, diajar serta diberitahu secara lisan. tambah tambah pulak semua spesis kaki report. budak2 kan kalau tak puas hati mesti nak ngadu, sikit2 "
abaaahhh~ tgk ni haa kakcik bwt....."  takpun
"ibuuuuu~ ade org ckp tutt...........!" 
kann~ korg masa kecik2 mcm ni pun jgk kan. hhaha

kalau dah kena report tu sekelip mata je datanglah ibu/abah bawak rotan. rotan beso lagi gemok yang buat kerusi rotan tu. kalau tak rotan kene bantai dgn buluh takpun hanger. tapi Alhamdulillah takde tali pinggang =]

clumsy ~

dlm family ktorg yg menghukum abah. ibu tukang bwk je ktorg ke muka pengadilan. abah la hakimnya. klau kte yg salah, kakak/kakcik (saksi) akan ada skali utk mengadili betul ke kte je yg slh atau x. slalunya klau 5 org yg terlibat lima-lima la skali kene (wlaupun sorg tukang tengok je x join) die still kene jgk ke pengadilan *pengadilan~ eicecehh~* pstu lima-lima org tadi akn disoal siasat. ktorg pun kene la berbaris sederet dpn abah. ibu tgk dari tepi. pstu abah akn tanya sorg2. mesti stat dari yg tua dulu, along. then angah, pastu kakak, kakcik, n kte. abh akn tanya ape yg die (org yg salah) bwt. die bwt ape. n mcm mne dsb~ sorg2 kene tnya bnde yg sama n klau si pesalah abah akn tnye soalan lebih, kenapa bwt mcm tu. klau x jwb atau lama sgt 'pouse'nya.. kene gertak lak. smpai la tergigil-gigil+nangis-nangis cakap~ pstu smua akn kene rotan tp ikut kesalahan. cth: si pemerhati kene satu sebatan (sbb x tlg leraikan pergaduhan). si along/angah(yg tua) kene la dlm dua sebatan. sbb yg paling tua patut tunjuk cntoh, bkn bergaduh skali. klau yg tua td bersalah tambah lagi 2 sebatan, so jumlah 4 sebatan. org2 yg x bersalah tadi still kene tp 2 sebatan je.

but lastly abah akan suruh sorg2 mintak maaf plus salam plus peluk. mula dari yg si salah. cth kakak yg salah dia akn ckp "along, kakak mintak maaf sbb ..... lain kali akak x bwt lagi~" kt sorg2 si salah ni tadi kene mintak maaf ckp bnda yg sama. so semua pun akan bermaaf-maaffan. pstu kene janji xkn bwt mcm tu lagi. kalu bwt jgk, next time double hukuman. tp, slalunya x. skali dh kene dh x bwt lagi. serik ! malu lak tuu~

2 klau gaduh x teruk sgt stakat maki hamun. klau bergaduh sampai bertumbuk (ini pernah berlaku). lain lak hukumannya. yg ni mmg kaw2 kene brainwash dgn abah. sampai nangis tersedu-sedu terbatuk-batuk dpn org. rasa mcm abah dh x syg lagi~ smpai la hbs abh brainwash, merajuk la kunon 'si pesalah' tadi msuk bilik. dlm 5 minit (bile dh oke sket x nangis lagi) abah akan panggil balik, duduk dekat abah, pstu abah akan peluk n abah pujuk balik. abah bgtau la knpa abah bwt mcm tu, abah x suka ank abah mcm ni... dsb~ td dh brnti nangis, nangis balik. bkn nangis sbb apa. nangis sbb rsa disayangi sgt~ abb abah pujuk mcm tu siap duduk atas riba lagi. huhueheue =DD

bile dh mcm tu, mmg berjanji betul la xkn ulang lagi kesalahan tu~ n memang xkn ulang lagi.

penah skali kte geram sgt kt kakak die garang gile masa kte kecik2 dulu kte pun marah la jerit
"kakak BODOH, BODOH, BODOOHH !!!" 
dlm bilik. lps 2 baru tersedar, 'alamak termencarut. habis lahh!!' pstu cover ckp bnde lain kunon. selamat ibu x dgr. fuhh~ skali kakak lak ngadu
"ibuu~ ada org ckp BODOH~!" 
skali ibu masuk bwk cili giling dlm botol (korg mesti tau kan) cili mulut kte. kakak jgn crite la lps die ngadu die lari slamatkan diri takut kene jgk. ya Allah, pedas gile kte menangis-nangis mntk ibu brnti lumur cili kt mulut+janji x ckp lagi. ibu lumur cili tu bkn sikit, skali byk die sumbat sambil ckp 
"haa, ckp lagi. ckp lagi. ape awk ckp td. ckplah lagi."
semenjak dari 2 mmg x igt la suka sangat makan pedas. bkn mulut kte ckp ayt pedas2, TAK. tp kte suka gilee mkn pedas+tahan pedas sampai sekarang. muehehhehe~



cili ni sumbat dlm mulut mcm tu je~

cara didikan ibu+abah yg mcm tu la menjadikan kami manusia. yg jadikan kami, adik beradik pandai menjaga diri, tau hukum2, tau agama+sgt rapat sampai sekarang, Alhamdulillah ~ ^.^ ape yg kte jadi sekarang adalah hasil didikan ibu+abah.

'melentur buluh biarlah dari rebungnya'

xdela kte tetibe je dh besar jadi mcm ni klau x kerana mereka =] alhamdulillah~ kte bersyukur sangat2 ada keluarga yg sangatsangatsangat sayang+sokong+menghargai kte, Alhamdulillah~

bile dh besar mcm ni fikir balik knpe la bdk2 sekarang kureng sgt. x hormat org tua. kurang pendidikan agama dsb~ didikan dari keluarga memang sgt n yg terpenting skali.

kdg2 bile tgk bdk2 kecik yg nakal, nangis+jerit+lari sana sini, mesti kte senyum sendiri
"agaknya mcm ni la kte mse kecik dulu"

mmg clumsy hbslah kte masa kecik. si pemusnah dlm family. mana xnye, berjalan mne2 msti ade je bnde yg dilanggar. pegang je apa2 mesti rosak. tp, skrg dh tak~ =DD lumrah budak nk membesar kaann =]


2 sbhgian dari crite masa kecik2. ada byk lagi. nak tau lagi ke ? klau nk tau lagi banyak tanyela ape2. hehehhehe~
akan bersambung =D

so, ape kisah korg masa kecik2 dulu ? cecite cecite 
kte nk tag :
-han eba
-hazye
-antin
-balqis
-intan
-wawa
-filza
-sis Nell
-kak Fit

n korg yg baca blog ni please~ ^.^

-sekian-

hyuk oppa : hey lil'naughty
kte : hehhehhe~ oppa, how'bout ur story ? i wanna know, please *shining's face
hyuk oppa : i'll tell u.....

oke, nk dgr crite dari Hyuk oppa =DD tatttaaa korg, wassalam =]

Monday, April 11, 2011

u F o

assalamualaikum w.b.t

wahhh cuak gels hari ni keluar result. so, dengan tak sabarnye tadi kite pun bukaklah student portal nak tengok result. skali..... tuttt~!!!

keputusan anda disekat kerana tidak melengkapkan SuFO

cehh !! tak dapat pula tengok. suspens habis. saboo je lee saboo je leee ~ aigoo
hahhahahha

muke cuak nk tgk result. hahhahha

japp, ape kaitan dgn u.F.o tajuk post ni ?
takde kaitan sangat, tapi adalah kaitannya juga. hhahaa sebab nama SuFO tu kan lebih kurang dengan U.F.O. hahhahaharrrr

kalau rasa-rasa macan taktahu SuFo tu apa, bolehlah menggoogle yee. hhihihii

ni banner yg bersepah sepah kt UiTM mntk student jgn lupe bwt itu dan ini

dulu ingat ni macam main main jee. sekali. hhahah betul betul kena. kan dah susah sendiri. aishh !
macam manalah boleh lupa nak buat benda ni. alahaai kak limahh ooii~

makanya, silalah lengkapkan SuFO anda sem depan nanti yee. hahhahhaha =D

oohh yeah, tanhiah kepada semua kengkawan yang dapat 4 pointer 3.5 above 3 pointer above and result yang dijangka atau tak terjangka. anyway, semua adalah usaha anda juga dengan izinNYa jugalah setiap yang terjadi and yang dapat tu. insyaAllah bersyukur =] alhamdulillah atas semua keputusanNYA. teruskan usaha untuk sem depan, insyaAllah !! goodLUCK =DD

and a veryveryverygood lucky luck for all my friends matrix and dip diploma yang tengah final exam. do your best dear friends =D 
I believe u all can DO IT ! insyaAllah =] 

man jadda wa jada


oke, tata semua.. nak g cek result ni. muehehehhe ^.^

Monday, April 4, 2011

ini GENG B !!

assalamualaikum wbt readers sekalian =]
apa khabar~? alhamdulillah~ bagus^^

Geng B ? siapa geng B ni ? apa benda Geng B ni ? cecite~ cecite~ nak taaauu.
sebelum bagithau geng B ni apa. kite nak bagitau pasal orang orang B yang sangatlah bijak pandai kalau drive. sudahlah pandai, lepas tu tak menyusahkan orang. baik hati sangat mata ke atas tangan kat bahu 

ok, sekarang terbalikkan semua maksud diatas.

ada ke bawa kereta yang macam lori tu masuk kat jalan yang terang terang papan tanda tulis dilarang masuk. ni jalan one-way okeyy. sebab pandai sangat masuk line yang wrong way dengan kereta bagak besar macam lori, habis orang yang baru keluar parking mesti la bertembung kan. tak terkejut org ?! buatnya bawa laju, tak langgar ke. sebab ada orang orang pandai macam ni lah banyak accident jadi. tak fikir ke ?

mesti lah orang yang macam tu tak fikir kan, kalau dia fikir takde la dia masuk jalan yang terangterang lagi bersuluh ada signboard dilarang masuk.
dah selalu sangat benda ni berlaku. tapi, selalunya kalau masuk lorong salah, makhluk macam ni akan buat muka selamba. sebab tau salah. kalau macam tu tak kisah lah. yang panasnya bila makhluk pandai macam ni ada kat wrong way boleh cakap macam kita yang salah. sudahlah tak minta maaf, lepas tu nak salahkan orang pulak. time abah drive, reverse nak keluar parking. tetiba abah brek mengejut. kite yang tengah syok membaca kat seat belakang dah tak macam nak terpelanting ke depanlah pulak~

abah bkk tngkp ckp : apparaa, salah lorong ni.
si pandai : jalan ni BESAR la.

pastu dia blah pecut macam lumba lak. kureng betul ! tengok sikit diri awak tu muda lagi. tak kisah lah kereta awak tu besar macam lori ke awak tu org berpengaruh ke pangkat besar ke anak PM ke. kalau signbord pun tak reti baca. apetah lagi nk ikut law mntg2 amek law. cececehh. jalan pun ada undang undanglah. awak yang buat undang undang tu ke suka hati taknak ikut ? kalau dah law pun tak boleh nak ikut macam mana nak organize company besar. guna duit BELI undang undang ke~? 

tak kisah la apa korang nak cakap "cehh mentang mentang budak law, skemanya semua peraturan nak ikut. takde life lah" mcm kenal je ayat ni. hahahha

kalau tak menyusahkan orang lain takpe. sebab ada orang orang yang tak bertanggungjawab macam ni lah banyak accident berlaku. nak kata taktahu, taklah pulak, semua ni kan dah belajar masa ambil lesen dulu. bukan nak salahkan 100%. tapi, ikut la praturan yang ada. kalau semua orang hidup berdisiplin, ikut peraturan aman harmoni laa~ kurang sikit keskes kemalangan jln raya. tak gituu~

orang orang macam ni lah yang tergolong dalam geng B. B tu stand for bo**h+bah**l+bab 1+ bang*ng+be**ong+++ dan yang sewaktu dengannya. sopan la sikit guna geng B. kalau tak........


photo sources= http://driving-school.com.my/category/undang-undang/

samasama la kita ikut peraturan jalan raya. ANDA BOLEH MENGUBAHNYA eicecehh

-sekian-

"Taqwa itu di sini kata nabi , sambil menunjuk dadanya tiga kali. Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam. Sekalian orang Islam ke atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya"
-hadith riwayat Muslim-

maksudnya :- Rasullullah S.A.W mengatakan "Taqwa itu di sini.. sambil menunjukkan ke dadanya sebanyak tiga kali. Ini adalah memberi isyarat atau petunjuk bahawa kemuliaan manusia di sisi Allah bukanlah dengan cara berlagak, menunjuk diri atau meninggi-ninggi darjat, peribadi, tetapi adalah dengan sifat taqwa, yang mengeluarkannya amal utama dan budi mulia, sekalipun orang taqwa itu dipandang hina dan dikeji."

Hendaklah kamu pelihara tiga perkara yang menjadi habuan orang mukmin iaitu :

Pertama, jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya maka janganlah kamu menyusahkan dia.
Kedua, jika kamu tidak mahu menyukakan dia maka janganlah kamu mendukakan dia dan;
Ketiga, jika kamu tidak hendak memuji dia maka janganlah kamu mencela dia. Wallahhualam
-www.al-azim.com-