please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Sunday, October 9, 2016

apabila segalanya dirasakan biasa

apabila hormat pada guru tiada lagi.
apabila taat pada guru seakan hilang seri.
apabila diri diangkat menjulang tinggi.
melepasi segala rasa dalam diri. 
fitrahnya diketepi.
nafsu dituruti.
nasihat hilang sepi.
seakan berlalu pergi.
merajuk guru pergi membawa diri.

tidak ! ia tidak akan semudah itu.
rajuknya guru sukar sekali.
berkali kali apinya dipadam embun pagi.
kerana mendidik itu sukar sekali.
namun harus dilakukan berkali kali.
anak didik masih melakukannya lagi.
walau dipesan berkali kali.
jaga adabmu sekuat diri.
patuhinya setulus hati.
dibiarkannya jangan sekali.
dilanggarnya apatah lagi.

namun,
adakah mereka faham ?
faham dengan kefahaman yang nyata ?
diamalkan apa yang terpahat di jiwa ?

atau sekadar dihujung telinga.
sekali dipesan berkali lupa.
diulangnya kesalahan yang sama.
seakan tidak pernah diajar adab dan tertibnya.

jika demikian,
apa tujuan mereka belajar ?
sekadar ilmu dunia.
untuk menjadi hebat di dunia katanya.
untuk kuat pabila bertentang musuhnya.

bukankah ilmu dunia itu wajib diamalkan agar menjadi ilmu akhirat ?
apa mereka lupa ilmu dunia tidak kemana ?
tidak boleh dibawa sama.
masuk ke lahad berselirat.

ARN. 9oktober2o16. o43oam.

Seolah tiada pernah dipesan

Puisi untuk anak didik dalam persilatan.
Moga kalian tidak mengulangi perkara yang sama.
Jadilah orang yang berADAB dengan gurunya. 
Pelajari adab berguru.


apa rasa diri hebat
tanpa perlu diberitahu.
apa rasa diri hebat
tanpa perlu pantauan guru.
apa rasa diri hebat
tanpa perlu izin guru.
apa rasa diri hebat,
segalanya dilakukan sendiri,
lalu dilanggar semua tertib adab dan adat.

sekali diberitahu, 
kalian buat lagi.
dua kali dipesan,
kalian ulangi lagi.
tiga kali berpesan pesan,
kalian ulangi seolah tiada pernah dipesan sebelum ini.

dilakukan segalanya mengikut kehendak hati.
tiada rasa malu dalam diri.
rasa bersalah apatah lagi.

masih,
hidup dalam keadaan yang sama.
dipesan pesan namun tiada berubahnya.
berpesan pesan jauh sekali hendaknya.

maka sukarlah diri untuk mematuhi perkara asas. 
kerana dalam diri tiada pernah diamalkannya..

ARN. 9oktober2o16. o414am