please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Sunday, April 22, 2012

tidak semua orang sama

assalamualaikum wbt =]

apa khabar korang semua ? semoga sentiasa didalam lindungan+redha+rahmat Allah, insyaAllah, amiinn~^^ 

masa tengah scroll tengok newsfeed, terjumpa ni. masyaAllah~ terasa sikit plus sedih ='[

seseorang yang sentiasa tersenyum riang dihadapanmu
ketahuilah, dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian

seseorang yang sentiasa bergurau senda dihadapanmu
ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendiri

seseorang yang sentiasa menyuntik katakata semangat dan peransang kepadamu
ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu

seseorang yang sentiasa kelihatan kuat dihadapanmu
ketahuilah yang dia sentiasa mengadu lemah dihadapan Tuhannya

seseorang yang ketawanya menceriakan harimu
ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya

seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu
ketahuilah dia adalah insan yang tidak pernah mendapatkannya

seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya
ketahuilah dialah seorang 'pertapa setia' yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian..

*taken from; mencari redha Allah, fb.


tibatiba teringat cerita seorang doktor yang baru kematian anaknya, tapi terus bergegas ke hospital untuk menjalani pembedahan anak orang lain, dan Alhamdulillah anak orang tu dapat diselamatkan walaupun pada mulanya budak tu seperti tiada harapan untuk sembuh, dan ayah si anak mula menyalahkan doktor yang tabah ini. wuwuwuwuu~ sedih baca cerita tu. tapi, itulah hakikat

sungguh, tidak semua mampu menzahirkan apa yang mereka rasa. maka janganlah kita mementingkan diri, menunding jari dan mengutuk mengata orang lain. kerana kita tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka, dan bagaimanakah mereka menjalani hidup mereka sebenarnya.. 

bukankah Rasulullah SAW juga dilanda hebat ujian hati dan perasaannya, mental dan fizikalnya ? tetapi Baginda SAW bersabar bahkan sentiasa tersenyum ceria, menggembirakan para sahabat, tetamu dan semua manusia am-nya. maka siapalah kita manusia biasa ini disisi Allah ? sedangkan Rasulullah yang dilanda ujian sebegitu berat, masih mampu tersenyum. subhanAllah~

-sekian-



'ya Allah, jadikanlah kami seorang yang sentiasa bersabar dengan setiap ujianMu ya Allah, dan semoga kami termasuk didalam golongan mereka yang mencintaiMu, amiinn ya robbal'alaminn~'


psstt: thanks sangatsangat kat semua yang wish birthday. serius terharu gile, even hanya words 'hb' it still makes me reallyreally........ =')
terasa macam artis sekejap. hahahaha~ thanks a lot guys^.^ may Allah bless us, amiinn~

Saturday, April 7, 2012

berbahagialah wahai jiwa yang duka =')

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =]


'saat kita menempuh onak duri dunia
derita sekali sekala mencuit hati
hati remuk menangis tidak henti
kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi

dalam terharu..
air mata tertumpah juga..

wahai hamba Ilahi
begitulah kehidupan di dunia
kita tidak akan sesekali dapat menjangka
apa yang Allah aturkan untuk kita
adakalanya kita tersangat gembira
adakalanya kita tersangat kecewa

namun..
jangan risau manusia
Allah itu Tuhan kita
Tuhan yang Maha luas kasih sayangNya

percayalah
Allah tidak akan menduga hambaNya
kecuali untuk melihat hambaNya
tersenyum disana
tertawa disana
berbahagia disana
insyaAllah di Syurga
yang mengalir dibawahnya
sungai-sungai yang mendamaikan jiwa
oh, indahnya !

'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya'
[surah al-baqarah ayat 286]

di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah swt..

wahai hamba Allah,
jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan hari nya

kesedihan demi kesedihan
bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputus-asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna

padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah
untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas dari rasa kesedihan

gara-gara kesedihan
air yang manis akan terasa pahit
makanan yang lazat terasa hambar
bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu

ingatlah, tangisan terindah itu apabila butirbutir airmata
mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil disisi Allah
dan begitu berdosanya diri kita disisi Allah

wahai hamba Allah
lihatlah disekelilingmu dan teguhkan pendirianmu
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa (dari rahmat Allah)

senyuman yang kau berikan
dan airmata yang kau titiskan
simpan.. jadikan tauladan

segala yang kau pandang dan dengar
simpan.. buat pedoman' =]

remember, Allah knows everything and Allah is always with you. whatever happens said; ALLAH IS ENOUGH FOR ME. hasbunAllah wani'mal wakil

specially dedicated to her, my sahabah; Han

taken+credit to this vid *sambil menunjuk ke bawah*

'apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya denan mengatakan, "kami telah beriman," dan mererka tidak diuji ? sesungguhnya, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yg benar dan pasti mengetahui orang-orang yg dusta'
[surah al-'ankabut ayat 2-3]

psstt : walaupun kte ambil vid +kata2 tu bulatbulat, tapi itulah yang kte selalu rasa dan nak sampaikan. memang, kte sedar kte bukan kawan yang baik, tapi, insyaAllah, kte mencuba dan berusaha untuk menjadi SAHABAT yang baik, bukan hanya seorang KAWAN.

psssttt: i need friend like the Sahabah r.a.
and
Emrullah and Muhammad Ameen =')