please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Wednesday, March 6, 2013

mengata dulang paku serpih

Assalamualaikum wbt
credit to google

tersebutlah suatu kisah di sebuah kota yang aman damai. kota ini terdapat banyak jajahan daerah didalamnya. jajahan-jajahan tersebut diperintah pula oleh penguasa, dan penguasa-penguasa ini perlulah report segala hal kepada sang raja. 

di satu daerah jajahan, terdapat seorang penguasa yang sangat prihatin dan penyayang malah berjiwa rakyat. sepanjang pemerintahannya, sistem pemerintahan semakin baik, malah banyak program-program keagamaan dijalankan di daerah tersebut. sebelumnya, negara ini diperintah oleh seorang penguasa yang gilakan kuasa dan sangat sukakan hiburan melampau. nasib rakyat tidak terbela dibawah pemerintahannya. kononnya banyak bakti dan usaha telah dilakukan untuk membela nasib rakyat. seegala kebaikan pasti akan dijaja dan ditampal disetiap daerah untuk menunjukkan betapa prihatinnya si penguasa zalim. tetapi sebenarnya hanya untuk menutup mulut sesebuah pihak, malah rasuah semakin berleluasa. oleh kerana tidak tertahankan lagi, rakyat mula memberontak dan menjatuhkan penguasa tersebut. lalu melantik yang lebih layak, dan memberi peluang kepada penguasa yang menegakkan agamaNya untuk memerintah daerah tersebut. 

sebenarnya, si penguasa zalim itu mempunyai banyak daerah jajahan yang sang raja berikan kepadanya. hanya satu daerah itu sahaja yang rakyat tidak tertahankan lagi dengan sikap si penguasa. ini kerana daerah tersebut merupakan pusat perdagangan dan keilmuan. oleh itu, rakyat didaerah tersebut lebih terbuka minda dan celik dengan sikap si penguasa zalim yang bermuka dua.

si penguasa zalim yang digulingkan mengadu kepada sang raja. memandangkan si penguasa zalim adalah anak emasnya; kerana si penguasa zalim kononya sangatlah berjasa besar kepada negara, lebih-lebih lagi dia merupakan keturunan penguasa. hakikatnya, Raja tidak pernah turun padang dan menyaksikan sendiri bagaimana daerah-daerah bawah pimpinan si penguasa zalim. Raja hanya membaca dan mendengar laporan yang diberikan oleh penguasa zalim kepadanya.
lalu, Raja mengadakan pertemuan tergempar antara semua penguasa dan pembesar-pembesar lainnya.

keesokan paginya, pertemuan tergempar berlangsung. Raja memerhatikan seorang demi seorang yang hadir. lalu bertitahlah baginda dan meminta pendapat dari setiap orang yang hadir mengenai daerah yang melantik penguasa baru. baginda meminta pendapat dari setiap pembesar bahawa perlu atau tidak mengekalkan kuasa. sedang-sedang mereka berbincang, tibatiba muncul seseorang yang bijaksana. berkatalah ia,

"wahai Tuanku yang adil lagi bijaksana, patik mempunyai satu cadangan dan pendapat yang berbeza. pada pandangan patik, memandangkan rakyat yang memilih pemimpin tersebut, apa kata kita biarkan untuk seketika dan melihat sehingga mungkin rakyat tidak sukakan pemerintahan tersebut. sedarkah Tuanku, kerana rakyat sendiri yang memilih pemimpin mereka. lagi pula, pembesar dahulu yang mengadu kepada Tuanku itu mempunyai daerah jajahan yang sangat banyak namun dia tidak menjaga kebajikan rakyat jajahannya dengan baik. malah sibuk menjatuhkan pembesar yang baru. maaf Tuanku itu pendapat patik. andai patik terkasar bahasa, mohon diampunkan.."

siapakah orang tersebut ? kata-katanya sahaja mencengangkan para hadirin yang hadir. malah raja sendiri tersedar dari lamunannya. 

"siapakah kamu wahai anak muda ? Beta melihatmu mempunya karisma tersendiri. baik, Beta akan memberi masa kepada pembesar baru tersebut sehingga suatu saat rakyat tidak memerlukannya lagi"

"patik hanyalah seorang hamba-NYA..."


kesimpulannya, ramai antara kita yang tidak sedar akan kesalahan yang dilakukan, tanggungjawab yang diamanahkan terabai, tetapi sibuk hendak menjatuhkan orang lain. hati busuk penuh prasangka.  ayuh bangkit ! berubahlah ! sedarlah dirimu siapa disisi Rabbmu...

psstt: sudah cukup penat dengan keadaan manusia yang masih gilakan dunia dan busuk hati, dengki mendengki namun hendak berubah jauh sekali. moga Allah bukakan pintu hati kita semua dan bawa kita menuju dia, cintaNYA hanya DIA, aamiin~ =')