please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Saturday, June 25, 2011

gamers tegar

assalamualaikum wbt =]

geli lak bwt title entry mcm tu. hahahhaa . geli-geli pun kene teruskan menaip jugak ni pembacaan anda =D
dah lama entry ni berkubang dalam sawah draft. baru hari ni rasa macam nak post setelah kene paksa diri~

" wahh, galak main game, bersenang-lenang bagai, macam xde kerja je nak bwt kan. assignment xde lagi setakat ni. tapi, study belum lagi. on the way ni study, kejap lagi , kejap lagi. hhhooo~" fuhh

cube teka game ape berdasarkan gamba. hehhehee =DD

pertama =)

credit to google =D

i'm the master chocolatier. hahahah ! gelak bangga gile. game ni seminggu je kte habiskan =D

ke 2 =)
cooking academy 2 world cuisine

favourite skill. hahhaa =DD

ke 3 =)
plant vs zombie

berjoget zombie2 tu dah habis =D

ke 4 =)
bubblefish bob

ke 5 =)
bookworm adventures deluxe *tgk, adventure completed ! =D

ke 6 =)
mortimer time paradox
credit to google =)

atas tadi tu semua game yang dah khatam dalam masa seminggu. hahhhaa =DD

yang bawah ni pulak main sekejap je. ade yg nk dkt hbs level, tp surrender +.+ pastu langsung bosan atau level tu susah. hhoo~

1. artist colony
2. belles beauty boutique
3. sally's salon
4. dream chronicles 2
5. go-go gourmet 2-chef of the year
6. first class flurry
7. petshop
8. baby sitting mania

yang bawah ni lak tengah main. nak habiskan cepat ni. gyahhhaa =DD

1. angry birds

dah stuck kat level ni +.+

belum try main yg rio ni punye. nmpak mcm susah je =O *google


kte dah tau mcm mne nak dptkan golden eggs ni =] hehehee

2. super dudu cow

menyampah dengan kambing gemok ni. tp, level ni dah lepas lama =D

3. game of life. main ramai2 best =D thanks to tantan =]

4. jojo's fashion show-world tour
baru sampai sini, lps tu rehat panjang. gegege =D

5. kebun sayur dan lembu. eh, silap, Ranch Rush =D

semua game macam kanak2 kan. tapi, kte suke =D hehehehe~

go go go ! hwaiting ~!! =DD *semangat. hahaha

-sekian-

pssssttt : sorry di atas salah faham
kau kawan kita yang palingpalingpaling baik. anda juga ^.^

"seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya"
-hadith riwayat Muslim-

"teman yg paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat Allah. mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama dan melihat gerak-gerinya teringat mati"

Friday, June 24, 2011

lenggang lenggok

assalamualaikum wbt =]

mari berlenggang lenggok~! hahahha^^ sebenarnya entry ni nak cerita. hari Rabu hari tu, 22jun'11 kitorang kte+blqs+mama intan+nenek atin erkk silap, kakak atin+fahim+abglong hafiz+malip+gamo+ain jiran bilik pergi mandi kat kolam air panas kat Legong, Kedah bkn Lenggong, Perak ye. dorg kata DEKAT je dlm 15minit sampai, paling lama pun 1jam. wahh jauh beza tu 15min ke sejam ? hahahha sekali pergi memang 1jam. jaauhh la pulak =O

ape2 pun sampai sana memang best ! tapi ade macam tempat mandi open kat KLCC tuh laa. hhoo~ xpela, sebab malam plus tak ramai orang, so takde la segan sangat. weee~ walaupun terbayang-bayang kolam mandi macam kat jepun tuu. xpun korea yang banyak tengok dalam drama-drama korea. dalam sauna+air panas sambil makan telur rebus. ggaga


mandi hot spring time winter best oohh

ni lah gamba gamba kitorang kat sana. tapi lupe nak amek gamba full tempat tu sebab exited sangat masa masuk kat dalam . gegege


1st level kolam air panas 

memerang 'hot spring' kekkee^^

3.3o-6.3o a.m breakfast at KFC. hahahah *siapkan assingment. wifi kat kfc 

and lastly x lupe untuk Shirah nanti kat tempat baru jangan lupe kitorang okey. shirah kat selangor, dekat dengan tempat kite. jangan segan-segan kalau nak minta tolong apa-apa. family shirah jauh, siapa lagi nak tolong syirah kalau bukan kitorang yang duduk dekat sini =) belajar rajin-rajin, jangan tinggal solat, jangan shopping banyak =p semoga berjaya dunia akhirat, aamiinn~

si kecil Syirah

farewell Shirah Shari =']

kami saayyyaanngg syirah ! =]


sekian, wassalam ~

psstt : nak post entry yang simple macam ni pun amk masa sampai 5 jam ++"
-kehidupan penuh pahit manis. good luck *thank you yeobo ♥ gegege~

Sunday, June 19, 2011

kte anak abah =]

assalamualaikum wbt =)

ramai yang post pasal ayah die hari ni. kte pun macam nak jugak lah. heheehhe menyebok je kan. duhh~

abah seorang yang sangat tegas garang tapi sangat cool. klau mood die baik, buat lawak mengalahkan JOZAN. memang x tipu la. kita x tau sangat abah suka apa. teruk kan. favourite abah pun kte x tau lebih tepat lagi, macam x pernah amek tau. bila dah besar sikit macam ni, baru la amek kisah ape yang abah benda2 yang abah suka.

abah suka kaler hijau =) abah suke minum teh panas+air suam sambil baca paper dan makan roti canai =] abah suka makan lauk lemak. abah terer masak. abah suka sangat cerita pasal sejarah dunia, pasal agama, pasal melayu, pasal warisan budaya, pasal politik pun bole, semua la isu semasa atau lama. senang kata abah memang pakar semua benda. korang boleh tanye ape je kat abah boleh jawab. x tipu oohh. abah kalau dah bersembang, tak tidur satu hari pun xpe =] hhohoho

family kte semua cakap kte yang paling nakal sekali. tp kte rse kte baik je kecik2 dulu. hahaha ^^"
kte masa kecik dulu kalau x dapat ape yang kte nak, mesti jeritjerit nangis kuat2 macam orang kene rasuk pun ade. tapi, abah x marah pun kte macam tu. abah siap pujuk baikbaik lagi. kte teringat masa kecik dulu, ibu dengan kakcik ade dinner. kte nak ikut, tapi ibu x kasik sebab kte nakal sangat. nnt rosak majlis orang. tapi, kte ikut abah hantar ibu dengan kakcik pergi dinner tu. kte pun pakai la cantik cantik, bajet dapat ikut pergi dinner tu. skali bile sampai kte nak keluar dari kereta pintu kunci. abah x kasik kte ikut. kte pun ape lagi, jerit jerit macam orang gile, cakap nak ikut nak ikut. nangis bagai nak rak lah. abah buat x tau je. sampai kat rumah kte x berhenti nangis lagi. abah sabar je pujuk kte dari dalam kereta sampai la ke rumah. lama lama penat nangis kte pun berhenti la.


ade satu hari tu, family outing. masa tu kecik lagi, dalam darjah 2 darjah 3 rasanya. semua dah siap siap nak keluar rumah. tetiba sapa ntah nyakat kte. kte terus merajuk x nak ikut keluar, siap menyorok bawah meja. abah apelagi, marah kemain lah. abah bukan marah kat orang yang nyakat kte, tapi marah kat kte, sebab buat hal xnak ikut padahal dah siap siap nak bertolak ni. memang kene perambat lah dengan abah masuk kereta. pastu nangis lagi x berhenti dalam kereta. semua orang buat x tau je kte nangis. lama lama penat nangis, berhenti lah. lepas tu abah pujuk plus abah siap marah lagi tanya sapa yang buat kte tadi. hahahaha, padan muka ~

kte dulu malas gila pergi sekolah agama. kalau boleh ponteng, memang manfaatkan sepenuhnya. kadang2 bagi alasan sakit perut lah. demam lah. pening kepala lah. baju x basuh la. tertinggal bas la. ade kelas tambahan lah. segala bagai alasan lagi. klau kakak kakak abang kte dulu, mne boleh ponteng sekolah. memang kene sebat. tapi kte, macam bertuah sket, slalu terlepas. mungkin abah x kisah sangat sebab result sekolah agama kte lagi bagus dari sekolah kebangsaan KOT~and result kte selalu lagi elok dari kakak2 abang. mungkin sebab tu kot slalu terlepas. mungkin sebab tu. hahahah~ ntah la, kte pun xtau kenapa abah x marah *
tapi ade satu hari tu, sebab slalu sangat ponteng, skali abah sebat. huhh ! best gile. skejap je jadi rajin pergi sekolah. lepas tu~ kkekkekee ^.^

kte dari kecik sampai sekarang suka betul tidur dalam kereta. tidur dalam kereta macam tidur dalam buaian gitu masa kecik kecik, kalau kte tidur dalam kereta. bila sampai rumah, abah xtak kejutkan kte. tapi, abah akan dukung bawak kte masuk rumah. bangun2 je tengok dah ade atas katil. hhueheue~ so sweet kan =D sekarang xdea lagi lah. x larat abah nak dukung lagi. gegege~

abah punya instinct kuat gile. sampai sekarang. kalau kte rase sedih atau terfikir pasal family, kejap lagi hp bunyi abah kol. penah satu hari, ibu baru balik beli bahan masak. sekali x cukup satu bahan. baru je nak kol abah mintak tolong belikan. belum kol, tetiba abah balik bawak bahan masak tu. ktorg macam, eh mane abah tau ? tapi abah senyum je~

masa tu kte baru balik sekolah rendah, aunty hantar naik kereta ke rumah. rumah kte banyak kucing. kucing kte 'mama teh' duduk depan pagar. sekali aunty x perasan die terlanggar. kte pun keluar je kereta, aunty undur tiba tiba kte nampak mama teh dengkot-dengkot kaki die berdarah. kte terus menjerit nangis bagai nak rak, sebab x tau nak buat ape. darah banyak keluar. takut kte tengok mama teh masa tu. aunty x perasan terus pergi. aunty pergi je, tiba tiba abah sampai. padahal abah selalu balik kerja petang nak dekat pukul7. hari tu tetibe abah balik awal. abah tengok kte nangis abah tanya kenapa. kte dah tersengguk sengguk x boleh nak bersuara, kte tunjuk je lah mama teh tu. pastu abah angkat ubatkan mama teh.


abah yang sangat penyayang =)

sem lepas masa hari merdeka, malam malam kte+atin+balqis+hafiz+malip+alai+gamo+aton keluar nak g tengok bunga api. selalu kte keluar, kte akan inform dulu ibu abah yang kte keluar tetap inform walaupun kte duduk jauh kat kedah ni =]. tapi hari tu dah syok sangat berborak dengan kawan2 dalam kereta, kte xdelah teringat nak inform ibu abah. sekali terdetik dalam hati

'eh,alamak lupe nak bgtau ibu abah. kejap lagi abah mesti kol'

tetibe, hp bunyi, tengok tengok abah kol. ha ~ amekkauu. cepat gile. baru je terdetik. korang x caya ? tanya balqis dengan atin. dorang saksi. gagaga =)) bukan kebetulan sekali dua. tapi banyak kali. abah daebak ! =D


abah x pernah merungut kalau kte x tolong abah masak. pemalas gile kte ni kalau bab2 masak. yelah, kalau duduk dapur dengan abah, nanti abah ajar masak terus. pastu akan kene ceramah free kalau salah buat. hhohoo~ selalu yang tolong kat dapur kakak dengan kakcik. kte selalu tukang makan je. hahaha~ xdelah, kte tukang hidang, tukang kemas atau basuh pinggan mangkuk. agaknya sebab tu abah x marah kalau x tolong die kat dapur. tapi kalau kakak atau kakcik x tolong, mesti kene punyelah. hehehehe~


berborak sampai x menyempat duduk . kekeke =p

kte kecik2 dulu, jenis yang x bole tengok kalau orang lain ade benda yang kte xde. bile balik mula lah merengek rengek macam beruk nak itu ini. tapi, selalunya abah akan buat x layan. tapi esok esok, abah akan bagi something yang macam tu. kalau mintak kat ibu susah sikit nak dapat. tapi, kalau kat abah, hhehehhehee~ gelak jahat * senang sikit la nak dapat =D kte paling suka bila pergi giant masa ni tesco xde lagi. amek je ape nak masuk troli. abah xkan tanya banyak. abah bayar je~ kadang2 barang kte je sampai beratus. bile nak bayar baru kte akan rasa serba salah. yelah, benda x penting pun kte amek saje saje. kadang2 x guna pun. tapi, abah x tanya ape pun, abah bayar je. tapi, ni masa kecik2 dulu la, sekarang x dah. hohohooho

kte darjah 2, kakcik darjah 6. kakak lak form 2. kte mula belajar silat darjah 2. kakak2 kte dah stat belajar dari sekolah rendah lagi. kte kan pemalas. kte masuk silat sebab kakak2 kte masuk silat. bila dorang dah kene pergi kelas untuk peringkat senior, kte lak baru masuk time tu. lepas daftar, kte takut nak pergi. kte buat hal lah. menyorok dalam rumah x nak pergi silat. sekali abah marah. kte kene la perambat. hahaha ! dah macam kucing. berlari satu rumah takut punya pasal. yelah, gatal nak masuk silat. suruh datang latihan x nak. mana abah x marah.


muka 'suci' ni. gegege~

abah rajin baca newspaper, sampai ke iklan iklan kecik 2 pun die baca. adelah satu hari tu. abah terbaca kelas violin free kat MBSA. abah tau, abah terus bawak ktorang 3 beradik pergi daftar main violin. lepas daftar. abah terus bawak ktorang pergi YAMAHA beli VIOLIN. bukan satu weh, TIGA sekali, sorang satu. bestnyee kaann =D tp, kelas violin tu x lama. setahun stengah je dapat belajar. lepas tu cikgu violin ade kerja tetap, die orkestra RTM. so, die xde masa nak ajar ktorang dah +.+ lepas tu violin tu jadik 'gajah putih' je la~

masa kte darjah 5, kakak form5. kakak amek arts sebagai subjek tambahan. jadi, abah hantar die pergi kelas melukis kat AMSA. actually tu Akademi Muzik Shah Alam. tapi, ade jugak kelas melukis. so, masa daftar, tiba tiba abah tanya kte nak belajar melukis sekali x dengan kakak. kte cakap xnak. tapi, kte nak belajar main piano. abah x cakap banyak, abah terus daftarkan. kte x sangka gile ! =D padahal kte main main je cakap tu. so, start darjah 5 lagi kte dah mula belajar main piano. tapi, kte ni pemalas. bile dapat note susah malas berlatih. lama lama lemau dah. lagi2 sekarang ni kte dah x sambung belajar main piano. kte berhenti tengah jalan. padahal dah beribu abah habis untuk yuran piano kte je. bile abah suruh main lagu faveret abah, kte x bole main. abah mesti rasa sedih sangat +.+ x guna kan kte ni ~

'bidadari' abah =]

ktorang dari kecik lagi sebenarnya abah dah ajar bahasa Arab dengan english. abah siap beli LINGUAPHONE yang advance punya untuk B.I. 3k wehh. bukan sikit. tu masa tahun 2000 dulu, bukan 2011 ni. klau tahun 2000 linguaphone tu 3k. sekarang xtau lah harga berapa lak. linguaphone untuk bahasa arab pun abah ade belikan. mula mula je kte rajin bukak dengar harihari. lamalama, malas. jadi lah benda tu hiasan je~ hhuuu~ kalau x, huhh ! speaking LONDON-ARAB la kte sekarang ni. hahahaha ^^"

bukan tu je. kte cakap dengan abah nak amek arab subjek tambahan. sebab kte bukan dari sekolah agama. kte sekola biasa je. so, kene la amek kelas khas bahasa arab dari luar. abah pun hantar la kte kat tempat kawan die. kte berjaya habis belajar dengan jayanya. 2 tahun belajar. dari form4-form5. tapi, bile nak SPM, kte x amek pun arab. abah x marah pun. padahal banyak gile duit abah habis guna bayar kte je. teruk gile kan kte ~ macam x appreciate je .


ibu abah sayang ^+^

PMR kte dapat result oke lah. walaupun target lain. kurang satu. kte selalu kurang satu dari target. kte pun pelik. kte macam Han, selalu xde rezeki atau xde LUCK sangat. padahal ibu abah bajet kte dapat straight A's. tapi, kte kan x guna. x dapat pun straight. tapi, result still Alhamdulillah bagus. abah x cakap banyak pun. SPM pun macam tu. huhh~ sorry abah +.+

sebab result PMR kte agak bagus, abah hadiahkan handphone. kte happy gile ! =DD handphone kte paling mahal dalam adik beradik, masa zaman tu lah. hhoo~
alhamdulillah =) and kte still guna hp tu sampai sekarang. jatuh banyak kali pun die sayang jugak kat kte. syukran ya abi =')

dalam banyak banyak benda yang abah kasik, yang paling kte sayang sekali, keyboard besar abah kasik hadiah birthday bkn yang kanak2 punya yang kecik. ni yang orang bwt jamming tu masa tu form3 rsenye. tinggi keyboard tu sama dengan kte. memang happy gile dapat. x sangka pulak abah belikan betulbetul. memang betul, kte selalu cakap dengan abah yang kte nak keyboard atau piano letrik. sekali abah belikan betulbetul. masa birthday kte abah bagi. dah la kte ni malas gile practise. tapi, abah still belikan. memang sangat teruk kte ni. duhh~

dalam baikbaik abah, jangan main main. abah memang SANGAT GARANG. tapi abah sporting habis and sangat protective. abah x kisah anak anak die nak cerita ape pun kat die. pernah sekali ade orang kol kte and kakak ganggu dalam phone, kitorang kasik kat abah, orang tu terus x kol kacau lagi. abah cakap kalau ade budak laki nak kacau anak2 abah, bawak je die jumpa abah. huhuuhuhu~

kte anak last, maybe sebab tu kte terLEBIH MANJE sikit ? orang cakap lah. hhhaa~ xdelah. biase je kte rase. abah layan semua sama. cuma abah lebih pentingkan anak anak perempuan die. betul jugak, anak perempuan lebih manja dengan ayah. kte sekolah menengah pergi balik berhantar. gedik betul. tapi kadang kadang naik bas jugak dengan Han. kte start naik bas balik sekolah sama sama dengan Han setiap hari bile form3-5. bila sekolah pagi. balik tengah hari tu yang naik bas dengan Han. tapi, sebenarnya selalu jugak abah amek kte balik sekolah. sebab kalau hari panas sangat, kte kol abah mintak tolong amek. gedik gile.
kalau abah yang amek, satu je, jangan pergi mana mana, merayau atau jangan lambat tunggu kat tempat dah janji tu. kalau tak..... huoohh ! kene marah. abah diam je+muka berkerut sampai kat rumah. dalam kereta siap lah, kene bebel. suruh amek kat situ, tapi bile dah sampai xde lak.
sapa x marah. naik bas x nak. gedik gile kte ni. terlebih manja. selalu Han jadi mangsa bebelan sekali. gegegee

abah memang SANGAT UNIK dan ISTIMEWA. bukan sebab abah tu adalah seorang bapa. tapi, sebagai orang biasa pun. abah memang ENCYCLOPEDIA bergerak. bukan setakat buku bergerak. tapi encyclopedia terus.

kte pernah dengar along cakap 'abah ni unik. xde orang lain yang ada ayah macam abah' kakak dengan kakcik pun cakap benda yang sama 'abah memang hebat gile. semua abah tau. padahal abah bukan belajar benda tu pun. tapi, die tengok je die dah boleh tau nak bwt macam tu.'

semua benda abah boleh buat. bayangkan, kerja kerja kayu/construction. abah mane belajar bertukang. die baca dari buku+tengok gamba je die dah bole buat. abah punya kemas gile, sangat teliti kerja die. mengalahkan ktorang yang belajar KHB dulu bertukang buat kotak2 kayu tu pun x lepas. bukan setakat kayu kemas, tapi segala peralatan letrik mesin mesin tu pun die tau. mesin tu untuk ape, yg mesin ni untuk ape. macam keris keris, alur keris semua pasal keris abah tau. sejarah keris lah. keris ape, semua die tau. die x pergi belajar mana mana pun atau buat research pasal keris. tapi, die cuma baca buku yang berkaitan je dah bole bayang macam tu macam ni. ade banyak lagi~ abah memang hebat sangat ! abah jjang =DD tp, anak anak die x macam tu pun ~ huhuhhuu

tengok abah shining, sama dengan pengantin laa =D

abah tau kte suka gila SUJU. kte ade cakap kat abah eunhyuk tu menantu abah. abah rilek je , senyum senyum. senyum penuh makna ke perli ? kkekekkee~ ntah la. masa sushow, kte beli tiket dulu baru cakap dengan abah. kte takut abah x kasik pergi. bile hari nak pergi, baru kte bgtau abah. abah x marah pun. cuma abah kecik hati sebab kte x bagitau awal-awal nak pergi sushow tu. abah x kisah pun ape yang anak die minat. abah akan sokong jugak. yang penting jangan OVER dan TAKSUB sudah. tu je ~ =))

anak 'nakal' abah. ehehh

abah selalu harap kte boleh score dalam periksa. and kte dah buat yang sehabis baik punya. tapi still x dapat. tapi, abah x marah pun. siap bagi semangat lagi. mungkin xde rezeki lagi. yang terbaru ni MUET. repeat muet pun kte still xdpt 4. kte tanya abah hari tu kalau kali ke3 ni x dpt jugak macam mne ? rilek je abah ckp 'xpela, dah awk x bole, nak bwt macam mana. kalau nak sambung law jugak, bole pergi U lain. xpun amek kos yang awk suka' x guna betul kte ni. membazir duit mak bapak x sudah. belajar lah betul2 sikit. gomen-ne, abah +.+

abah x pernah paksa kte belajar apa yang kte x suka. dari kte kecik. kat tadika, ade sorang cikgu garang gile. selalu marah marah dalam kelas. pastu salah sikit, cikgu tu akan denda ktorg. kte kan 'manje' kte ngadu kat abah cikgu tu macam tu. esoknya abah terus tukarkan kte kat tadika lain. hebat kan ? pantas sungguh. sama jugak, bila kte masuk sekolah menengah, kte tanya abah nak amek aliran ape, sains ke sastera. abah tanya kte balik 'awak ke abah yang nak belajar ? ' sampai sekarang semua pilihan kte belajar ni. bile kte dapat foundation ni walaupun last choices. but still pilihan kte kan~ bila kte x nak sambung degree law, abah tetap x marah. SAYANG abah sangaat =') bagi abah, biar anak anak die belajar apa yang di minat. baru bole berjaya, insyaAllah~ tu bila kte x dapat bawak, atau ade masalah ape2 abah orang first kol tanya ape ape. sampai sekarang. buku pun semua abah yang sibuk2 tanya. sampai kadang2 kte rasa rimas sebab abah jaga sangat. teruk kan ? tapi, sebenarnya, kte suka bile abah jaga ktorang macam tu ='] sedihnyaa +.+

sekarang semua anak-anak abah dah besar. dah habis belajar. tinggal kte je yang last. kte je yang baru nak melangkah ke alam dewasa. along angah kakak kakcik semua dah habis dengan jayanya. dorang dah stable jugak lah kirenye. kte je yang bermasalah sikit. habis foundation ni kte x tau nak sambung ape. serius x tau. abah, sekali lagi kte mintak maaf sangat sangat kalau selalu sangat mengecewakan abah ~
sebenarnya kte jarang, x pernah kot bagi hadiah kat abah. selalu bagi kad buat sendiri je. cuma dalam entry lepas tu 1st time kte bagi hadiah yang betul betul hadiah kat abah =))

kte bukan anak yang baik. tapi, kte akan cuba jadi anak yang TERBAIK. insyaAllah. tu JANJI kte. berkat doa ibu abah, insyaAllah anak abah yang sorang ni akan menjadi anak solehah yang berjaya, cemerlang dunia akhirat. insyaAllah, aamiin~ =]

SELAMAT HARI BAPA, ABAH =D


abah selalu doakan yang terbaik untuk anak-anak die, untuk family die =']

Jazakallah~~ THANKS 4 everything. TERIMA KASIH banyak banyak ABAH. pengorbanan abah sangat besar. kte takkan lupekan =')
SYUKRAN ya ABI . sayang abah sangat =DD ♥♥♥

-sekian-

pssstt : korang, jaga mak ayah korang baikbaik. selagi dorang hidup, taatlah kat ibu ayah korang, selagi perkara tu x langgar syarak. jangan mudah kecik hati dekat dorang. pengorbanan dorang lagi besar dari apa yang pernah korang bagi kat dorang. minta maaf hari hari dan minta dorang halalkan semuanya. jangan segan segan berbaik dengan ibu ayah. jangan tunggu dorang dah xde, masa tu nangis air mata darah pun x guna. ingat tu =]

'ya Allah, berilah balasan yang sebaik-baiknya atas didikan mereka padaku dan pahal yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku. peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku'

'ya Allah apa saja gangguan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka, dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenanMu ya Allah. hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda~'

aminn ya robbal 'alamin =')

Saturday, June 18, 2011

satu dalam seribu

assalamualaikum wbt =]
selamat petang kawankawan =D

sebenarnya entry ni xde kaitan dengan benda unik atau fakta2 unik yang satu dalam seribu atau apa-apa yang lain. tapi, banyak perkara yang jadi dalam 3hari ni yang bagi EFFECT sangat kat kte, sampai kte pun hampir mati terkejut kene kejutan elektrik dengan kejutan kejutan ni. melebih dah. hahaha *gelak x ikhlas

1st things 1st. hahahah~ gile poyo lak, macam ape je. oke, ni serius =O

mulamula skali, hari rabu malam ktorg (blqs+atin+intan) balik rumah. bas ktorg pkl12tgh mlm. so, hari khamis ktorg dah bersenang lenang d rumah tanpa ke kelas gaggaga~
so, hari khamis kte siapkan segala bagai reading analysis, assignment bel. lepas tu pergi membeli blahh stok makanan 3bulan. perlu ke mention semua ni ? duhh

jumaatnye pulak, kte+atin+adik atin+blqs mengeDATE. ktorang pergi TS times square. kononnya tujuan utama nak beli hard disk. sampai sana, shopping bagai ye balqis =p langsung x pergi Lowyat beli hard disk. padahal depan TS je lowyat tu. nafsu shopping lagi kuat dari tujuan utama. hahhaha ^.^

dan barang 1st skali kte beli adalah... jengjengjeng ~ heheheheh =DD

suke gile dooooodles macam ni =D

blqs+atin+kte =)

dudu =D

esoknya pulak, hari sabtu, kte+han+shin ryu superbff janji nak jumpa. so, pergi la menjemput shin ryu di Poney. sha, hadiahkan kte satu dress poney tu *kelipkelip mata. heheehehe ^.^
sementara tunggu die nak rehat, kte+han pergi speedy dulu, carik dvd untuk abah =D

ktorang 'lunch' kat resipi rahsia. tp kte mkn nasik ayam. ade nasik aym ke kat situ ? jengjengjeng~ hahhaa =D shasha blnje kek birthday. tankiuuuuu =]


tengok, berebutkan kte. kekeke ^.^

polaroid eba =)

hadiah birthday, motivation pil. tankiyuuuu eba ! =D *kalahorangbercintani. kekekekeke ^.^

kebetulan hari ni Father's Day. kire nye lepas maghrib semalam kan dah masuk hari baru. padahal kte saje je beli nak bagi abah. yelah, harihari pun hari bapa kan =]
so, malam tu bile semua berkumpul ktorg satu family pakat nak buat surprise untuk abah =D weee~~

ni lah DVD tuu =)
karya epik =)
back cover *
dalam die =)

cube teka cerita ape ? teka cepaaat ~!! heehehehe

cerita 'All Men Are Brothers' . tau x cerita ape ni~ ape ? x tau ? hishh ~ ni yang kat 8tv setiap isnin-jumaat pukul8.30 malam tu. oohh, korg xtau sebab x tgk 8tv. yelahh, Astro kan.
ni based on chinese history. abah suke gile cerita macam ni. lagilagi sejarah. siap kalau keluar, nak balik rumah cepat sebab nak tengok 'KULIAH PERANG' ni. hhooo~

malam sabtu pukul 12, ktorg bertolak dari Shah Alam ke Kedah semula +.+ sedihnya meninggalkan semua orang +.+

jadi, kte memulakan 1st day kelas hari ni dengan mood yang sangat gembira =DD plus, kelas petang xde. so, satu kelas je pagi tadi. heehehehheheheheehee ^.^

tapi.... balik kelas tadi. kte buat kesalahan besar. kte terCAKAP, terSOAL benda yang TAK sepatutnya kte cakap =O sorry sangatsangat wehh +.+ kte sangatsangat tak sengaja. kte ingatkan tu tempat umum, rupe-rupenye tempat 'die' sorry sangat weehhh +.+ blqs ckp 'baik kau bunuh diri'. memang terasa macam nak terjun bangunan bile dapat tau benda sebenar. kte mane tau tu tempat die. ya Allah, x sengaja gile.. sangat x sengaja +.+ ottoke~ ape nak buat ni ='|

tp xdelah extreme sampai macam ni. rase je macam nak~

'terlajak perahu boleh di undur, terlajak KATA buruk padahnya'

weh, kte memang tak tau betul. kalau kte tau, xdelah kte cakap macam tu. sebenarnya tu lebih kepada soalan~

i'm really really really really sorry ~ cheongmal mianhae +.+ ni adalah satu kesalahan yang sangat besar +.+ ya Allah ~

pssstt : mood serbasalah, dosabesar. kte mintak maaf sangatsangatsangat +.+
study elok2, nnt bole jadi peguam SJ. insyaAllah ~ tq =')