please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Saturday, December 3, 2011

dua makhluk comel *

assalamualaikum wbt =]

amaran: ini adalah entry gila dan perasan. kalau tak suka baca, tolong jangan teruskan, takut muntah berdarah tak henti-henti poyo 



suatu tengah hari yang tak hujan.. ada dua orang makhluk yang sangat comel iaitu si gadis dan si lelaki. si gadis ialah seorang yang agak periang, suka bergurau dan apabila gelak macam nak bergegar satu bangunan, berwajah agak bulat dan agak putih tetapi macam coklat dan kadang-kadang macam hitam je ? memakai speck bingkai hitam tanpa power bajet comel ber-dress mickey mouse kanak-kanak bewarna pink yang dibeli dengan saiz besar supaya die muat pakai, sederhana tinggi tapi macam nak gemuk sebab kurang bersenam, bermata bulat dan bercelak tebal.




manakala si lelaki bermata sepet, berwajah putih, berambut blond seperti nenek tua yang dah nak mati, berkemeja T putih dipakai bersama jaket hitam jeans, berkasut besar macam nak menari dan lagaknya seperti artis cina bukan korea yang poyo-poyo sedikit tetapi raut wajahnya sangat peramah, sekali senyum nampak semua gummy die. 'wahhh~ comeelnyeeeeeeeeeeeeeeeee' itulah yang sering si gadis katakan apabila si lelaki tersenyum.

makhluk comel berdua ini berjalan-jalan membuang masa di satu kompleks beli-belah terkenal yang ada singa besar dan bangunan segitiga besar yang hakikatnya bukan segitiga menjadi simbol kepada kompleks ini.


setiap mata yang memandang mereka pasti terpegun dan terpesona dengan kecomelan mereka berdua. tetapi si gadis dan si lelaki ini sudah sedia maklum. lebih-lebih si gadis yang sangat gembira dapat menjadi teman sehidup semati si lelaki. pandangan mengejek dan bangga akan diberikan kepada semua yang melihat mereka.

'tak sia-sia usaha aku selama ni hari-hari tweet oppa. walaupun die tak reply, tapi aku tau die mesti baca punyelah tweet aku tu. and die akan cari punya siapa budak yang harihari menegur dan memberi kata-kata semangat kat die~' kata si gadis penuh perasan bukan perasaan di dalam hati.

sekalian peminat si lelaki sangat terkejut dan ramai yang ugut hendak membunuh diri apabila tarikh perkahwinan mereka diumumkan dua tahun yang lalu~ angin takde ribut takde, tetiba dah nak kahwin. sedangkan tidak pernah keluar berita tentang ini. ramai yang terkejut biawak dan tergolek anjing apabila mengetahui berita ini.

ketentuan Tuhan tiada siapa tahu dan jodoh sudah ditetapkan tiada siapa dapat menghalang. ugutan demi ugutan diterima oleh si gadis. dengan MACHOnya si lelaki menjadi pelindung seperti JACOB melindungi BELLA dalam twilight dan menjawab semua caci-maki-hamun dari masyarakat. halangan demi halangan ditempuhi bersama. setahun tertangguh perkahwinan mereka. tahun seterusnya, mereka selamat diijabkabulkan, syukur buat mereka~

dua makhluk comel ini masih membuang masa berjalan-jalan, makan-makan, menonton-nonton dan akhirnya mereka pergi bermain ice skating. sekali lagi, dua makhluk comel ini menjadi tumpuan kerana si lelaki tanpa rasa malu berjoget di tengah-tengah ais itu dan mengajak si gadis menari bersamanya. tetapi si gadis ini tersangatlah lembik dan tak reti main ice skating. tibatiba si gadis menarik si lelaki kerana tidak dapat mengimbangi badannya dan keduanya tertarik-tarik sesama sendiri dan meluncur laju ke hadapan lalu KEDEBABOOMM !! melanggar sekumpulan kanak-kanak comel yang sedang berlatih menari untuk pertunjukan sempena sambutan krismas. semua pun jatuh macam nangka busuk.


dua makhluk comel ini meminta maaf kepada semua orang, malangnya salah seorang murid tersebut cedera parah dan hampir nazak. dengan cemasnya mereka menghantar kanak-kanak tersebut ke hospital.

Alhamdulillah, nasib menyebelahi mereka, kanak-kanak tersebut selamat. tetapi dua makhluk comel ini tidak dibenarkan masuk ke kawasan ice skating lagi kerana khuatir akan mencederakan orang lain.
lalu, mereka berdua beredar pulang ke rumah. si lelaki meminta izin dari keluarga si gadis untuk membawanya pulang ke negeri asal si lelaki yang letaknya jauh di timur~ ayah si gadis kurang bersetuju. hidup di sana sukar kerana si gadis tidak mempunyai saudara-mara terdekat di sana, memandangkan si lelaki adalah seorang mualaf, jadi si ayah sangat khuatir akan keselamatan mereka di sana.

si gadis memujuk-mujuk ayahnya dan mengatakan bahawa dia pandai menjaga diri. segala ilmu dan didikan yang ibu dan ayahnya terapkan sedari kecil die ingat dan simpan sehingga sekarang. si gadis turut menenangkan ayahnya dengan berkata simpanan mereka cukup untuk 1o tahun mendatang. mereka akan membeli rumah dan tinggal di kawasan ummat islam di sana. lagipun si lelaki masih berkerjaya dan berpengaruh di sana meskipun sudah berkahwin, kerana peminat telah mula terima dan memberi sokongan kepada pasangan ini.


bersedih-sedihlah keluarga si gadis, melepaskan adik tersayang pergi. tetapi setiap sambutan raya, si gadis dan si lelaki berjanji akan pulang ke rumah dan sambut bersama-sama.

pergilah mereka tinggal di negara si lelaki............

tamat.


HAHAHHAHAHAH !!! ini post paling SELEKEH pernah kte buat. penangan tak dapat pergi konsert moa. CIS ! NAK PERGI TENGOK DIORAAAANNGGGG =S


NAK TENGOK ADIK KTE, AMBER. NAK JUMPA KAKAK KTE, VICTORIA. NAK JUMPA BESTFRIEND KTE, GONG CHAN. DAN JUMPA ADIK TIRI KTE, SUZZY DENGAN MIN. DAN YANG PALING PENTING SEKAAAAALIII NAK JUMPA HUSBAND kte HYUKJAAAEEEE !! arghhhh ! poyo je nak stress stress bagai

hahahhaha. gilosss ^^"

sebenarnya kte memang rancang taknak pergi. sebab ;
1- han takde. die kat indon
2- membazir
3- tau dah konfirm2 dapat tengok dari jauh je, bukan dapat naik atas pentas bergambar sama pun.


sebab utama ialah membazir. pernah pergi sekali, alhamdulillah, cukuplah. tapi untuk 2nd-3rd time, tak. oke, tiket paling murah rm18o and paling mahal rm48o. and kte kalau pergi kte takkan beli yang seat jauh, tak berbaloi. kte akan beli yang kalau boleh duduk depan muka dorang, tiket 48o tu.

cuba fikir baikbaik, 48o kalau sedekah, wahhh, banyak boleh dapat plus pahala 1ox ganda lagi. kalau bayar streamix sebulan 68. kalau 48o boleh bayar berapa bulan ? mau dekat 7bulan punya bil. kalau shopping pun, fuhh~ memang best lah.


memang kte nak sangat pergi. tapi kte tau, kalau pergi pun selain tengok dari jauh and terjerit-jerit nyanyi lagu dorang tak dapat apelagi dah. kalau murah rezeki dapatlah gift yang dorang dok baling tu. kalau tak...... hummpphh tangan kosong. nak bergambar dengan dorang pun tak boleh. nak pergi backstage pun tak boleh. datang macam2 tu je lah. prefer lagi duduk depan tv tengok dorang. tapi memang kalau boleh nak pergi sangat. tapi bila fikir betulbetul, sungguh, pelaburan sia-sia. selain membazir duit, tak dapat ape dah~ adakah ini judi ? kerana merugikan ? fuhh~ nanti kte try tanya ustaz.

lain lah ada press conference ke dapat tiket free ke, baru kte pergi. sebab, press conference tak ramai orang and tentu-tentu dapat tangkap gambar. tiket free tak merugikan diri sendiri~

hurmm~ sadly, i can't go because of this reason. seriously, kte fikir banyak kali +.+

sorry oppa, i can't go to see you ='( next time oke~ but not in concert, in somewhere else like u date secretly with one of your 'blond-france-fans' fuhh~ perlu ke ? kkehkehkeh

hahahhhaha =DD itu sahaja entry gila ini.

-sekian-


hensemnye ya'kob heehehehheehe *gelak gatal

psstt : want someone like Jacob. suka gila kat taylor laurent. die berwajah kemelayuan, bermata sepet, teror karate, black belt tu. and paling penting sekali die bebas alkohol dan dadah. wewwitt~ suka watak die dalam twilight. selalu ada time bella susah and jadi pelindung sejati. wuhhuu iloveyousoomuchlahbeb ! nak wolve macam jake. heheheeheh~~~ 

psssttt: ohh yea, ptg td amek ibu kat stadium KJ and apelagi, kte nampak mereka-mereka itu tengah menyiapkan pentas dan segala bagai. jeles x dapat pergi +.+ ramainya mamat muka cine yang hensem ! hahahhahah !! giles

Friday, December 2, 2011

bebas dan sukahati

assalamualaikum wbt =]

i'm back yoww ~!! =D hahahahhahahh

FREEEEEDOOOOMMMMMMMMMMMM !!!

apehal lak minah ni tetiba je freedom, bebas bagai~ dah habis SPM ke ?
hahahhaha *perasan SPM lagi tu. cehh
takdelah, ni entry sesuka hati dan agak basi sebab dah lama jadi. 'belated' lah kiranya ni. dan takde topik tetap nak tulis. kte sumbat semua dalam ni. muahhaahhaahaha

Pertama sekali ;
2 zulhijjah 1432 bersamaan 29 OCT 2O11
SELAMAT HARI LAHIR TOKMAK ! =D

yang ke 82

mak kepada ibuku =)

semoga segala apa yang tokmak lakukan dinilai sebagai 'ibadah dan semoga tokmak sentiasa didalam redha+rahmat serta dilindungi Allah sentiasa, insyaAllah, amiinn~ *maaf sangat lewat post. tapi dah celebrate awal ^.^ weuuhhuuee~


kiri ibu. tokmak. kanan mak uda. *comelkan gaya ni. saranghae ♥ ngeh3~~

keDua ;

credit: curik dari google

SELAMAT HARI RAYA 'AIDILADHA =D
*memang sangat lewat, tapi takpelah . hhee~

iaitu yang jatuh pada 10 zulhijjah 1432 bersamaan 6nov 2o11

kepada semua yang menjalankan 'ibadah qurban, alhamdulillah~ semoga amalan itu diterima Allah dan semoga binatang yang dikorbankan dapat menjadi saksi di akhirat nanti, insyaAllah, amiinn~

dan yang tidak dapat menjalankan 'ibadah tersebut, tidak mengapa, insyaAllah, ada rezeki di lain hari =)

kemudian apalagi yang terjadi selama 4hari berturut dalam bulan zulhijjah itu ? cepatcepat apediaaa adik-adiikk~~
hhoohohoho, pandai, 11-13 zulhijjah merupakan HARI TASYRIK.

eh, kenapa dengan hari tasyrik ? dah macam mengajar agama kat budak tadika pulak. ngeh3
hari tasyrik ialah hari yang diHARAMKAN berPUASA. kenapa tak boleh puasa ?
sebab hari tu merupakan hari makan dan minum. sama juga dengan hari raya 'aidilfitri dan hari raya 'aidiladha. boleh ke puasa hari tu ? mestilah tak kan. kenapa ? sebab, itu merupakan PERAYAAN bagi UMAT ISLAM. jadi CUTI. kalau cuti selalu korang buat ape ? berehat kan. jadi tak payah la berpuasa, rehat, ra'ikan, makan dan minum serta rapatkan silaturrahim dengan semua orang =] suka x dapat cuti ~? hahahaa *sengal

'hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah swt'
[hadith riwayat Muslim]

hukum berpuasa secara umum, DI SINI

jadi, kita mera'ikan hari raya qurban selama 4hari, dan hari raya puasa 2hari, tapi kita mera'ikan hari raya puasa sebulan, patutnya 2bulan lah sebab 2hari and hari raya qurban patutnya 4bulan sebab 4hari. hahahahaha *cold joke~

keTiga ;
28zulhijjah 1432 bersamaan 24nov 2o11 merupakan kelahiran
HARIZ IKHWAN =D *tepuk tangan ^.^

uri bebo

siapa Hariz Ikhwan ni ? huehuee~ ni anak along kte =] Alhamdulillah selamat dilahirkan pada 12.3o mlm. sebenarnya die lahir 23nov tapi sebab dah lepas maghrib *kalendar hijrah, dan selepas12 a.m *kalendar masihi kiranya dia lahir 24 nov lah. hehehehe


shoulin baby~ hahahaa, kene cukur dah =D

semoga khalifah kecil kita ini dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah dijanjikan semasa di luh mahfuz dan menjadi anak soleh cemerlang dunia akhirat dan dapat menjadi pemelihara dan pembela agama Allah, sesuai dengan namanya Hariz Ikhwan yang bermaksud 'pemelihara persaudaraan', insyaAllah, amiinn ya robbal 'alamiinn~ baikkan tante buat entry khas untuk hariz *kelipkelip mata* hehehee~

keEmpat ;
SALAM MA'AL HIJRAH =D
jatuh pada 27nov 2o11 bersamaan 1muharram 1433

picca credit to HER

awal muharram merupakan tahun baru bagi takwim islam. Khalifah Umar al-khattab menetapkan 1hijrah sebagai permulaan di dalam kalendar hijrah sempena memperingati penghijrahan Rasulullah SAW.

baca tak do'a akhir tahun dan awal tahun hari tu ?
baca~ alhamdulillah, baguuss =D hahahhaa *buang tebiat.
bagi yang lupa, mungkin takde rezeki. takpe, tahun-tahun seterusnya, jika dipanjangkan umur, jangan lupa baca =]

kte pn hampir terlupa hari tu nak baca. galak no berjalan dengan kakak-kakak. nasib baik ibu dengan abah ingatkan. mulamula hantar mesej. die tengok tak ber-reply, dorang call ktorang banyak kali sampai kitorang angkat. Alhamdulillah~ ibuabah ingatkan. fuhh~

sempena tahun baru, macam biaselah, tak habis-habis ber-azam baru. yang lepaslepas punya pun tak tertunai-tunai lagi, kaann. hahahaha

apa kata tahun ni, tetapkan satu je azam atau perubahan yang nak dilakukan. macam ustaz..... ermm, alamak, tak ingat lak nama die ape. duhh~ kat radio ikim. beliau kata;

'jangan sibuk nak buat azam banyak2 tapi tak tertunai. sibuk nak ubah orang, tapi diri sendiri yang tak berubah-ubah. kali ini, tetapkan hati dan ubah diri sendiri dulu. betulkan diri sendiri dulu, insyaAllah, semua akan berjalan mengikut tempatnya'

lebih kurang macam tu la. ni dah paraphrase. hehehhehehe

ohh ya, ingat ni ; 'Allah bertindak sebagaimana yang hambaNya fikirkan~'

jadi untuk tahun ni, ubah dan betulkan diri supaya selari dengan syariat islam, hidup berpandukan qur'an sunnah. *erhmm erhmm, mcm bagus je cakap. hahaha takpelah, mari samasama saling mendo'akan, insyaAllah, amiinn =]

nak 'ilmu lebih, TEKAN SIN

keLima ;
SELAMAT HARI LAHIR CIKGU HAMZAH TAJUDDIN =D

yang ke-4o lebih *exact umur tak dapat dikesan.gagaga jatuh pada tarikh yang sama dengan awal muharram iaitu 27nov 2o11/1muharram 1433. siapa Hamzah Tajuddin ni ? cikgu sains ke ? math ke ? cikgu kat sekolah ke ? uitm ke ?

salahsalahsalah, anda salah. tu pun tak kenal sapa *nada kerek* hahahhaa ^.^
ni cikgu yang dah 11 tahun ajar kte+kakak2 kite+kawan2 yang lain, silat =) dari kte darjah 2 sampai sekarang. woott woott~ cikgu still macho tuu~! hahahahhaha *sengal


cikgu hamzah kat tengah2. kanan; mat salleh (nama xtau) hhoo

semoga cikgu sihat sentiasa, semoga cikgu dimurahkan rezeki sentiasa semoga cikgu dan keluarga cikgu sentiasa didalam rahmat dan lindungan Allah, insyaAllah, amiinn~


x igt thn o8/o9; dapat anugerah sandang *cikgu kat tengah2 belakang sekali

terima kasih kerana telah ajar seni mempertahankan diri kepada kami. insyaAllah, semoga 'ilmu itu dapat kami simpan dan guna untuk menegakkan dan membela agama+warisan+budaya kita =D


amek bengkung, uitm s.alam *semua anak murid cikgu hamzah, tp cikgunya takde. uhhuu *abah pakai baju kelabu. hhooo

dan yang paling penting sekali, semoga cikgu TAK BACA entry ni. malulah den. aigoo~ hhahhahaha ^^"

oke, tamat sudah tarikh-tarikh penting dan ucapan-ucapan berharga. wuhhuu~!

-sekian-

pssstt : rindu gila kat arwah tokmak (mak kepada abah). tak pernah jumpa. meninggal time Abah sekolah lagi. al-fatihah untuk arwah~ semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm kalangan mereka yang beriman, insyaAllah, amiinn~ =')

Tuesday, October 25, 2011

give me some sunshine, give me some rain

assalamualaikum wbt =]


*ia tersimpan rapi d dlm draft*
sebenarnya kte ada TERbaca entry kawan kte. entah kenapa macam sangat terasa pulak..

kte tak tau la kenapa dengan diri kte ni baru-baru ni. macam LOSER gila. emo terlebih tapi sensitif makin kurang. erkk, tak faham ke ~? kte macam malas nak amek tau pasal semua benda sekarang. apa yang jadi kat sekeliling, macam news ke pasal kawan-kawan ke pasal apa-apa je lah benda terbaru kte taknak amek tau langsung. macam kte ni dah terASING gila. hampir nak pergi marikh kot. hhahaa~

jiwa kacau ? hhahhaa, tak lah. jiwa ni Alhamdulillah, tenang~ tapi, macam ada something yang menghalang and buat kte malas nak amek tau semua benda ni. jiwa kacau lah tu. cehh dorang yang menjauhkan diri dari kte atau kte yang menjauhkan diri dari dorang, ke dua-dua, saling menjauhkan diri sesama sendiri ?

banyak benda yang buat kte fikir. boleh dikatakan kte asyik fikir and risau benda-benda yang kte pun tak pasti risau pasal apa sebab dah campur semua benda dah sama macam bernafas gila hiperbola ++"

sebenarnya kte risau apa pun kte tak tau. RESULT ? sbb final takbole buat. degree nak sambung apa ? nak kerja apa lepas grad ? nak jadi apa ? sempat ke grad ? praktikal macam mana ? dapat ke kte sambung LAW ? layak ke kte jd lawyer ? klau x dpt law nak amek kos ape ? bisnes x minat. eco pun. semua benda melibatkan kira2 kte x suka. habis nak amek ape ? AD (art&design) ada dalam 1st choice je. habis 1st choices dh letak law, 2-4th choices dh xde AD, banyak bisness+mascom+tesl... adakah ini satu masalah ?

tekanan ! *hhahaha

nampak macam biasa je kan ? tapi, seriously merisaukan kte. masa depan memang tak boleh jangka. memang, kte redha apa yang Allah tetapkan untuk kte nanti, akan datang, itulah yang terbaik untuk kte. tapi, nak tunggu time tu, lama lagi ooii. result keluar 4nov ni dorang la kata. kte tak cek student portal lagi. and disebabkan lagi seminggu result nak keluar, lepas result keluar kne tunggu lagi result untuk sambung degree dapat ke tak. ya Allah~ seriously, penantian satu penyeksaan~

dan hanya kerana perkara remeh yang merisaukan kte kebelakangan ni sampai kte takde mood nak update blog, dengar apa orang nak bagitau kat kte, share apa-apa, nak beramah mesra dengan kawan esp, bestfriend, sorry han, sorry shasha +.+

i really miss our moment together ='(

dan, SERIOUSLY sampai kte lupa BIRTHDAY SHASHA !!! 21 OCTOBER hari tuuu !!! MANN !

ya Allah, apa punya kawan la kte ni~ ngaku kawan baik, tapi birthday bestfriend boleh lupa. sorry sangatsangat weehh +.+ memang pentingkan diri sungguh kte ni. sorry sangatsangat. tak tau nak buat apa lagi. serious kte dah macam robot, macam orang terencat pun ada. macam orang gila hilang anak pun ada, risau lebih-lebih. tunggu je lah result kan senang cerita.
sabar lah sabar~ sabar sket. hisshh

tapi, ni bukan rungutan. ni just one of luahan hatiku ku ku kuu. ececeehhh~ hahhaa

oohh, diri ini banyak kekurangan~ sahabat, tolong kte =']

give me some sunshine
give me some rain
give me another chance
so, i wanna grow up once again

-sekian-


pssstt :Actually, this is half of my 'luahan hati'. What makes me worried is more than that. I can’t write it all here and seriously i don’t have someone to talk about this. Coz i always think that only Him i can rely on. So, I’m just being patient and pray for it. Miane chinggu-ya, if i didn’t share my probs with u. Seriously i can’t, coz i don’t know how to start..
Tapi, kalau korang tanya dengan teliti, insyaAllah, kte bole jawab.
Seriously, entry ni byk word seriously. hahaha

peringatan sesama sendiri

assalamualaikum wbt =]

kadang-kadang dan sentiasa, kita tak sedar apa yang kita lakukan akan memberi kesan kepada sekeliling. benda tu boleh jadi akan menyakitkan hati atau buat orang lain terasa hati, walaupun itu perkara biasa bagi kita, tapi mungkin tidak biasa bagi orang lain.

sentiasalah jaga setiap perbuatan dan percakapan kita

memang... kte pun selalu jugak tak sedar apa yang biasa bagi kte, luar biasa/pelik bagi orang lain. tapi, beringatlah~

sedar jugak kalau diri ni. tapi, anda, anda, dan ANDA yang lain, tidakkah sedar ?
ungkapan 'sakit hati' susah nak tunjuk. last-last apa yang boleh buat, pendam je~
b a h a y a sikap pendam-pendam tu. takut meletus macam gunung berapi.

dan ungkapan 's a b a r'. senang sebut. macam senang nak buat memang senang pun nak buat. hahhaa tapi tak senang bagi semua orang kan~?

"sabar itu adalah MENAHAN JIWA dari berKELUH kesah dan MARAH, menahan lisan dari mengeluh, serta menahan anggota badan dari berbuat tashwisy (tidak lurus). sabar itu ada 3jenis. sabar dalam berbuat ketaan kepada Allah, sabar dari melakukan maksiat, dan sabar terhadap ujian Allah"
[ibnu al-qayyim]

kalau kene kat diri sendiri, hhaa, baru tau macam mana rasanya. sedap tak sedap. ada rasa briyani kambing ke ABC ke cendol ke..


"sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) menimpa musibah"
[hadith riwayat bukhari]


psssttt : ini peringatan untuk diri sendiri dan orang lain~ bukankah nasihat-manasihati, ingat-mengingati itu amalan yang mulia =)
sabda Rasulullah SAW "sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan mufattan (penuh cubaan), tawwab (senang bertaubat), dan nassaa' (suka LUPA). tetapi, apabila diINGATkan ia segera INGAT"
[silsilah hadith sahih, no:2276]

Sunday, September 18, 2011

zaman hitam putih =] part 3

kte, dia, dan jam

Assalamualaikum wbt =D

hari tu masa on the way nak pergi class trip, dalam kereta tiba-tiba kawan kte tanya
"kenapa pakai jam belah kiri ? bukan selalu belah kanan ke ?~"

and out of the blue *poyo lak* hahahaha
tiba-tiba kte teringat kisah di sebalik pakai jam belah kiri. kte pun cakap kat dorg
"nak tau x kisah disebalik jam ni, kenapa kte pakai sebelah kiri ~?"

kebanyakan orang akan cakap, orang yang tulis tangan kanan, pakai jam belah kiri, atau vice versa.
sebab senang nak menulis tangan kanan, kalau jam belah kiri, kaann~ tapi kte punya cerita lain =]

jengjengjeng~

begini kisahnya..................... *flashback ke tahun 2oo2. masa kte darjah 4.

kte ada minat sorang abang ni apekah ? cinta monyet ? hahaahahah~ xde la =) die tua setahun dari kte. kte kenal die kat silat. kte 1st masuk silat darjah 2 and die darjah 3 masa tu. hari 1st kte masuk silat, die lah orang 1st yang kacau2 kte. dah la comel habis. kekekee~ ada lesung pipit sebelah je, sebelah kiri kot ? hahaha x igt~ kte memang suka gila orang ber-lesung pipit masa kecik2 dulu. yelahh, dalam family kte semua normal. xde pun yang ber-lesung pipit ni. tu yang bila jumpa orang macam tu, excited terlebih. hahahaha ^.^

nak kata rapat, xde lah. tapi, masa dulu-dulu kan popular istilah 'abang angkat, adik angkat' ni. tipu lah, kalau korang x pernah ber-angkat angkat ni. hahaha
so, dengan bantuan kawan die yang merangkap abang angkat kte, kte mintak die cakap kat 'si dia' ni, kte nak jadi adik angkat die. kecik-kecik dah pandai yee~ hhaa and die pun bagila tau kat 'si dia' ni. and 'si dia' pun setuju. kte macam waaahh~! excited. hahahhaha ^.^ kte just bagi die hadiah birthday+kad raya tiap-tiap tahun since kte darjah2. hhooo~ bagi benda-benda tu idea dari jiran kte. kalau ikutkan, kte memang segan habis nak bagi-bagi hadiah kat orang lak. tapi, jiran kte paksa-paksa suruh kasik jugak. n last-last kte kasik, dan ianya berlarutan 4tahun =O


zaman ni cardcaptor sakura (CCS) popular =D kte ni kipas-susah-mati ccs. kte suka sangat dengan sakura. tu yang sampai sekarang ada 'sakura' kalau korang perasan. bukan sakura yang naruto tu, tapi, cardcaptor sakura. kalau xtau, gi google cepat ! hahaha =DD kte gelarkan 'si dia' ni, LEE SHAORAN. hero ccs tu. dorang macam serupa. rupa dorang pun nak dekat sama. oohh, kte sgt suka shaoran. kakak kte sampai ckp yg kte ni GILA sbb suka anime. hahahaha~ sampai skrg kte still suka shaoran =D kalau jume orang betul mcm tu, hhooo~~~~ *speechless


ni la cardcaptor sakura. igt x ? TIPU kalau korg kata xtau anime ni. mmg nk kene la~

kitorang sama sekolah rendah. tapi terpisah setahun jap, sebab darjah 4 kan pagi, kte darjah 3 petang. so, jumpe kat silat je la. gagaga~ tapi, bila jumpa tu x bertegur pun +.+ die usik-usik kte pun, kte buat x layan. segan kot~ *blusing gilak masa tu* hahahaha


nak kata berborak-borak pun x pernah. kte masa kecik-kecik dulu memang pemalu gila, segan habis. lagi-lagi dekat orang yang kte suka. x macam sekarang, hehh~ banyak mulut. pot-pet pot-pet gelakgelakbesar 24jam. ngeh3~~ ^.^


and then, bila kte naik sesi pagi, darjah 4, kte siap doa supaya masa beratur ktorg sebelah-sebelah. and, result, Alhamdulillah~ tiap-tiap hari ktorg beratur sebelah-sebelah before masuk kelas. eicecehh~ hahaha
die ada tegur masa kat barisan tu, tapi, kte buat-buat x dengar la, buat-buat x nampak la, pandang2 tempat lain. apekehal ntah ?

ada satu hari tu, kte ada kasik set alat tulis kat die. ohh, kte post, bukan kasik by-hand. esoknya, masa tengah beratur, (ktorg everyday kene beratur pagi before masuk kelas and kena salin grammar atau words baru) and nak tau taaakkk, die guna pen yang kte kasik tuuuu~!!! =D miahahahahha ~ masa tengok tu, memang suka gila lahh. excited excited * kekekeke ^.^


hensem nyeeee =DD

ouuhh, macam mana kte bole pakai jam sebelah kiri ? kte start pakai jam sebenarnya sebelah kanan. kan everyday, ktorg beratur sebelah-sebelah. so, ada satu hari tu, kte nampak die pakai jam sebelah kiri, sebab die kidal. biasalah, budak-budak, kalau dah suka tu, semua yang orang tu buat, orang tu pakai, kte nak ikut kan~
so, kte pun tukar la pemakaian jam kte dari kanan ke kiri~

sweet ^.^

mula-mula tu x biasa. tapi, lama-lama biasa lak. sampai lah sekarang~

sekarang, bila cuba pakai jam sebelah kanan, kte x boleh. x reti dah. terkial-kial.

so, kte suka die berlarutan sepanjang zaman sekolah. bila die keluar sekolah rendah, naik sekolah menengah, die x join silat dah +.+ *agak sedih di situ* and terputus contact macam tu je la. ohh yea, family kte tau pasal ni, tapi, kawan je kan. bukannya ape pun. so, dorang x kisah =) and just tanya-tanya macam tu je. oohhhhhh, ayah die kawan abah. eh, mostly, semua kawan rapat kte ayah dorang kawan abah jugak ? eh, memang lah. ayah semua orang pun macam tu. ahhahaha ^.^


ni BUKAN kisah CINTA ye. this is just one of my childhood stories *bunyi macam bertepuk sebelah tangan je* hahahhaha ~ biaq pi la. hhhooooo

kalau bercinta dengan die ni, barulah BERTEPUK SEBELAH TANGAN. haahahahaha ^.^


dengan kemunculan FACEBOOK, kte pun search la die. jumpa ! hahahaha =DD tapi, dah TAK secomel dulu. so, i x kisah dah dengan die sekarang. kkekeke ^.^

CARD CLOW~!!! hahaha =DD

-sekian-

pssttt : kami se-family tengok balik album lama-lama, gelak-gelak =DD teringat setiap kisah di sebalik gamba =] rindunya zaman tuu =')

Thursday, September 15, 2011

zaman hitam putih =] part 2

best ke ada abang ? *

assalamualaikum wbt ^.^


one happy family at kampung ^.^

korang korang korang *gaya gediks* SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri MAAF zahir dan batin ni kalau cerita pasal raya patutnya entry lain =D heehehehehe~

maklumlah, kte ni anak last. anak terlebihgediknya bongsu. kte ada 2 abang + 2 kakak. adik ? mestilah xde, nama pun si bongsu. huehueehhh~
ramai cakap ada abang ni best. ye ke ? korang yang ada abang macam mana pulak ? best ? ke abang-abang korang tu menyebok je 24jam jaga korang sampai nak g tandas pn tunggu depan pintu ~ erkkhh. melampau. hahahahaa *gelak x ikhlas


ni x igt bile, tp rasenye darjah 2 at cameron highlands =]

kte x berapa ingat sangat. ni nak try korek-korek balik kenangan doludolu dah macam dudu lak. kekekee 
ibu cakap, masa kte kecik, huoohh~ memang comel gilak. hahaha *perasan* semua orang tergedik-gedik suka main dengan kte. ke buli sebenarnyaibu cakap, angah siap cakap, kan bagus kalau kte ni kecik je macam ni, x besar2~ bila ibu cerita balik mcm tu. kte rasa, waahh~ terharunya. rasa macam dorang sayang sangat dengan kte. gegegee


ibu kata masa ni kakak merajuk 2 yg sorokkan muka belakang along. merajuk sbb ape ntah. *sbb along angah berebut dukung kte ke ? ngeh3~~ =p

along dangan angah, sangat protective. along perangai die ada sikit macam ibu. eh, macam abah pun ada gak. hahaha~ along memang COOL habis. tenang setenang mungkin la. angah lak, lain. berbeza dengan along yang cool. angah garang gilak. mati kte kalau dorang terbaca entry ni. kekekeke

masa kecik dulu, biasa lah, perang-perang mulut kalau x puas hati. kte yang kecik skali ni, sure-sure lah kalah. ada satu hari tu, kte bengang gila sbb angah si garang, marah kakak. dorang perang-perang mulut. kte punyelah bengang, tetiba kte pergi dapur amek pisau potong daging. agak besar la jugak. tapi bukan yg macam kapak tu. tu lagi dasat besarnya. kte amek pisau tu, kte tala kat angah. angah tengok, terkejut beruk die. kte pegang pisau tu, kte cakap "haa, marah la lagi. marah~ amek pisau ni cucuk karang" macam tu la lebih kurang. lepas kte cakap macam tu, kte nangis. takut wooo~ pisau tu dah la tajam berat lak tu. masa tu kte dalam 6tahun ke darjah 1 darjah 2. x ingat sangat umur berapa. lebih kurang umur tu la. ganas x ganas kte kecik2 dulu. kekekee~ lepas nangis2 pegang pisau tu, angah amek pisau tu, n then mintak maaf. kitorang pun berpelukan~ wuhhuuu~ *asl lak tetibe kte teringat crite sedih ni ? sedih ke ? hueheuheu


kesayangan semua. heheheeh ^.^ *perasan

budak2 biasalah, suka kene dukung kan~ kte pun tak terkecuali. heheehe . along jarang dukung kte bile dah besar sikit dalam umur 6tahun ke darjah macam tu. angah yang selalu dukung kte. selain abah. mungkin sebab along kurus dari angah ? kekekke ^.^ kadang2 sampai sekarang pun kte piggy-back lagi. lompat belakang badan angah, nak die dukung. nasib baik die x marah. kekekeke ^^ *kak huda, jgn jeles yee, gehehehe~

kite suka kalau keluar dengan dorang. sebab ? sebab dorang la yang belanja semua. gagaaga~ syokk oOo ~! saving banyak ni. nak makan apa la pilihan paling syiiiookkk skali =D

ohh yea, kte teringat Han punya zaman sekolah rendah. die kene buli, pastu abang die bawak geng pergi jumpa budak tu. oouuww~ so sweeet =]

kte ? ohh, xde. abang kte x pernah bwt macam ni, sebab jarak umur yang jauh. beza kte dengan abang2 kte 9-10tahun. manelah die nak buang masa panggil geng bagai jumpa budak tu. selalunya adik-abang yang umur dekat2 yang rapat sampai macam ni kaann korang =)
kadang2 terfikir jugak, kalau abang kte satu sekolah, beza umur dekat2 mesti macam sweet kan. rehat sama2. bole kenal2 dengan kawan2 abang *tetiba. gatai no. iklan jap* kalau kene buli kat sekolah ada abang datang bantai budak tu. kehkehkehkehh ^.^ syookk gile =DD

ada jugak orang yang abang die gila jaga adik die, sampai jumpa boyfriend/kawan lelaki siap ugut bagai. "baik kau jaga adik aku elok-elok. kalau kau usik die sikit, huhh~! siap kau aku kerjakan" ada kan ada kaann~ yang macam ni. untung le. gagaga

kte xde lak kisah macam ni. mungkin sebab kte x pernah ada bf ? hahahaha ^.^ kalau setakat kawan lelaki tu, hehh, abang kte xde la sampai jumpe semua kawan2 kte ugut bagai nasihat ke apa2 ke. tapi, semua kawan kte, abang kte tau. sebab semua kawan kte family kte tau. inisiatif sendiri bagitau. mungkin dah terbiasa ibuabah didik dari kecik, bagitau sapa kawan2 semua. so, dorang pun x kisah, xde la ugut2 bagai. tapi kalau kte dah nak kahwin nanti, xtau la dorang akan cakap apa kat bakal husband *start dah merepek kahwin2 ni* hahahahahahah ~!! sengal je

a b a n g. hehh. kalau x pemalas tu bukan abang la namanya kan ? nama pun lelaki. kte la yang perempuan ni tukang membebel suruh dorang kemas2 bilik ke lipat baju ke asingkan baju kotor dengan yang bersih ke, ke, ke............. cakap la nak dekat 1000000x. sekejap je buat. lepas tu. fuuhh~ ponat. kesian ibu. nasib baik dapat anak kuat bebel macam emaknya. eh silap, RAJIN macam emaknya. hhehee =D tapi yang bestnya, kte bebel2 selalu kat dorang, dorang x pernah marah ataupun suruh kte diam ke apa ke. sebab yang buat semua tu nanti ktorang jugak yang perempuan ni.. wahh, makin syok la membebel. HAHAHA =D


tengoktengok, along sayang kte =D *dr kiri; kakcik, angah, kakak, abah, kte n along

yang paling best bila ibu suruh pergi kedai. kalau xde abang, x best +.+ kene pergi kedai sendiri beli barang mcm sekarang kne pg sndiri dahh +.+ tapi ada abang, suruh je dorang pergi kedai beli barang2 kecemasan, macam x cukup garam, xde cili ke, barang2 masak. x payah la nak tunggu adik2 die ni terhegeh-hegeh siap bagai nak kene tuka baju la gosok2 tu la ni la. suruh je dorang, zupp~! sekelip mata. tengah2 tido pun kejut je dorang, mintak tolong pergi kedai belikan. s e n a n g =D wehhee~

best jugak ada abang yang beza umur jauhh macam ni. lelaki, biasa la dorang kan advance. lagi2 bab2 komputer ni. walaupun dorang x belajar, x pergi kelas komputer, tapi dorang cepat tangkap. ntah dari mana2 dorang belajar. kalau rosak apa2 gadjet, bagi je kat dorang, berreehh~ cuba kalau xde abang, mesti susah kan korang nak kene pergi kedai. siap kene tipu lagi kalau xtau sangat. fuhh

rumah kte 1st ada komputer masa kte darjah 1 kot. ntah x ingat. along la yang incharge semua dalam hal2 komputer ni. eh jap, kalau masa tu kte dalam 7tahun, along 17. ohh dah beso. kekee~ kiranya, kte start main komputer masa darjah 1 la lebih kurang. kakak kakcik x amek port sangat dalam bab2 ni. kte yang suka menyebok kalau ada bende2 baru kat rumah macam ni ala2 the sims, celebrate benda baru and orang 1st yang akan along ajar, ialah kte. masa tukar washing machine baru pun, along panggil kte, ajar semua benda kat kte. aik, kenapa x ajar kakak ? hueheueu~

and kte jugak la yang tukang merosakkan barang2 letrik ni. kalau komputer hang hang ye hang, bukan hang bahasa kedah tu. ni hang tersangkut, jammed. kte tanya along kenapa ni ? bila along tanya, awak buat apa tadi, tekan apa sampai hang ? kte akan cakap xtau~ sambil buat muka innocent gile. ~ along x marah pung. hehehehe ^^

banyak lagi kisah dengan along dan angah =) kalau nak taip semua memang nak terkentut-kentut terberak termuntah-muntah baca. panjang sangat lak.
serious korang, BEST gila ada abang =D

sorry kalau terbuat korang jeles, sesape yg xde abg. heehehe =p

demi Allah, kte SAYANG along+angah selamanya. semoga berpimpin tangan ke JannahNya, aamiin~♥ =]

mungkin 2 je kisah kte, along dan angah =] yang lain x berapa nak ingat sangat. and now, both of them dah kahwin. Alhamdulillah ~ ^.^ jaga anak orang baik2 ooii along angah =D

along+kak erda =))

angah+kak huda =))


klasik kaann =D ada gaya mcm zmn sultan dulu2 x ? ehhehe ^.^

hubungan kami, Alhamdulillah~ insyaAllah, semoga bertambah baik dari saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam, hari ke hari dan seterusnya. Sungguh kte sayangkan mereka demi Allah. semoga berpimpim tangan menuju JannahNYA, insyaAllah, amiinn~ ^.^

"sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yg berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"
[surah al-hujurat ayat 10]

-sekian-

psssttt : oppa bogoshipeo +.+
kte x penah pn bwt mcm 2 kt kamu. knpe kdg2 kamu bertindak begitu ? jgn la pentingkan diri sgt. jgnlah terlalu emosi atau tension atau xde mood sgt smpai lyn org mcm tu. kte bole je thn mood tu~ kte ni semua manusia, ada hati dan perasaan. janganlah terlalu mementingkan emosi sendiri. xpela.. smga kita semua sentiasa didalam lindungan Allah, insyaAllah, amiinn ~~