please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Wednesday, August 14, 2013

rembulan yang suram

Assalamualaikum wbt =]
bulan6'13

Alhamdulillah dah masuk 7 syawal~ banyak benda dalam sebulan dua ni jadi and semuanya berlaku dengan sangat pantas sampai taktau nak react macam mana. dapat sekali roh ni terbang tengok orang-orang yang kita sayang and round satu dunia kan best *berharap* . tapi itu takkan terjadi. kalau jadi pun, itu bermakna dah ajal, dan mungkin dah takde kat sini.. cuma satu, berharap pengakhiran yang baik, husnul khotimah, inshaAllah, aamiin~ =')

cuma ada satu pengakuan yang kte betul-betul ikhlas nak bagitau, terutama dekat orang yang rapat dan tersangat rapat selain family, (even dah anggap macam family sendiri). even banyak benda yang berlaku, buat kalian terasa hati, merajuk, menjauhkan diri dan sebagainya, seriously kte minta maaf sangat-sangat. kadang-kadang benda tu tak disengajakan. mungkin juga salah faham, dan ya, memang salah faham. salah faham yang membuat orang terasa tapi ia akan berbalik kat kte balik. 

semua yang ditweet, diretweet, difavourite, ditaip, ditulis dan dipost, semua untuk diri kte sendiri, tak terlintas sesiapa langsung pun masa tu. itu semua kata-kata motivasi atau perangsang and words yang kte memang suka and benda tu ada juga relate dengan diri sendiri. kte takde niat langsung nak cakap itu kalian. kalau terasa itu hati kalian. tapi ingatlah, memang niat kte untuk diri sendiri and bukan ditujukan kat sesiapa. kalau sampai dah parah macam ni, memang dah tak boleh buat apa. and kalau kte terasa hati dengan kalian pun, takde la sampai perlu dimention atau disakiti hati orang lain itu, even dengan tulisan. memang kalian mahu kte pergi agaknya dan memang kalian mahu menjauhkan diri dan membuang diriku terus. takpe, tunggu masanya, yang penting, tolong doakan yang terbaik untuk diri ini =') 

'orang yang sukar menerima teguran adalah orang yang keras hatinya'
(janganlah kita tergolong dalam kalangan ini)

apa pun, kte yang hina, manusia yang penuh dosa, serendah hati memohon maaf dengan semaaf-maafnya~ serious, kalian sentiasa ada dalam hati kte. dan percayalah, especially kat twitter tu semua ayat yang kte suka and ada relate dengan ktejadi kalian tolonglah jangan ingat kte tujukan kepada kalian...

terpulang kalian mahu react macam mana dengan post ni. nak terasa itu diri kalian atau bukan dan sebagainya. yang penting kte betul-betul minta maaf~ semua benda ni akan dipertanggungjawabkan nanti, jadi mohon belas ihsan kalian untuk memaafkan diriku..

'Ya Allah, forgive me for all of my sins and help me always turn to You seeking forgiveness and Mercy until I die...'

semoga kita semua mendapat buku amal ditangan kanan, ketika dihari perhitungan, aamiin~ 


-sekian-

psstt: sekarang kte dah tau kenapa bulan kat langit suram sangat hari ni. awan sangat tebal. sampai hati awan tutup sinaran bulan ='(

pssstttya Rasulullah, truly i miss you.. ='(    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنا  مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنا مُحَمَّدٍ

Wednesday, July 10, 2013

Alhamdulillah, the month of blessing is coming =))

assalamualaikum wbt =]
























dan sebelum tidur, mari muhasabah diri =))



semoga ini dapat menjadi saham buatku dan mereka~^^
semoga segala amalan kita diterima diredhai dan diberkati Allah, insyaAllah, aamiin~ =]

credit to facebook's group and sedikit google-ing


-sekian- 

Sunday, April 28, 2013

#2

Assalamualaikum wbt =]

dudu lagi rajin dari tuan dia. hurmm


Alhamdulillah dah penghujung april. so, tinggal lagi 2bulan semester 3 akan berakhir. and hari ni berakhir jugaklah mid sem break yang seriusly macam dah final sem break. cuti mid sem serupa cuti final sem tahu. bahagia betul berreehhaaattt memanjang kat rumah. esaimen berlambak baru siap satu je. haiahhh~ *sigh


due date submit report finance tadi before 11:59. semalamnya dengan bahagia kte dah submit group report tu kat turnitin web famous lecturer untuk cek plagiarism for student and memudahkan kerja marking paper diorang. kte orang last yang dipertanggungjawabkan untuk cek and submit report. lepas tu tadi kawan kte i.m instant messaging (bagi siapa yg taktahu) kata dia punya originality 11%. kte pun terkejut lah. ehh, mcm mana nak tau. sebab before submit tu, merata kte cek originality assignment kat webweb lain. dapat la dua tiga tempat, and kte dah betulkan report tu, so takde plagiat lah. then tadi bukak balik turnitin dapat tahu kitorang punya report 15% for plagiarism *terkejut !* menggelabah terus betulkan mana yang sama tu. padahal masa tu dah 11:45. memanglah macam sempat kan. bila dah siap nak submit, tekantekan banyak kali resubmit tak boleh dah. sebab dah due. maann~! *sedih~*sobsobs lap hingus so, macam tu je lah. hopefully madam accept and tak kata tu meniru. sebab banyak citation kitorang letak, tapi web tu still kata tu plagiat. ntahpapa. macam lah orang tak belajar nak cite work orang lain macam mana. geram betul hahaha dengan web pun nak gaduh. kekeke~^^ 


ni kerja kitorang time bosan dalam kelas law, sem2. dua ayat fav Sir Zul =)) tengok banyakkan example dia kasi. ohohoo

cakap pasal citation, dulu time pre-law kitorang ada satu subject khas untuk citation-reference ni. mulamula memang macam bosan belajar, lamala, alhamdulillah. bila seminggu nak final untuk subjek tu, belajar menghafal citation je. yelahh, kan ada dua style MLA dgn APA yang berbagai jenis turutan. paling tak suka bila kena cite yang ada edition dengan double yg orang kata dari sumber berlainan. lepas tu lain sources lain susunan dia. kalau buku lain, journal lain, web punya pun lain, newspaper lain. ada yang kena italic lah kena letak " " . konfiyyuss lah. MLA lagilahh leceh, nak kena ingat tunggang terbalik nama lagi, kalau orang tu chinese, indian, tak pun omputih lain, semua lainlain. salah satu takde, semua salah. even satu dot tak letak. hilang langsung markah. haihh~ 

aku yang tak punya papa/AYTPP--basic singkatan untuk APA; author, year, title, place publisher. aku tak pergi dewan makan--basic singkatan MLA; author, title, place, date, medium. tapi tu belum masuk untuk sumbat tambahan macam edition dengan page number kat antara celahan tu. 

tetiba cerita pasal ni pulak kan. hahahah~^^"

tapi serius seminggu before final untuk subject library tu memang terbaiklah hasilnya. bila masuk je hall exam, laju bwt reference tu. wahhahaa~ and bila kat sini, baru tahu ada software untuk reference. HAHAHAHA boo loser. kekeke~^^ punyalah macam nak mati dulu buat benda alah tu manually. lagilagi time kena buat thesis for legal writing masa final sem prelaw, guna MLA style. mahu berbelit fikir, buat manually. rupanya ada kat computer benda alah tu. terbaiklah budak law ! kekeke~^^

rindu Madam Maznah, rindu subject tu and rindu kawankawan prelaw =')

pintu bilik kolej time prelaw. tengok tarikh kat bawah tuu =)
*tak ingat dah pernah letak gamba ni ke belum kat postpost lepas*


classmate PL123F yang supercool =D

ohh yaa, cuti ni banyak spent time together gether dengan Fateh. cewwaahh~ hahaa. tiap pagi ummi akan bawak dia masuk bilik and kacau tante ni haa. aigoo ummi ++" dah tu, memang kena layanlah kan si kecik ni. dia mana boleh duduk diam. budak sekarang kan agresif *bajet* macam tua sangat dah.  nak bagi diam satu cara je. pasang vid atau lagu depan dia. hahh, terus diam nonton. tapi, dah diamdiam macam tu, mana boleh biar je. still kena duduk dengan dia. kalau tak, memang jahanam barangbarang sekeliling dia. takpun laptop ni haa dia kerjakan. ketukketuk sanasini. fuhh~ 

ni antara lagu and vid fav dia 

abaikan intro tu. start kat [0:37]  

arabian sinbad-fav channel for kids =))

fav dia bila time huruf 'nun' ostrich tu keluar. huruf tu keluar je dia terus buat bunyi, padahal belum pun ostrich tu keluar. alhamdulillah, clever boy lah ! =D

banyak lagi lagu fav dia. lagilagi twinkle-twinkle little star, tu fav semua budak kann. tapi ni antara fav dia. sebab bila time vid ni keluar, dia ikut nyanyi sekali siap joget, goyanggoyang lagi. sama je macam abang hariz dia. kkihkihkih~^^ comel betul. pandai nyanyi~~

sekian sahaja, wassalam =]

'If you desire Allah (SWT) to be persistent in granting you the thing you love, be persistent in doing the things He (SWT) loves.' 
-Imam Ahmad Ibn Hanbal


psstt: akan datang kisah dua kanak kanak comel itu, insyaAllah
psssttt: malasnyaaa nak siapkan semua kerja ! fuhh

Monday, April 22, 2013

hadiah birthday paling best

Assalamualaikum wbt =]

sekadar hiasan. suami orang dah . mabruk ya akhi^^ ohohh

erhmm erhmm erhhmm *betulkan suara* lama dah tak update blog. sampai taktau nak start macam mana. hehh

merujuk kepada title post kat atas merujuk bagai ++" alhamdulillah, genaplah umur kte 21tahun pada 20 april 2013. kitorang celebrate lambat sehari, sebab abah kat kampung tengok tokbak. tokbak tak sihat *sobs~ ya Allah, semoga tokbak sentiasa didalam lindunganMU, kurniakanlah kesihatan yang terbaik buatnya agar dapat sentiasa beribadah kepadaMU, aamiin~  

berbalik kepada tajuk tadi. disebabkan celebrate lewat sehari, jadi hadiah pun lewat sehari lah kan. so, before ahad (21april, kitorang, family celebrate) 20hb tu dapat hadiah special yang tak disangka. apekah ? jengjengjeng~~ 

dapat hadiah best. mimpikan someone. ohhooii~! hahahaa^^ disebabkan rasa ni macam salah satu kenangan, so kte abadikanlah dalam ni. cewwaahh~
macam ni ceritanya..

fateh suka main pusing2 atas tu =) 

mulamula scene; tetiba kte ada kat dalam kedai tingkat berapa ntah. luar tingkap kedai kat seberang ada lagi deretan kedai. hujung deretan kedai ada satu kedai yang ads dia plus gamba dia besaaarrrr gilo hampir penuh satu bangunan kedai, tulis 'ABCD nama dirahsiakan photographer'. cermin kedai tu macam lutsinar so boleh tembus tengok dalam kedai. dalam kedai tu tampal/gantung banyak gile gambargambar yang dia captured la kononnya luar cerita 'dia' tu bukan photographer. sebab terkejut tengok dengan bataknya plus super eksaited gaya eksaited macam jumpa sujus oppaass kte jeritjerit bagitau diorang yang dalam kedai. tak silap dalam tu ada sekali classmate yang rapat, jiqaskun and kakcik kalau tak silap. 

lepas tu kte ajak kawan kte, teman pergi kedai seberang nak tengok. bila dah sampai kedai dia, scene tu jadi SK17 sek ren kte dulu. kiranya deretan kelas tu dah bertukar jadi kedai. depan kedai dia ada swimming pool. and deretan kedai tu ala ala hotel. cantik ! =D 
lepas tu apalagi, jadi stalker lah kte, ehh bukan. spy. wehhuehuee~~ setelah beberapa hari men-spy orang, tetiba satu hari tu, tengah menspy, ada orang macam bagitau dia yang ada someone stalk dia. sebab sambil diorang cakap, sambil tengok tempat kte nyorok. lepas tu dia masuk dalam kedai jap and then terus keluar dari area kedai. kte pun ikut lah dari jauh spy kaann. kekeke^^ lepas tu tetib dia hilang ! jengjengjeng *cuak jap* kte pun menggelabah la cari tempat menyorok takut dia jumpa. masa cari tempat nak menyorok, jumpa dia balik. dia on the way nak keluar dari sekolah tu. 

sambilsambil perhatikan dia, kte menyorok nak seludup keluar dari area sekolah/kedai tu. baru je nak keluar kawasan pagar, tetiba terserempak dengan ada kawan ni merangkap pekerja si ABCD. lalu terjadilah perbualan ringkas antara kami.

 kawan dia : ehh, awak buat apa kat sini ?
kte : nak pergi jogging.
kawan dia : jogg sorangsorang je ke ? pergi la jogg dengan ABCD. tu dia ada kat padang *sambil menunjuk ke arah padang*
kte : haa, bia betul ?! tetiba je nak jogg dengan dia. ntah dia kenal kte ntah tidak.

hyuk oppas yang dirindui. *menggediks* ahahhaa

lepas tu dia terus panggil si ABCD yang kat padang. kte pun apalagi, zasss~! cabut lah. lari laju giloss. malu ohh !
fuhh~ penat lari. ingat dah selamat. sekali ABCD kejar ohh. cuak gila kte. rasa macam lari dari pembunuh upahan tahu. sebab dia dah tau yg kte spy dia *bajet* 

lagi cuak dia panggil kawan dia suruh kejar kte sekali. kena kepung !
tengah-tengah lari tu terjumpa satu lorong hujung ada rumah. kte pun lari nak masuk dalam lorong tu, nak nyorok dalam rumah. 

belum sempat nak masuk lorong tu, tetiba dia depan kte. eh ! OHH NOO~! *suspens* seperti berjaya ditangkap pembunuh upahan. lepas tu dia tanya, ''awak ni siapa ?'' kte bagi nama lain. kte tutup muka dengan sweater hoodie. tarik hoodie sampai tutup mata, so dia macam tak cam sangat. lepas tu dia tarik kte suruh ikut dia. nak lari tak boleh. so ikut je lah. *ohh, pesalah dah ditangkap untuk dikenakan hukuman. sobs~ 
tengahtengah ikut dia, boleh pulak kawan kte ni jeritjerit nama panggil kte. sebab tadi kan kte dengan dia, lepas tu hilang, lari nak selamatkan diri. tu yang bila jumpa dia pergi jerit panggil nama kte. ceihh kantoilah. tapi, si ABCD jalan je buatbuat macam tak dengar.


tetiba scene bertukar kat pelabuhan. macam pelabuhan Venice (ehh ada ke ? ^^'). ada cruise. wohhooo cantiknyaa^.^ ingat dia nak ajak naik cruise. rupanya dia jemput kte dengan kawankawan kte naik bots jejalans. bot tu agak besar la jugak bot tu dia mcm criuse versi kecik-mini cruise. dalam bot tu diorang pun beboraks la. kte beborak dengan kawankawan kte je. 

kan kte tutup muka dengan hoodie. sekali dia datang dekat kte terselak sikit hoodie plus kawan kte panggil nama. swoosshhh~~ depan muka dia and duadua macam tergamam. kantoi sudah. 

-the end-

lepas tu tak ingat apalagi yg berlaku. macam ada sambungan je. heheheheww~^^

begitulah kisah mimpi tersebut. sahsah lah mainan tidur kan. tapi ia tetap terjadi dengan izin dariNYA =] Alhamdulillah =)) and thanks untuk semua yang wish. 


bersama dengan family adalah perkara yang palingpaling dan paaaaliing membahagiakan. alhamdulillah~ thank you Allah for everything.. everything. semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki dengan rezeki yg melimpah ruah dan semoga kita semua sentiasa didalam lindungan, rahmat serta redha Allah, insyaAllah, aamiin~^^ wassalam

psstt: ABCD tu adalah heeheheheeh rahsia. yang pasti dia tinggi macam lee joon dan siwon oppas. kitorang banyak suka benda yg sama. petanda jodoh ke ? heheheww * ohh stop being gedik lah. hahaha. and dia taktahulah tahu atau tidak kewujudanku. kalau tahu pun, ingat ke tak. hohohh

psssttt: gamba tak masukkan lagi. insyaAllah, rajin kte masukkan kat post yg sama ni maybe

Wednesday, March 6, 2013

mengata dulang paku serpih

Assalamualaikum wbt
credit to google

tersebutlah suatu kisah di sebuah kota yang aman damai. kota ini terdapat banyak jajahan daerah didalamnya. jajahan-jajahan tersebut diperintah pula oleh penguasa, dan penguasa-penguasa ini perlulah report segala hal kepada sang raja. 

di satu daerah jajahan, terdapat seorang penguasa yang sangat prihatin dan penyayang malah berjiwa rakyat. sepanjang pemerintahannya, sistem pemerintahan semakin baik, malah banyak program-program keagamaan dijalankan di daerah tersebut. sebelumnya, negara ini diperintah oleh seorang penguasa yang gilakan kuasa dan sangat sukakan hiburan melampau. nasib rakyat tidak terbela dibawah pemerintahannya. kononnya banyak bakti dan usaha telah dilakukan untuk membela nasib rakyat. seegala kebaikan pasti akan dijaja dan ditampal disetiap daerah untuk menunjukkan betapa prihatinnya si penguasa zalim. tetapi sebenarnya hanya untuk menutup mulut sesebuah pihak, malah rasuah semakin berleluasa. oleh kerana tidak tertahankan lagi, rakyat mula memberontak dan menjatuhkan penguasa tersebut. lalu melantik yang lebih layak, dan memberi peluang kepada penguasa yang menegakkan agamaNya untuk memerintah daerah tersebut. 

sebenarnya, si penguasa zalim itu mempunyai banyak daerah jajahan yang sang raja berikan kepadanya. hanya satu daerah itu sahaja yang rakyat tidak tertahankan lagi dengan sikap si penguasa. ini kerana daerah tersebut merupakan pusat perdagangan dan keilmuan. oleh itu, rakyat didaerah tersebut lebih terbuka minda dan celik dengan sikap si penguasa zalim yang bermuka dua.

si penguasa zalim yang digulingkan mengadu kepada sang raja. memandangkan si penguasa zalim adalah anak emasnya; kerana si penguasa zalim kononya sangatlah berjasa besar kepada negara, lebih-lebih lagi dia merupakan keturunan penguasa. hakikatnya, Raja tidak pernah turun padang dan menyaksikan sendiri bagaimana daerah-daerah bawah pimpinan si penguasa zalim. Raja hanya membaca dan mendengar laporan yang diberikan oleh penguasa zalim kepadanya.
lalu, Raja mengadakan pertemuan tergempar antara semua penguasa dan pembesar-pembesar lainnya.

keesokan paginya, pertemuan tergempar berlangsung. Raja memerhatikan seorang demi seorang yang hadir. lalu bertitahlah baginda dan meminta pendapat dari setiap orang yang hadir mengenai daerah yang melantik penguasa baru. baginda meminta pendapat dari setiap pembesar bahawa perlu atau tidak mengekalkan kuasa. sedang-sedang mereka berbincang, tibatiba muncul seseorang yang bijaksana. berkatalah ia,

"wahai Tuanku yang adil lagi bijaksana, patik mempunyai satu cadangan dan pendapat yang berbeza. pada pandangan patik, memandangkan rakyat yang memilih pemimpin tersebut, apa kata kita biarkan untuk seketika dan melihat sehingga mungkin rakyat tidak sukakan pemerintahan tersebut. sedarkah Tuanku, kerana rakyat sendiri yang memilih pemimpin mereka. lagi pula, pembesar dahulu yang mengadu kepada Tuanku itu mempunyai daerah jajahan yang sangat banyak namun dia tidak menjaga kebajikan rakyat jajahannya dengan baik. malah sibuk menjatuhkan pembesar yang baru. maaf Tuanku itu pendapat patik. andai patik terkasar bahasa, mohon diampunkan.."

siapakah orang tersebut ? kata-katanya sahaja mencengangkan para hadirin yang hadir. malah raja sendiri tersedar dari lamunannya. 

"siapakah kamu wahai anak muda ? Beta melihatmu mempunya karisma tersendiri. baik, Beta akan memberi masa kepada pembesar baru tersebut sehingga suatu saat rakyat tidak memerlukannya lagi"

"patik hanyalah seorang hamba-NYA..."


kesimpulannya, ramai antara kita yang tidak sedar akan kesalahan yang dilakukan, tanggungjawab yang diamanahkan terabai, tetapi sibuk hendak menjatuhkan orang lain. hati busuk penuh prasangka.  ayuh bangkit ! berubahlah ! sedarlah dirimu siapa disisi Rabbmu...

psstt: sudah cukup penat dengan keadaan manusia yang masih gilakan dunia dan busuk hati, dengki mendengki namun hendak berubah jauh sekali. moga Allah bukakan pintu hati kita semua dan bawa kita menuju dia, cintaNYA hanya DIA, aamiin~ =')

Thursday, January 17, 2013

#SweetCoupleOfTheYear

Assalamualaikum wbt =]

mereka sangat sweet. ohhoooii~


soalan dia bestbest je. sweet sangatlah ! =D may Allah bless u and ur family =)


psstt: semoga my future family (husband kte, ehh ?! ahahaha) pun macam ni, aamiinn~ *blushing* heheheheeheww
psssttt: last paper for final, account jumaat ni. please pray for us, insyaAllah =]