please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Sunday, October 9, 2016

apabila segalanya dirasakan biasa

apabila hormat pada guru tiada lagi.
apabila taat pada guru seakan hilang seri.
apabila diri diangkat menjulang tinggi.
melepasi segala rasa dalam diri. 
fitrahnya diketepi.
nafsu dituruti.
nasihat hilang sepi.
seakan berlalu pergi.
merajuk guru pergi membawa diri.

tidak ! ia tidak akan semudah itu.
rajuknya guru sukar sekali.
berkali kali apinya dipadam embun pagi.
kerana mendidik itu sukar sekali.
namun harus dilakukan berkali kali.
anak didik masih melakukannya lagi.
walau dipesan berkali kali.
jaga adabmu sekuat diri.
patuhinya setulus hati.
dibiarkannya jangan sekali.
dilanggarnya apatah lagi.

namun,
adakah mereka faham ?
faham dengan kefahaman yang nyata ?
diamalkan apa yang terpahat di jiwa ?

atau sekadar dihujung telinga.
sekali dipesan berkali lupa.
diulangnya kesalahan yang sama.
seakan tidak pernah diajar adab dan tertibnya.

jika demikian,
apa tujuan mereka belajar ?
sekadar ilmu dunia.
untuk menjadi hebat di dunia katanya.
untuk kuat pabila bertentang musuhnya.

bukankah ilmu dunia itu wajib diamalkan agar menjadi ilmu akhirat ?
apa mereka lupa ilmu dunia tidak kemana ?
tidak boleh dibawa sama.
masuk ke lahad berselirat.

ARN. 9oktober2o16. o43oam.

Seolah tiada pernah dipesan

Puisi untuk anak didik dalam persilatan.
Moga kalian tidak mengulangi perkara yang sama.
Jadilah orang yang berADAB dengan gurunya. 
Pelajari adab berguru.


apa rasa diri hebat
tanpa perlu diberitahu.
apa rasa diri hebat
tanpa perlu pantauan guru.
apa rasa diri hebat
tanpa perlu izin guru.
apa rasa diri hebat,
segalanya dilakukan sendiri,
lalu dilanggar semua tertib adab dan adat.

sekali diberitahu, 
kalian buat lagi.
dua kali dipesan,
kalian ulangi lagi.
tiga kali berpesan pesan,
kalian ulangi seolah tiada pernah dipesan sebelum ini.

dilakukan segalanya mengikut kehendak hati.
tiada rasa malu dalam diri.
rasa bersalah apatah lagi.

masih,
hidup dalam keadaan yang sama.
dipesan pesan namun tiada berubahnya.
berpesan pesan jauh sekali hendaknya.

maka sukarlah diri untuk mematuhi perkara asas. 
kerana dalam diri tiada pernah diamalkannya..

ARN. 9oktober2o16. o414am

Tuesday, July 12, 2016

Sang Kiai

Assalamu'alaikum warahmatullah

Zohor tadi tiba-tiba abah panggil and ajak tengok TV. apalagi cepat-cepatlah tengok dalam kemalasan. kehkeh~ 

Tajuk cerita Sang Kiai dekat Astro Oasis (channel 106) tadi. Kisah sejarah pada zaman pendudukan Jepun dan Belanda dalam tahun 1945-1949 (kalau tak silap). Tokoh utama Sang Kiai itulah Kiai Hasyim Asy'ari. Cerita pasal pemikiran Kiai Hasyim yang tak terjangkau dek akal kita manusia biasa. Beliau merupakan ketua pesantren dan mengikut maslahah mengarahkan anak-anak muridnya agar melibatkan diri untuk  training jadi tentera jepun dengan nama Askar Hisbullah. Orang yang tidak faham dan hanya melihat pada luaran pasti menyangka Sang Kiai itu bersubahat dengan Jepun pada ketika itu. Sedangkan ia adalah untuk maslahah, untuk kepentingan secara umum. Bayangkanlah pada waktu itu semua pesantren diasak habis-habisan. Teruk mereka dikerjakan oleh Jepun. Apalagi jalan yang Sang Kiai boleh lakukan untuk menyelamatkan pesantren-pesantren pada ketika itu? Pastilah sepertinya menghantar semua anak-anak muridnya, melibatkan diri melatih untuk jadi tentera, untuk kononnya menjadi askar jepun. Dan pada ketika itu Jepun bersetuju kerana kononnya Sang Kiai mahu join venture, seolah menyokong dan bersubahat dengan Jepun.

Hakikatnya tidak ! tidak sama sekali. Kemahiran menggunakan senjata dan menjadi tentera adalah suatu bentuk ilmu yang sukar hendak kita dapatkan. Jadinya, apabila anak-anak pesantren semuanya telah mahir menggunakan senjata dan punyai skill, kemahiran tentera, mereka semua berjuang menentang Jepun dan Belanda untuk kemerdekaan ! Hebat bukan pemikiran Sang Kiai. Bayangkan jika pada ketika itu semua menentang Sang Kiai kononnya tidak mahu bersubahat dengan jepun, apa yang akan terjadi ? Pastilah pesantren akan terus diasak malah makin melarat, sudah tentu kemerdekaan jauh sekali hendak dicapai. Allahu Akhbar !

kredit gambar : Google

'Ulama itu wajib kita taati, biarpun pemikiran mereka tidak akan mampu untuk kita fahami. Kerana amalan mereka masha Allah hebat sekali. kita memang tidak akan mampu dengan amalan kita yang sekarang ini. Allahu.. 

Begitu juga dengan apa yang berlaku sekarang. Apabila seseorang 'Ulama itu menyatakan pendapatnya, kita terus ahh ! cakap banyak. padahal kemampuan ilmu dan amalan kita setakat mana ? baru tahu hadith sikit dah membid'ahkan orang lain. baru tahu hukum sikit dah taknak ikut mazhab yang besar. baru tahu tafsir qur'an sikit terus terjemahkan Al Qur'an ikut logik akal. patutkah kita bersikap demikian ? sedangkan 'Ulama dulu bukan sekadar mengaji Qur'an Hadith, malah lebih dari itu. mereka pakar Nahu, pakar Sorof, pakar bahasa, pakar perubatan, pakar sains. Sekurang-kurangnya 12 ilmu wajib mereka ada. Sekurang-kurangnya 12. Bukan maximum. Qur'an Hadith itu ilmu biasa yakni wajib bagi mereka. Kita ni.. tidak usahlah sombong dengan ilmu setitik yang kita miliki.. Allahu..

Sudah sampai masanya kita para pendekar, para pelajar silat wajib juga belajar memegang senjata api. Ilmu tempur itu sudah pastilah ada dalam pembelajaran silat, namun ilmu berperang kita masih belum mahir. Makanya, sudah masanya kita mewajibkan para pelajar silat semuanya mengikuti latihan ketenteraan. Biar mahir selok belok peperangan, selain dari mahir bersilat. in sha Allah.. 

-Sekian-

Friday, June 3, 2016

Ikhlas...

Assalamu'alaikum warahmatullah

ikhlas itu adalah melakukan sesuatu tanpa mempersoalkanNYA.
ikhlas itu, kami dengar dan kami taat.
ikhlas itu terima, sabar dan redha dengan apa yg DIA tetapkan.
ikhlas itu prasangka baik kepadaNYA.
ikhlas itu menerima, bukan memaksa juga bukan terpaksa.
ikhlas itu bergantung sepenuh pengharapan padaNYA.
ikhlas itu SYARATnya AMAL.
ikhlas itu ibarat semut hitam yg berjalan diatas batu hitam.
ikhlas itu adalah perjalanan kita menujuNYA.
ikhlas itu teramat mulia. kerana itu sukar melaksanakannya.

bila ikhlas, hati lapang
semua perkara jadi mudah.
dari ikhlas diterima amal.
dari ikhlas akan timbul syukur.
dari ikhlas akan timbul ketenangan.
dari ikhlas akan timbul kelapangan.
dari ikhlas akan timbul kemudahan.
dari ikhlas akan timbul kecukupan
dari ikhlas akan datang rezeki dariNYA yang tidak dijangka,
dan dari ikhlas, redhaNYA yang kita mahukan..
sungguh, DIA benar. tugas kita cuma yakin dan percaya. 
in sha Allah..

-ARN. 3Jun2o16. o75oam-


Ahlan ya Ramadhan🌙🌙🌙

Tuesday, May 24, 2016

ukhuwwah dalam persilatan

Assalamu'alaikum warahmatullah,


secebis nukilan ilham dariNYA, dalam persilatan bermulanya ia, kerana cinta demiNYA, bertemu berpisah dengan izinNYA. Allahu Robbi =]


bila persaudaraan tidak dijaga,
yang ringan beratlah ia,
yang mudah susahlah ia,
yang lapang sempitlah ia,
yang gembira sedihlah ia,
habis musnah isi dijaga.

bersatunya kita terbit kekuatan,
kuatnya diri dengan adab.
kuatnya akal dengan ilmu.
kuatnya jiwa dengan Iman.
kuatnya roh dengan cinta.
kuatnya Islam dengan persaudaraan.

kerana, ukhuwwah itu yang utama.
silaturrahim wajib dijaga.
tanda persaudaraan kita,
tanda keimanan kita,
tanda ketaqwaan kita,
seikhlas sehati sejiwa.
bila susah, setia bersama,
bergabung mengharungi ia,
jadi senang jua gembira,
senyum lebar tidak terkata,
hati riang lapang terasa,
terbit cinta didalam jiwa,
rasa indah keranaNYA.

SILATurrahim👑

-ARN. o537am. 24Mei2o16-

Sunday, May 22, 2016

Nukilan Rasa dalam Persilatan

 Assalamu'alaikum warahmatullah


sekarang kita tukar pada kehidupan kita sebagai seorang PELAJAR, PESILAT dan seorang MUSLIM.


🔹kita tahu kita hendak belajar silat, tapi kita tidak tahu apa peraturan dan adab didalam gelanggang.

🔹kita tahu semua cikgu duduk jauh, tapi bila datang kita tidak bersedia.

🔹kita tahu kita duduk asrama, jalan sikit dah sampai, tapi kita tidak sanggup tinggalkan asrama demi sedikit ilmu.

🔹kita tahu setiap pagi di sekolah wajib berikrar, tapi ikrar silat kita pertikaikan?

🔹kita tahu ADAT itu PERATURAN, peraturan itu 'URF (العرف). tapi kita lupa, adat itu dibenarkan selagi tidak melanggar syarak. 

🔹kita tahu silat dilatih seperti orang berpuasa, tetapi bila kepenatan, kita hilang pertimbangan.

🔹kita tahu adab bersilat berpakaian lengkap, tapi T-shirt juga yang kita gemarkan. (kenapa kenapa KENAPA ?!!)

🔹kita tahu permulaan latihan membuka gelanggang, tapi kita tidak tahu apa yang kita doakan.

🔹kita tahu bunga tanjung ada kelebihannya, tapi kita tidak tahu apa kegunaannya. 

🔹kita tahu silat lesennya kuda-kuda, tapi kita semua berdiri TANPA kuda-kudanya.

🔹kita tahu asas gerakan, tapi kita tidak mantapkannya.

🔹kita tahu asas elakkan kena mengelak, tapi bila diserang kita tidak mengelak.

🔹kita tahu kombat tu serangan maut, tapi kita sering ter"maut" sebelum berjuang.

🔹kita tahu kita akan belajar seni kunci, tapi kita tiada persiapan diri. 

🔹kita tahu dalam kunci ada seni bukanya, tapi kita sering terkunci sebelum membukanya.

🔹kita tahu buah pentas sering dijadikan buah pertandingan, tapi kita tidak melatihnya.

🔹kita tahu kita hendak masuk pertandingan, cikgu kita harapkan, tapi kita sendiri tidak berusaha berlatihnya. 

🔹kita tahu senior ada buah, tapi kita tidak minta kepada mereka.

🔹kita tahu junior nak masuk bertanding, tapi kita tidak mengajarkannya.

🔹kita tahu cikgu datang tidak berkira, tapi kita masih di takuk yang lama.

🔹kita ingin menjadi juara, tetapi kita seperti katak di bawah gelas, nampak sekeliling tanpa mahu keluar dari kebiasaan. 

🔹kita suka hendak bertanding, tapi kita tidak mengambil tahu peraturan, adab dan pakaian pertandingan.

🔹kita tahu kita Orang Melayu, tapi kita segan mengamalkan budaya Melayu.

🔹kita tahu adab orang bercakap kita mendengar, tetapi kita bercakap masa orang sedang bercakap.

🔹kita tahu duduk bersila adab Melayu, para al-Habib juga begitu, tetapi cara duduk bukan Melayu juga kita agungkan.

🔹kita tahu masuk rumah/gelanggang memberi salam, tetapi kita masuk seperti pencuri yang ketakutan.

🔹kita tahu seorang Muslim itu setiap perbuatannya bersungguh, tapi kita tidak tunjukkan kesungguhan kita bila bersilat. 

🔹kita tahu Islam merangkumi cara hidup keseluruhannya, tapi bila bersilat kita sering meremehkannya.

🔹kita ingat Islam hanya pada solat dan ibadah, tapi kita lupa silat juga satu ibadah.

🔹kita ingat adab sekadar adab, sedangkan adab itulah Akhlak. 

🔹kita tahu ungkapan "biar mati anak, jangan mati adat." tapi kita lupa sambungannya "ADAT berSENDIkan SYARAK, syarak berSENDIkan KITABULLAH".

🔹benar, pelajaran itu yang utama, silat itu yang kedua. tapi, asal silat itu silaturrahim, yang lebih utama. 

🔹kita tahu silat itu seni mempertahankan diri Bangsa Melayu, tetapi kita hanya melihat luarannya sahaja. sedangkan silat itu membentuk peribadi, mendisiplinkan diri.

🔹kita ingat kita yang paling banyak kerja, belajar lagi.. tapi kita lupa yang cikgu juga telah korbankan masa belajar, masa bekerja, masa berehat dan masa bersama keluarga demi mengajar anak bangsanya.

🔹kita tahu kita sibuk kita tidak bahagikan masa, kita lupa seorang Muslim itu sememangnya sibuk, tiada rehat didunia melainkan disana.

🔹kita boleh berhabis duit untuk pelajaran lainnya, tapi bila ilmu persilatan kita berkira.

🔹kita ingat ilmu persilatan sekadar pertahanan diri, tapi kita lupa Rasulullah, para sahabat dan 'ulama sekaliannya pejuang, pahlawan, pendekar Islam !

🔹kita tahu pejuang al Imam Mahdi itu ada, kita mahu menjadi sebahagian dari mereka, tapi kita lupa mereka semua pesilat terbilang lagi handalan !


akhir kalam, bersilatlah dari hati, penuh ikhlas dengan Iman. moga Allah redha..


-ARN & NLN. 22mei2o16. 1530pm-

Sunday, May 1, 2016

moga ikhlas pabila meminta tiada diberi

Assalamu'alaikum warahmatullah,
..بسم الله الرحمن الرحيم

bila usaha dinilai tiada
meminta bantuan tiada diberi
bila diminta kita memberi
tanpa berkira setiap masa.

alangkah peliknya manusia,
dia mahu yg bagaimana ?
kita memberi tanpa dipaksa,
bila memohon diminta tiada ?

sukarnya memujuk hati,
namun pergi tidak sekali,
pabila amanah utama sekali,
rajuk habis dipadam sepi.

moga diri ikhlas sekali,
memberi dengan sepenuh hati,
tidak meminta balasan diberi,
hanya memohon dari Ilahi.

-ARN. 1mei2o16. 1925pm-

Thursday, March 24, 2016

Andaian, Persepsi dan Prasangka l

 Assalamu'alaikum wbt.,

hari tu bawa Fateh (anak kakak) KELAHIRAN FATEH pergi lunch. duduk sebelah family ni husband wife and anak lelaki lebih kurang umur Fateh tapi tua lagi maybe umur dia dalam 5-6 years old. anak orang tu duduk sebelah Fateh. anak anak kecil, tau lah kan, main jee memanjang.. Fateh ni sambil makan dia tegur tegur lah abang sebelah tu (sebab abang tu bawa robot mainan) buat muka tak malu macam biasa and main mainan tu sama sama^^". 

"ajaklah anak bermain pada tujuh tahun pertama, disiplinkanlah anak pada tujuh tahun kedua dan bersahabatlah pada anak usia tujuh tahun ketiga".
[Saidina 'Ali bin Abi Talib]

“Perintahkanlah anak-anak kalian untuk mengerjakan shalat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka pada usia sepuluh tahun bila tidak mengerjakan shalat, serta pisahkanlah mereka di tempat tidurnya.”

[Hadith Riwayat Abu Dawud]


bukan tu kisahnya. 'ibrah pada kejadian pada hari itu adalah..

masa tengah main tu, abang tu berdiri atas kerusi, then Fateh yang nampak 
"no, duduklah. saya kan duduk.."
lebih kurang macam ni lah Fateh cakap.
then parents budak tu yang dengar gelak gelak je lah sebab Fateh tegur anak dia, sebab sebelum tu pun diorang dah suruh anak dia duduk.
lepas dia dengar perkataan "saya" (sebab Fateh bahasakan diri dia saya) mak budak tu cakap dengan husband dia
"ehh nama sama dengan...."
padahal Fateh sebut perkataan saya bukan nama seseorang. maknanya mak budak tu salah dengar.

okey isu nya sekarang ni adalah, manusia ni sungguh sesungguhnya suka berprasangka dan membuat andaian sendiri. sedangkan dia boleh je tanya balik kita (as kita duduk sebelah Fateh) untuk minta kepastian betul ke nama dia "saya..?" kalau betul, then barulah buat keputusan yang ianya betul.

nampak remeh kan benda ni. nampak tak, walaupun perkara kecil macam ni pun kita dah membuat andaian sendiri, berprasangka, berpersepsi. kalau betul takpelah, tapi macam mana kalau salah ? kemudian andaian yang salah tu kita sebarkan pula kepada orang lain, lepas tu orang lain sebarkan pula kepada yang lain, bukankah itu satu fitnah andai ia tidak benar ?

PERSEPSI ialah suatu gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan.
-Kamus Dewan (Edisi Empat)-

PERCEPTION: a ​belief or ​opinion, often ​held by many ​people and ​based on how things ​seem.
-sumber: Cambridge Dictionary-

Prasangka adalah berasal dari kata pra = sebelum; sangka = dugaan, pendapat yang didasarkan atas perasaan hati, syak, kesangsian, keraguan.


Prasangka : anggapan dan pendapat yang kurang menyenangkan atau penilaian negatif yang tidak rasional, yang ditujukan pada individu atau suatu kelompok tertentu (yang menjadi objek prasangka), sebelum mengetahui, menyaksikan, menyelidiki objek-objek prasangka tersebut.

Prasangka juga dapat dikatakan sebagai attitude-attitude sosial negatif, yang ditujukan pada individu atau golongan lain dan hal ini mempengaruhi tingkah laku golongan individu yang berprasangka tersebut.
-sumber: Kajian Psikologi-

Andaian atau Assume is to ​accept something to be ​true without ​question or ​proof. 
-sumber: Cambridge Dictionary-


sedangkan mudah je kalau dia terus tanya, dapatkan kepastian, duduk berbincang dan sebagainya dari membuat andaian yang bukan bukan. 
sama juga jika kita dapat sesuatu berita yang kita sendiri tak tahu sahih atau tak, kita terus sebarkan dekat orang. sedangkan adalah lebih baik kita selidik dulu dan cari fakta serta kebenarannya sebelum sebarkan sesuatu itu. dalam kehidupan, terutamanya dalam bersosial. sudahlah susah nak cakap apa yang terbuku di hati, ni nak duduk berbincang pun taknak. sibuklah buat andaian itu ini dan terus buat kesimpulan sendiri. jadi, macam mana hal nak selesai. ibarat lari dari masalah, sampai bila bila pun takkan selesai.
wallahu a'lam.

moga setiap yang terjadi, dari sekecil kecil perkara dapat kita renungkan dan ambil iktibar.. moga kita semua jadi hambaNYA yang selalu bermuhasabah dan bersatu menujuNYA, insha Allah, aamiin..

Saturday, February 27, 2016

lupa

Assalamu'alaikum wbt.,

betapa peliknya manusia itu apabila tahap keImanan dan keyakinan mereka kepada hari akhirat begitu mantap, namun mereka benar benar LUPA pada balasan akhirat yang juga dia akan kena, sebelum dia mengharap orang lain kena.

yakin akan hari akhirat, yakin dengan pembalasan Allah pada mereka yang menzaliminya, yang mengkhianatinya, yang menabur fitnah dan janji, tapi dia lupa dia yang menzalimi manusia lain, dia yang mengkhianati, dia yang memula dan turut menyebar fitnah serta tidak amanah.

dia benar-benar lupa akan dipertanggungjawabkan atas segala yang dia lakukan.

dia benar-benar lupa kerana fitrahnya manusia itu Annas, pelupa.

mahukan syurgaNYA, tapi lupa pada PenciptaNYA.
mahukan SyurgaNYA, tapi tidak beramal seperti penghuni syurgaNYA.
mahukan syurgaNYA tapi silaturrahim tidak dijaga.
mahukan syurgaNYA, namun ingkar pada ibubapa.
mahukan syurgaNYA, tapi tidak mengikuti sunnah RasulNYA.
mahukan syurgaNYA, tapi menolak sahabat kekasihNYA dan para 'ulama.
mahukan syurgaNYA, tapi mengenepikan hukumNYA.
mahukan syurgaNYA, tapi lupa, lupa, lupa bahawa syurga itu mahal hargaNYA.

moga DIA sentiasa memberi hidayahNYA kepada kita semua. moga DIA sentiasa redha dan merahmati kita semua, dan moga kita benar-benar termasuk dalam kalangan para penghuni syurgaNYA, aamiin..

adat, budaya Melayu = Hindu ?

Assalamu'alaikum wbt.,

ada orang post macam ni dekat group whatsapp, dan kita rasa macam perlu benda ni diperbetulkan. dan yaa, dekat group whatsapp dah direply, cuma rasa ia perlu juga dipost di sini. Moga ia benar-benar bermanfaat.


■from whatsapp group■

"Ajaran Islam vs ajaran Melayu

Bab kematian
===========
1. Mendengar berita kematian
-------------------------------
Melayu: Alfatihah
Islam : Innalillahwainnalilahirojiun 

2. Usung jenazah
----------------------------
Melayu:
Baca al fatihah sambil usung jenazah.
Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

Islam : 
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu.
Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

3. Tanam jenazah
-----------------------------
Melayu:
- Jirus air dengan jag yang diikat kain putih
- Tabur bunga
- Tabur batu

Islam : 
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. Kubur jenazah
---------------------------
Melayu:
- Kubur dihias bagai pengantin
- Kubur ada bangunan
- Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
- Ada pakej upah baca Al Quran 
- Batu nisan 2
- Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
- Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
- Perlu beri wang kepada penggali kubur
- Perlu sediakan wang sekurang kurangnya RM 1000 

Islam :
- Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
- Kubur tiada bangunan
- Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
- Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan 
- Batu nisan 1
- Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
- Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah fardhu kifayah bagi umat islam.

5. Kenduri Arwah 
----------------------------
Melayu:
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri  bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan.
Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.
Ritual seperti ini adalah milik agama hindu.

Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.
Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu ( jenazah lelaki )
Allahummafirlaha warhamha waafihi wa'fuanha ( Jenazah wanita )
Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6.Talqin 
-------------
Melayu:
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur.

Dilarang duduk di atas kuburan."


♧Jawapan, Pendapat saya♧
sedikit pembetulan untuk post diatas. post ni panjang, harap dapat ambil masa dan baca kesemuanya, moga bermanfaat.

●"...Mereka memulai dan menutup dzikirnya dengan al-Qur’an, lalu mendoakan kaum Muslimin yang masih hidup maupun yang sudah meninggal. Mereka mengumpulkan antara tasbih, tahmid, tahlil, takbir, hauqalah (laa haula wa laa quwwata illa billaah) dan selawat kepada Nabi ﷺ . Lalu Ibn Taimiyah menjawab: “Berjamaah dalam berdzikir, mendengarkan al-Qur’an dan berdoa adalah amal soleh, termasuk qurbah dan ibadah yang paling utama dalam setiap waktu. Dalam Shahih al-Bukhari, Nabi ﷺ bersabda, "Sesungguhnya Allah memiliki banyak Malaikat yang selalu bepergian di muka bumi. Apabila mereka bertemu dengan sekumpulan orang yang berdzikir kepada Allah, maka mereka memanggil, "Silahkan sampaikan hajat kalian", lanjutan hadith tersebut terdapat redaksi, “Kami menemukan mereka bertasbih dan bertahmid kepada-Mu”… Adapun memelihara rutinitas aurad (bacaan-bacaan wirid) seperti shalat, membaca al Qur'an, berdzikir atau berdoa, setiap pagi dan petang serta pada sebagian waktu malam dan lain-lain, hal ini merupakan tradisi Rasulullah SAW dan hamba-hamba Allah yang soleh, zaman dulu dan sekarang.”
(Majmu’ Fatawa Ibn Taimiyah, juz 22, hal. 520)

Dalam sebuah diskusi di Denpasar Bali, ada seorang Wahhabi berkata: “Bahwa Tradisi selamatan tujuh hari itu mengadopsi dari orang-orang Hindu. Sudah jelas kita tidak boleh meniru-niru orang Hindu.”

Pernyataan orang Wahabi ini tentu saja tidak wajar. Ada perbedaan antara tradisi Hindu dengan Tahlilan. Dalam tradisi Hindu, selama tujuh hari dari kematian, biasanya diadakan ritual selamatan dengan hidangan makanan yang diberikan kepada para pengunjung, disertai dengan acara sabung ayam, permainan judi, minuman keras dan kemungkaran lainnya.
Sedangkan dalam tahlilan, tradisi kemungkaran seperti itu jelas tidak ada. Dalam tradisi Tahlilan, diisi dengan bacaan al-Qur’an, dzikir bersama kepada Allah SWT serta selamatan (sedekah) yang pahalanya dihadiahkan kepada mayat. Jadi, antara kedua tradisi tersebut jelas berbeda.
Sedangkan berkaitan dengan acara tujuh hari yang juga menjadi tradisi Hindu, dalam Islam sendiri, tradisi selamatan tujuh hari telah ada sejak generasi sahabat Nabi ﷺ .

Al-Imam Sufyan, seorang ulama salaf berkata: “Dari Sufyan, bahwa Imam Thawus berkata, “Sesungguhnya orang yang meninggal akan diuji di dalam kubur selama tujuh hari, oleh karena itu mereka (kaum salaf) menganjurkan bersedekah makanan untuk keluarga yang meninggal selama tujuh hari. tersebut.” (HR al-Imam Ahmad dalam al-Zuhd al-Hafizh Abu Nu’aim, dalam Hilyah al-Auliya’ juz 4, hal 11 dan al-Hafizh Ibn Hajar dalam al-Mathalib al-Aliyah, juz5, hal 330)."

selebihnya boleh baca disini:
http://ahlulbaitrasulullah.blogspot.com/2014/03/sunni-vs-wahabi-tradisi-tahlilan-talqin.html?m=1


●"..disunnahkan menyiram kubur dengan air, terutama air dingin sebagaimana pernah dilakukan Rasulullah saw. terhadap pusara anaknya, Ibrahim. Hanya saja hukumnya menjadi makruh apabila menyiraminya menggunakan air mawar dengan alasan menyia-nyiakan (barang berharga). Meski demikian, menurut Imam Subki tidak mengapa kalau memang penyiraman air mawar itu mengharapkan kehadiran malaikat yang menyukai bau wangi.

Hal ini sebenarnya pernah pula dilakukan oleh Rasulullah saw.
أن النبي ( صلى الله عليه وسلم ) رش على قبر ابراهيم ابنه ووضع عليه حصباء ”
“Sesungguhnya Nabi Muhammad saw. menyiram (air) di atas kubur Ibrahim, anaknya, dan meletakkan kerikil diatasnya.”

Begitu juga dengan meletakkan karangan bunga ataupun bunga telaseh yang biasanya diletakkan di atas pusara ketika menjelang lebaran. Hal ini dilakukan dalam rangka Itba’ (mengikuti) sunnah Rasulullah saw. sebagaimana diterangkan dalam hadith:

حَدثَناَ يَحْيَ : حَدَثَناَ أَبُوْ مُعَاوِيَةَ عَنِ الأعمش عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ طاووس عن ابن عباس رضي الله عنهما عَنِ النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ مَرَّ بِقَبْرَيْنِ يُعَذِّباَنِ فَقاَلَ: إِنَّهُمَا لَـيُعَذِّباَنِ وَماَ يُعَذِّباَنِ فِيْ كَبِيْرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لاَ يَسْتَتِرُ مِنَ البَوْلِ وَأَمَّا اْلآخَرُ فَكَانَ يَمْشِيْ باِلنَّمِيْمَةِ . ثُمَّ أَخُذِ جَرِيْدَةً رَطْبَةً فَشْقِهَا بِنَصْفَيْنِ، ثُمَّ غُرِزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةٍ، فَقَالُوْا: ياَ رَسُوْلَ اللهِ لِمَ صَنَعْتَ هٰذَا ؟ فقاَلَ: ( لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَالَمْ يَيْـبِسَا)
Dari Ibnu Umar, ia berkata; Suatu ketika Nabi melewati sebuah kebun di Makkah dan Madinah lalu Nabi mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya. Nabi bersabda kepada para sahabat “Kedua orang (yang ada dalam kubur ini) sedang disiksa. Yang satu disiksa karena tidak memakai penutup ketika kencing, sedang yang lainnya lagi karena sering mengadu domba”. Kemudian Rasulullah menyuruh sahabat untuk mengambil pelepah kurma, kemudian membelahnya menjadi dua bagian dan meletakkannya pada masing-masing kuburan tersebut. Para sahabat lalu bertanya, kenapa engkau melakukan hal ini ya Rasul?. Rasulullah menjawab: Semoga Allah meringankan siksa kedua orang tersebut selama dua pelepah kurma ini belum kering. (HR. Bukhari dari kitab Sahih al-Bukhari, hlm. 1361)

sumber: http://talimulquranalasror.blogspot.my/2013/07/hukum-menyiram-air-dan-bunga-di-kuburan.html?m=1


atau apa-apa berkaitan boleh rujuk terus pada Dr.Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (uzar) selaku pakar fiqh di Malaysia yg juga dapat ijazah ilmiah dari Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi (ketua persatuan 'ulama sedunia) atau pada ustaz, 'ulama yang muktabar, yang ahli dalam bidangnya.

kalau kebanyakan budaya dan adat melayu kita kata hindu, sedangkan semua adat dan budaya tersebut telah diubahsuai, dibuang upacara yg bertentangan dgn syara' kemudian dimasukkan perkara Islam yang TIDAK bertentangan dengan syara', maka kita masih katakan ia adalah hindu ?

sedangkan perayaan terbesar ummat Islam yakni Hari Raya 'Aidilfitri dan Hari Raya 'Aidiladha adalah dari mana asalnya ? lupakah kita ia adalah perayaan terbesar kaum arab jahiliah pada ketika itu ? tapi kenapa Rasulullah masih mengekalkan 2 hari tersebut ? dan Baginda serta para sahabat cuma mengubah cara yg bertentangan dgn syara', lalu dimasukkan elemen-elemen Islam kedalamnya..

dan permasalahan khilaf dan perbezaan pendapat telah wujud sejak dari zaman Rasulullah sehingga zaman Imam Mazhab dan sehingga kini..

kebanyakan orang selalu dengar yang ni,
biar mati anak, jangan mati adat.

tapi orang lupa sambungannya,
"ADAT bersendikan SYARA',
syara' bersendikan KITABULLAH"


moga kita jadi Ummat Islam yang sentiasa mengkaji dan menimba ilmu. sekadar pandangan dan perkongsian. moga bermanfaat. wallahu a'lam~

kembali aktif. jyeeaahh !^^

Assalamu'alaikum wbt

Masha Allah, lama sangat tak update blog atas sedikit masalah dan salah faham yang berlaku. Alhamdulillah, insha Allah selepas selepas ni akan terus istiqomah update info dan segala 'ilmu yang ada akan dikongsi untuk manfaat bersama, insha Allah.

moga DIA sentiasa redha atas setiap yang hambaNYA lakukan, insha Allah, aamiin.. =]