please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Saturday, December 3, 2011

dua makhluk comel *

assalamualaikum wbt =]

amaran: ini adalah entry gila dan perasan. kalau tak suka baca, tolong jangan teruskan, takut muntah berdarah tak henti-henti poyo 



suatu tengah hari yang tak hujan.. ada dua orang makhluk yang sangat comel iaitu si gadis dan si lelaki. si gadis ialah seorang yang agak periang, suka bergurau dan apabila gelak macam nak bergegar satu bangunan, berwajah agak bulat dan agak putih tetapi macam coklat dan kadang-kadang macam hitam je ? memakai speck bingkai hitam tanpa power bajet comel ber-dress mickey mouse kanak-kanak bewarna pink yang dibeli dengan saiz besar supaya die muat pakai, sederhana tinggi tapi macam nak gemuk sebab kurang bersenam, bermata bulat dan bercelak tebal.




manakala si lelaki bermata sepet, berwajah putih, berambut blond seperti nenek tua yang dah nak mati, berkemeja T putih dipakai bersama jaket hitam jeans, berkasut besar macam nak menari dan lagaknya seperti artis cina bukan korea yang poyo-poyo sedikit tetapi raut wajahnya sangat peramah, sekali senyum nampak semua gummy die. 'wahhh~ comeelnyeeeeeeeeeeeeeeeee' itulah yang sering si gadis katakan apabila si lelaki tersenyum.

makhluk comel berdua ini berjalan-jalan membuang masa di satu kompleks beli-belah terkenal yang ada singa besar dan bangunan segitiga besar yang hakikatnya bukan segitiga menjadi simbol kepada kompleks ini.


setiap mata yang memandang mereka pasti terpegun dan terpesona dengan kecomelan mereka berdua. tetapi si gadis dan si lelaki ini sudah sedia maklum. lebih-lebih si gadis yang sangat gembira dapat menjadi teman sehidup semati si lelaki. pandangan mengejek dan bangga akan diberikan kepada semua yang melihat mereka.

'tak sia-sia usaha aku selama ni hari-hari tweet oppa. walaupun die tak reply, tapi aku tau die mesti baca punyelah tweet aku tu. and die akan cari punya siapa budak yang harihari menegur dan memberi kata-kata semangat kat die~' kata si gadis penuh perasan bukan perasaan di dalam hati.

sekalian peminat si lelaki sangat terkejut dan ramai yang ugut hendak membunuh diri apabila tarikh perkahwinan mereka diumumkan dua tahun yang lalu~ angin takde ribut takde, tetiba dah nak kahwin. sedangkan tidak pernah keluar berita tentang ini. ramai yang terkejut biawak dan tergolek anjing apabila mengetahui berita ini.

ketentuan Tuhan tiada siapa tahu dan jodoh sudah ditetapkan tiada siapa dapat menghalang. ugutan demi ugutan diterima oleh si gadis. dengan MACHOnya si lelaki menjadi pelindung seperti JACOB melindungi BELLA dalam twilight dan menjawab semua caci-maki-hamun dari masyarakat. halangan demi halangan ditempuhi bersama. setahun tertangguh perkahwinan mereka. tahun seterusnya, mereka selamat diijabkabulkan, syukur buat mereka~

dua makhluk comel ini masih membuang masa berjalan-jalan, makan-makan, menonton-nonton dan akhirnya mereka pergi bermain ice skating. sekali lagi, dua makhluk comel ini menjadi tumpuan kerana si lelaki tanpa rasa malu berjoget di tengah-tengah ais itu dan mengajak si gadis menari bersamanya. tetapi si gadis ini tersangatlah lembik dan tak reti main ice skating. tibatiba si gadis menarik si lelaki kerana tidak dapat mengimbangi badannya dan keduanya tertarik-tarik sesama sendiri dan meluncur laju ke hadapan lalu KEDEBABOOMM !! melanggar sekumpulan kanak-kanak comel yang sedang berlatih menari untuk pertunjukan sempena sambutan krismas. semua pun jatuh macam nangka busuk.


dua makhluk comel ini meminta maaf kepada semua orang, malangnya salah seorang murid tersebut cedera parah dan hampir nazak. dengan cemasnya mereka menghantar kanak-kanak tersebut ke hospital.

Alhamdulillah, nasib menyebelahi mereka, kanak-kanak tersebut selamat. tetapi dua makhluk comel ini tidak dibenarkan masuk ke kawasan ice skating lagi kerana khuatir akan mencederakan orang lain.
lalu, mereka berdua beredar pulang ke rumah. si lelaki meminta izin dari keluarga si gadis untuk membawanya pulang ke negeri asal si lelaki yang letaknya jauh di timur~ ayah si gadis kurang bersetuju. hidup di sana sukar kerana si gadis tidak mempunyai saudara-mara terdekat di sana, memandangkan si lelaki adalah seorang mualaf, jadi si ayah sangat khuatir akan keselamatan mereka di sana.

si gadis memujuk-mujuk ayahnya dan mengatakan bahawa dia pandai menjaga diri. segala ilmu dan didikan yang ibu dan ayahnya terapkan sedari kecil die ingat dan simpan sehingga sekarang. si gadis turut menenangkan ayahnya dengan berkata simpanan mereka cukup untuk 1o tahun mendatang. mereka akan membeli rumah dan tinggal di kawasan ummat islam di sana. lagipun si lelaki masih berkerjaya dan berpengaruh di sana meskipun sudah berkahwin, kerana peminat telah mula terima dan memberi sokongan kepada pasangan ini.


bersedih-sedihlah keluarga si gadis, melepaskan adik tersayang pergi. tetapi setiap sambutan raya, si gadis dan si lelaki berjanji akan pulang ke rumah dan sambut bersama-sama.

pergilah mereka tinggal di negara si lelaki............

tamat.


HAHAHHAHAHAH !!! ini post paling SELEKEH pernah kte buat. penangan tak dapat pergi konsert moa. CIS ! NAK PERGI TENGOK DIORAAAANNGGGG =S


NAK TENGOK ADIK KTE, AMBER. NAK JUMPA KAKAK KTE, VICTORIA. NAK JUMPA BESTFRIEND KTE, GONG CHAN. DAN JUMPA ADIK TIRI KTE, SUZZY DENGAN MIN. DAN YANG PALING PENTING SEKAAAAALIII NAK JUMPA HUSBAND kte HYUKJAAAEEEE !! arghhhh ! poyo je nak stress stress bagai

hahahhaha. gilosss ^^"

sebenarnya kte memang rancang taknak pergi. sebab ;
1- han takde. die kat indon
2- membazir
3- tau dah konfirm2 dapat tengok dari jauh je, bukan dapat naik atas pentas bergambar sama pun.


sebab utama ialah membazir. pernah pergi sekali, alhamdulillah, cukuplah. tapi untuk 2nd-3rd time, tak. oke, tiket paling murah rm18o and paling mahal rm48o. and kte kalau pergi kte takkan beli yang seat jauh, tak berbaloi. kte akan beli yang kalau boleh duduk depan muka dorang, tiket 48o tu.

cuba fikir baikbaik, 48o kalau sedekah, wahhh, banyak boleh dapat plus pahala 1ox ganda lagi. kalau bayar streamix sebulan 68. kalau 48o boleh bayar berapa bulan ? mau dekat 7bulan punya bil. kalau shopping pun, fuhh~ memang best lah.


memang kte nak sangat pergi. tapi kte tau, kalau pergi pun selain tengok dari jauh and terjerit-jerit nyanyi lagu dorang tak dapat apelagi dah. kalau murah rezeki dapatlah gift yang dorang dok baling tu. kalau tak...... hummpphh tangan kosong. nak bergambar dengan dorang pun tak boleh. nak pergi backstage pun tak boleh. datang macam2 tu je lah. prefer lagi duduk depan tv tengok dorang. tapi memang kalau boleh nak pergi sangat. tapi bila fikir betulbetul, sungguh, pelaburan sia-sia. selain membazir duit, tak dapat ape dah~ adakah ini judi ? kerana merugikan ? fuhh~ nanti kte try tanya ustaz.

lain lah ada press conference ke dapat tiket free ke, baru kte pergi. sebab, press conference tak ramai orang and tentu-tentu dapat tangkap gambar. tiket free tak merugikan diri sendiri~

hurmm~ sadly, i can't go because of this reason. seriously, kte fikir banyak kali +.+

sorry oppa, i can't go to see you ='( next time oke~ but not in concert, in somewhere else like u date secretly with one of your 'blond-france-fans' fuhh~ perlu ke ? kkehkehkeh

hahahhhaha =DD itu sahaja entry gila ini.

-sekian-


hensemnye ya'kob heehehehheehe *gelak gatal

psstt : want someone like Jacob. suka gila kat taylor laurent. die berwajah kemelayuan, bermata sepet, teror karate, black belt tu. and paling penting sekali die bebas alkohol dan dadah. wewwitt~ suka watak die dalam twilight. selalu ada time bella susah and jadi pelindung sejati. wuhhuu iloveyousoomuchlahbeb ! nak wolve macam jake. heheheeheh~~~ 

psssttt: ohh yea, ptg td amek ibu kat stadium KJ and apelagi, kte nampak mereka-mereka itu tengah menyiapkan pentas dan segala bagai. jeles x dapat pergi +.+ ramainya mamat muka cine yang hensem ! hahahhahah !! giles

Friday, December 2, 2011

bebas dan sukahati

assalamualaikum wbt =]

i'm back yoww ~!! =D hahahahhahahh

FREEEEEDOOOOMMMMMMMMMMMM !!!

apehal lak minah ni tetiba je freedom, bebas bagai~ dah habis SPM ke ?
hahahhaha *perasan SPM lagi tu. cehh
takdelah, ni entry sesuka hati dan agak basi sebab dah lama jadi. 'belated' lah kiranya ni. dan takde topik tetap nak tulis. kte sumbat semua dalam ni. muahhaahhaahaha

Pertama sekali ;
2 zulhijjah 1432 bersamaan 29 OCT 2O11
SELAMAT HARI LAHIR TOKMAK ! =D

yang ke 82

mak kepada ibuku =)

semoga segala apa yang tokmak lakukan dinilai sebagai 'ibadah dan semoga tokmak sentiasa didalam redha+rahmat serta dilindungi Allah sentiasa, insyaAllah, amiinn~ *maaf sangat lewat post. tapi dah celebrate awal ^.^ weuuhhuuee~


kiri ibu. tokmak. kanan mak uda. *comelkan gaya ni. saranghae ♥ ngeh3~~

keDua ;

credit: curik dari google

SELAMAT HARI RAYA 'AIDILADHA =D
*memang sangat lewat, tapi takpelah . hhee~

iaitu yang jatuh pada 10 zulhijjah 1432 bersamaan 6nov 2o11

kepada semua yang menjalankan 'ibadah qurban, alhamdulillah~ semoga amalan itu diterima Allah dan semoga binatang yang dikorbankan dapat menjadi saksi di akhirat nanti, insyaAllah, amiinn~

dan yang tidak dapat menjalankan 'ibadah tersebut, tidak mengapa, insyaAllah, ada rezeki di lain hari =)

kemudian apalagi yang terjadi selama 4hari berturut dalam bulan zulhijjah itu ? cepatcepat apediaaa adik-adiikk~~
hhoohohoho, pandai, 11-13 zulhijjah merupakan HARI TASYRIK.

eh, kenapa dengan hari tasyrik ? dah macam mengajar agama kat budak tadika pulak. ngeh3
hari tasyrik ialah hari yang diHARAMKAN berPUASA. kenapa tak boleh puasa ?
sebab hari tu merupakan hari makan dan minum. sama juga dengan hari raya 'aidilfitri dan hari raya 'aidiladha. boleh ke puasa hari tu ? mestilah tak kan. kenapa ? sebab, itu merupakan PERAYAAN bagi UMAT ISLAM. jadi CUTI. kalau cuti selalu korang buat ape ? berehat kan. jadi tak payah la berpuasa, rehat, ra'ikan, makan dan minum serta rapatkan silaturrahim dengan semua orang =] suka x dapat cuti ~? hahahaa *sengal

'hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah swt'
[hadith riwayat Muslim]

hukum berpuasa secara umum, DI SINI

jadi, kita mera'ikan hari raya qurban selama 4hari, dan hari raya puasa 2hari, tapi kita mera'ikan hari raya puasa sebulan, patutnya 2bulan lah sebab 2hari and hari raya qurban patutnya 4bulan sebab 4hari. hahahahaha *cold joke~

keTiga ;
28zulhijjah 1432 bersamaan 24nov 2o11 merupakan kelahiran
HARIZ IKHWAN =D *tepuk tangan ^.^

uri bebo

siapa Hariz Ikhwan ni ? huehuee~ ni anak along kte =] Alhamdulillah selamat dilahirkan pada 12.3o mlm. sebenarnya die lahir 23nov tapi sebab dah lepas maghrib *kalendar hijrah, dan selepas12 a.m *kalendar masihi kiranya dia lahir 24 nov lah. hehehehe


shoulin baby~ hahahaa, kene cukur dah =D

semoga khalifah kecil kita ini dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah dijanjikan semasa di luh mahfuz dan menjadi anak soleh cemerlang dunia akhirat dan dapat menjadi pemelihara dan pembela agama Allah, sesuai dengan namanya Hariz Ikhwan yang bermaksud 'pemelihara persaudaraan', insyaAllah, amiinn ya robbal 'alamiinn~ baikkan tante buat entry khas untuk hariz *kelipkelip mata* hehehee~

keEmpat ;
SALAM MA'AL HIJRAH =D
jatuh pada 27nov 2o11 bersamaan 1muharram 1433

picca credit to HER

awal muharram merupakan tahun baru bagi takwim islam. Khalifah Umar al-khattab menetapkan 1hijrah sebagai permulaan di dalam kalendar hijrah sempena memperingati penghijrahan Rasulullah SAW.

baca tak do'a akhir tahun dan awal tahun hari tu ?
baca~ alhamdulillah, baguuss =D hahahhaa *buang tebiat.
bagi yang lupa, mungkin takde rezeki. takpe, tahun-tahun seterusnya, jika dipanjangkan umur, jangan lupa baca =]

kte pn hampir terlupa hari tu nak baca. galak no berjalan dengan kakak-kakak. nasib baik ibu dengan abah ingatkan. mulamula hantar mesej. die tengok tak ber-reply, dorang call ktorang banyak kali sampai kitorang angkat. Alhamdulillah~ ibuabah ingatkan. fuhh~

sempena tahun baru, macam biaselah, tak habis-habis ber-azam baru. yang lepaslepas punya pun tak tertunai-tunai lagi, kaann. hahahaha

apa kata tahun ni, tetapkan satu je azam atau perubahan yang nak dilakukan. macam ustaz..... ermm, alamak, tak ingat lak nama die ape. duhh~ kat radio ikim. beliau kata;

'jangan sibuk nak buat azam banyak2 tapi tak tertunai. sibuk nak ubah orang, tapi diri sendiri yang tak berubah-ubah. kali ini, tetapkan hati dan ubah diri sendiri dulu. betulkan diri sendiri dulu, insyaAllah, semua akan berjalan mengikut tempatnya'

lebih kurang macam tu la. ni dah paraphrase. hehehhehehe

ohh ya, ingat ni ; 'Allah bertindak sebagaimana yang hambaNya fikirkan~'

jadi untuk tahun ni, ubah dan betulkan diri supaya selari dengan syariat islam, hidup berpandukan qur'an sunnah. *erhmm erhmm, mcm bagus je cakap. hahaha takpelah, mari samasama saling mendo'akan, insyaAllah, amiinn =]

nak 'ilmu lebih, TEKAN SIN

keLima ;
SELAMAT HARI LAHIR CIKGU HAMZAH TAJUDDIN =D

yang ke-4o lebih *exact umur tak dapat dikesan.gagaga jatuh pada tarikh yang sama dengan awal muharram iaitu 27nov 2o11/1muharram 1433. siapa Hamzah Tajuddin ni ? cikgu sains ke ? math ke ? cikgu kat sekolah ke ? uitm ke ?

salahsalahsalah, anda salah. tu pun tak kenal sapa *nada kerek* hahahhaa ^.^
ni cikgu yang dah 11 tahun ajar kte+kakak2 kite+kawan2 yang lain, silat =) dari kte darjah 2 sampai sekarang. woott woott~ cikgu still macho tuu~! hahahahhaha *sengal


cikgu hamzah kat tengah2. kanan; mat salleh (nama xtau) hhoo

semoga cikgu sihat sentiasa, semoga cikgu dimurahkan rezeki sentiasa semoga cikgu dan keluarga cikgu sentiasa didalam rahmat dan lindungan Allah, insyaAllah, amiinn~


x igt thn o8/o9; dapat anugerah sandang *cikgu kat tengah2 belakang sekali

terima kasih kerana telah ajar seni mempertahankan diri kepada kami. insyaAllah, semoga 'ilmu itu dapat kami simpan dan guna untuk menegakkan dan membela agama+warisan+budaya kita =D


amek bengkung, uitm s.alam *semua anak murid cikgu hamzah, tp cikgunya takde. uhhuu *abah pakai baju kelabu. hhooo

dan yang paling penting sekali, semoga cikgu TAK BACA entry ni. malulah den. aigoo~ hhahhahaha ^^"

oke, tamat sudah tarikh-tarikh penting dan ucapan-ucapan berharga. wuhhuu~!

-sekian-

pssstt : rindu gila kat arwah tokmak (mak kepada abah). tak pernah jumpa. meninggal time Abah sekolah lagi. al-fatihah untuk arwah~ semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm kalangan mereka yang beriman, insyaAllah, amiinn~ =')