please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Sunday, April 22, 2012

tidak semua orang sama

assalamualaikum wbt =]

apa khabar korang semua ? semoga sentiasa didalam lindungan+redha+rahmat Allah, insyaAllah, amiinn~^^ 

masa tengah scroll tengok newsfeed, terjumpa ni. masyaAllah~ terasa sikit plus sedih ='[

seseorang yang sentiasa tersenyum riang dihadapanmu
ketahuilah, dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian

seseorang yang sentiasa bergurau senda dihadapanmu
ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendiri

seseorang yang sentiasa menyuntik katakata semangat dan peransang kepadamu
ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu

seseorang yang sentiasa kelihatan kuat dihadapanmu
ketahuilah yang dia sentiasa mengadu lemah dihadapan Tuhannya

seseorang yang ketawanya menceriakan harimu
ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya

seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu
ketahuilah dia adalah insan yang tidak pernah mendapatkannya

seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya
ketahuilah dialah seorang 'pertapa setia' yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian..

*taken from; mencari redha Allah, fb.


tibatiba teringat cerita seorang doktor yang baru kematian anaknya, tapi terus bergegas ke hospital untuk menjalani pembedahan anak orang lain, dan Alhamdulillah anak orang tu dapat diselamatkan walaupun pada mulanya budak tu seperti tiada harapan untuk sembuh, dan ayah si anak mula menyalahkan doktor yang tabah ini. wuwuwuwuu~ sedih baca cerita tu. tapi, itulah hakikat

sungguh, tidak semua mampu menzahirkan apa yang mereka rasa. maka janganlah kita mementingkan diri, menunding jari dan mengutuk mengata orang lain. kerana kita tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka, dan bagaimanakah mereka menjalani hidup mereka sebenarnya.. 

bukankah Rasulullah SAW juga dilanda hebat ujian hati dan perasaannya, mental dan fizikalnya ? tetapi Baginda SAW bersabar bahkan sentiasa tersenyum ceria, menggembirakan para sahabat, tetamu dan semua manusia am-nya. maka siapalah kita manusia biasa ini disisi Allah ? sedangkan Rasulullah yang dilanda ujian sebegitu berat, masih mampu tersenyum. subhanAllah~

-sekian-



'ya Allah, jadikanlah kami seorang yang sentiasa bersabar dengan setiap ujianMu ya Allah, dan semoga kami termasuk didalam golongan mereka yang mencintaiMu, amiinn ya robbal'alaminn~'


psstt: thanks sangatsangat kat semua yang wish birthday. serius terharu gile, even hanya words 'hb' it still makes me reallyreally........ =')
terasa macam artis sekejap. hahahaha~ thanks a lot guys^.^ may Allah bless us, amiinn~

1 comment:

han eba said...

terasa rahsia dibongkar. sheesh