please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Wednesday, August 17, 2011

Law Kan Baynana (andai Rasulullah SAW bersama kita)

assalamualaikum wbt =]


entry kali ni banyak video, erkk, xdelah byk sgt. harap korang bersabar dan kalau boleh, tengoklah semua video tu, oke =D

apa khabar pembaca semua ? *bajet. hahaha ^.^ macam mana dengan ibadah puasa ? dah masuk pertengahan bulan ni. harap-harap, semoga ibadah tahun ini tidak sia-sia, malah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, semoga segala ibadah kita diterimaNya, insyaAllah =)

17 ogos bersamaan 17 ramadhan 1432 hijrah, Nuzul Qur'an .
memandangkan dah masuk pertengahan bulan, apa kata kita muhasabah diri sedikit =]
cuba bayangkan jika Rasulullah bersama dengan kita pada masa ini, berpuasa bersama-sama dengan Rasulullah, Rasulullah mengIMAMi terawikh kita, qiamulail bersama-sama Rasulullah.. apa yang korang rasa ? sedih ? terharu ? gembira sampai lompat2 kanggaru x berhenti ? nak peluk Baginda sekuat hati, nak mintak Baginta do'akan supaya dapat 4flat ? nak minta syafaat Baginda ? nak minta do'akan kita berjaya dunia akhirat, lepas titian sirat, lepas dari azab kubur, lepas dari hisab Allah ? mesti kita nak minta Baginda do'akan kita dengan macam-macam permintaan lagi~ mesti banyak korang nak buat kan, bila Rasulullah depan kita, hidup dengan kita zaman ni =')

subhanAllah.. x dapat bayangkan betapa gembiranya hati ni........


apakah yang akan kita semua jawab sekiranya ditanya "andai Rasulullah bersama kita pada hari ini, apakah yang akan Baginda lakukan ? "


dimanakah letaknya cinta dan rindu kita kepada Rasulullah ?
sedangkan Baginda terlalu memikirkan ummatnya, walaupun ketika Baginda wafat, tetap.... "ummati, ummati ~ "


'kutahu cintamu kepada umat
kutahu bimbangnya kau tentang kami
syafaatkan kami...'


"... mereka adalah yang lahir selepas kewafatanku. mereka terlalu mencintai Allah dan RasulNya dan mereka tidak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat sebagaimana kalian.. tetapi mereka begitu rindu padaku.."


lihat, betapa CINTAnya Baginda kepada kita..
sejauh mana cinta kita kepada Allah dan RasulNya ? *tepuk dada tanya iman

' ya Rasulullah, ya HabibAllah
terimalah kami sebagai ummatmu
ya Rasulullah, ya HabibAllah
kurniakanlah syafaatmu.. '

kte yakin, lepas habis je korang baca ni atau beralih dengar lagu rancak atau berborak-borak, bersama dengan kawan-kawan, mesti korang dah lupa pasal ni. mesti terdetik kat hati korang

'arghh, buat apa nak sedih-sedih sekarang. bukannya Rasulullah ada pun'

lepas tu korang pn teruskan hu-ha hu-ha, lupa terus pasal ni. x salah, bergelak ketawa, sukasuka, tapi, selalu lah ingat betapa CINTA dan RINDUnya Rasulullah SAW kat kita semua. kalau Baginda pun dah terlalu mencintai umatnya, apatah lagi Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. kann =')

"andai Rasulullah bersama kita pada hari ini, apakah yang akan Baginda lakukan melihat umatnya sebegini ? "

-sekian-

psssttt : banyakkan beribadah di bulan yang mulia ini =] istiqamah dan ikhlas lah dengan ibadah itu, walaupun sedikit. yang penting, jangan tinggal solat *jangan jadikan bulan ramadhan, bulan yg mulia ni sama seperti bulanbulan yang lain ^.^

No comments: