please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Tuesday, October 25, 2011

peringatan sesama sendiri

assalamualaikum wbt =]

kadang-kadang dan sentiasa, kita tak sedar apa yang kita lakukan akan memberi kesan kepada sekeliling. benda tu boleh jadi akan menyakitkan hati atau buat orang lain terasa hati, walaupun itu perkara biasa bagi kita, tapi mungkin tidak biasa bagi orang lain.

sentiasalah jaga setiap perbuatan dan percakapan kita

memang... kte pun selalu jugak tak sedar apa yang biasa bagi kte, luar biasa/pelik bagi orang lain. tapi, beringatlah~

sedar jugak kalau diri ni. tapi, anda, anda, dan ANDA yang lain, tidakkah sedar ?
ungkapan 'sakit hati' susah nak tunjuk. last-last apa yang boleh buat, pendam je~
b a h a y a sikap pendam-pendam tu. takut meletus macam gunung berapi.

dan ungkapan 's a b a r'. senang sebut. macam senang nak buat memang senang pun nak buat. hahhaa tapi tak senang bagi semua orang kan~?

"sabar itu adalah MENAHAN JIWA dari berKELUH kesah dan MARAH, menahan lisan dari mengeluh, serta menahan anggota badan dari berbuat tashwisy (tidak lurus). sabar itu ada 3jenis. sabar dalam berbuat ketaan kepada Allah, sabar dari melakukan maksiat, dan sabar terhadap ujian Allah"
[ibnu al-qayyim]

kalau kene kat diri sendiri, hhaa, baru tau macam mana rasanya. sedap tak sedap. ada rasa briyani kambing ke ABC ke cendol ke..


"sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) menimpa musibah"
[hadith riwayat bukhari]


psssttt : ini peringatan untuk diri sendiri dan orang lain~ bukankah nasihat-manasihati, ingat-mengingati itu amalan yang mulia =)
sabda Rasulullah SAW "sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan mufattan (penuh cubaan), tawwab (senang bertaubat), dan nassaa' (suka LUPA). tetapi, apabila diINGATkan ia segera INGAT"
[silsilah hadith sahih, no:2276]

2 comments:

han eba said...

what's happening my dior

nurul norman said...

thank you eba, dengar bebelan kte. hehehehe