please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Monday, November 22, 2010

Berdoalah..

Kali pertama bumi ini diciptakan , katanya selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengn stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat, lalu mereka menghadap Allah SWT
"Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang? " Tanya para malaikat.
" kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.
"Lalu bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab ? " tnya para malaikat lagi.
"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.
Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar. Setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam, kemudian berputar pada paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.



Paku merupakan banda keras yg terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.
"Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku? "
"Ada ! " jawab Allah. "iaitu api, yg dengan panasnya dapat melemahkan besi."



"adakah yg lebih kuat lagi selain api, Ya Rab ? " tanya Malaikat lagi.
"Ada ! yakni air yg dpt memadamkan api." Jawab Allah lagi.



"Jadi Ya Rab, adakah yg lebih kat lagi selain air? " sambung Malaikat.
"Ada ! iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus." Jawab Allah lagi.
"Tapi Ya Rab, adakah yg lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin) ?" Malaikat bertanya lagi.
"Ada ! iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu." demikian Allah SWT menjelaskan.
[hadith kudsi]

No comments: