please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Monday, November 22, 2010

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W

"Cerdasnya org yg beriman adalah dia yg mampu mengolah hidupnya yg sesaat, yg sekejap untuk hidup yg panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup [al-Hayyu]. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jagan lupakan mati, tapi rindukan mati.
Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya. Maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kite selalu manjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. 7 sunnah Nabi SAW itu adalah :
1)Tahajud. Kerana kemuliaan seorang mukmin itu terletak pada tahajudnya.
2)membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, mata membaca dan melihat terlebih dahulu ayat cintaNya Allah. Bacalah Al-Qur’an dengan penuh pemahaman.
3)Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun, langkahkan kaki ke masjid. Kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bkn kerana panggilan muadzin, tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4) Jaga solat sunat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
5) Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yg suka bersedekah, dan malaikat Allah akan selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
6) Jaga wudu’ terus menerus, kerana Allah menyayangi hambaNya yg berwudu’. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "orang yg selalu berwudu’ senantiasa ia akan merasa selalu solat, walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa’, "ampuni dosa, dan sayangi dia Ya Allah.."
7) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yg terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kite kepada Allah. Apabila kite kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula. Oleh kerana itu, setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran islam lainnya.
Zikir juga merupakan makanan rohani yg paling berkhasiat, dan dengan zikir bebagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sources : www.iluvislam.com, oleh : nias

Sama-samalah kita ingat mengingati sesama kita =]
"...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."
[surah ar-ra’d, ayat 28]

No comments: