please leave your 'tapak kaki' so that i know that you read and support me =]

Monday, November 22, 2010

WHY U CHOOSE LAW AS UR COURSE ?

itulah soalan lazim dekat sini setiap kali start semester baru. Aishh, ape nak jawab ni ? kenapa plih law ? sampai sekarang masih mencari jawapannya.
1st day kelas itu la soalan first and wajib yang ditanya oleh semua lecturer. Bile dah start ice breaking, mula la dengar suarasuara sumbang. masing masing akan cari idea nak jawab apa. Kte pun join sekali bisingbising tanya kawan kawan, "wehh, kenapa korang pilih law ? nak jawab ape ni ?" "aku pun tak tau nak jawab ape.." Alamak, dh smpai giliran lah. 

" my name is... you can call me A... or N... I’m from Shah Alam Selangor. ermm, why I choose law ? actually, this is my last choice. Because my science subject not so good. so, i didn’t get that~". 

"This is ur last choice ?’’ lecturer terkejut sebab student law cakap macam tu. "so, what’s ur first choice?".

"Social Science (atau lebih tepat lagi, psychology)".

‘’wow, it’s very far away. you shouldn’t be here."

erghh ! skali beliau kata begitu. terasa oohh. rasa macam tak layak langsung. takpelahh~
Sebenarnya boleh dikatakann hampir separuh budak kelas kte yang taknak join law ni. sebab semua orang pun cakap ni last choice.
''THIS IS MY LAST CHOICE ''
ingatkan kte sorang je yang macam tu.. rupanya diorang pun sama. Kesiannya kami... +.+


Mostly classmate kte semua dari sains stream, tapi result untuk science subject not so good and ditambah lagi kurang information on how and what to apply based on their result, so end up macam ni la. and tercampaklah kami semua dekat sini. 

Tapi yang peliknya, macam mana boleh terpilih kos law ni dari berbanyak banyak kos masa daftar dulu. haa, tu pun heran juga. mungkin kami semua memang dah ditakdirkan Allah. DIA jualah yang menggerakkan hatihati kami untuk pilih kos ni. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahNya. yakinlah.. insyaAllah .

So, nak taknak kena lah belajar Law ni. Untuk budak budak yang tak suka menghafaz, memang sangat payah.boleh dikatakan 90% MENGHAFAZ. faham tak faham still kena hafal semua bendabenda keskes artikel artikel pelik ni.

masa mulamula dapat kos ni, kte mengadu dekat abah. and abah cakap,
"awak kena belajar betulbetul. tak suka pun, cuba untuk suka. Ilmu Allah itukan luas, awak kena terima and paksa diri tu belajar. tak rugi pun belajar undang undang ni.."

Kte pernah cakap dekat abah, asasi ni kte score, tapi degree nanti nak buat lain, taknak sambung law, tak suka.

tapi abah jawab, "belajar biar sampai habis. yang penting sekarang ni buat sampai habis dulu. mungkin ni yang Allah dah tetapkan untuk awk.. undang undang bukan boleh dibuat main. kalau kita tahu undang undang senang. takdelah kita selalu kena tindas/diperbodohkan dengan orang lain. awak fikir fikirkanlah apa yang abah cakap ni..''

'Dan diantara manusia (ada) orang yang mempergunakan percakapan kosong untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikannya olok-olokan. mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.'
[Surah Luqman ayt 6]



start dari tu, kte banyak kali fikir. sebab apa belajar law ni. kte niatkan dalam hati,

" Ya Allah, sesungguhnya aku belajar adalah untukMu, untuk agamaMu, untuk bangsaku, untuk keluargaku.. dan untuk diriku. Maka Ya Allah, bantulah aku didalam perjuanganku ini, perjuangan memburu ilmuMu. izinkanlah aku menguasai ilmuMu itu, Ya Allah.. insyaAllah, aminn..''

Alhamdulullah sekarang dah masuk sem dua. alhamdulillah sem satu result ok (walaupun tak hebat mana) tapi sekarang kte dah mula cuba suka. alhamdulillah, sem dua ni subject semua bestbest. and yang paling best ada subject psychology. YES !! finally i'd chance to learn psychology =) alhamdulillah sangat sangat, Allah bagi peluang untuk belajar tu. kena score betulbetul ni. terima kasih abah ibu along angah kakak kakcik and semuaaa.. especially abah atas semangat and dorongan tu =]

insha Allah, kte akan belajar sungguh sungguh. Wallahi kejayaanku adalah untukMu, ya Robb. insha Allah..


tampalan dinding *

psstt: kte lagi rela hafaz hadithhadith ayatayat qur'an utk law shari'ah compared dengan common law. seriously tu lagi enjoy

2 comments:

han eba said...

saya dibelakang anda :) AHHAAH. go go :)

nurul norman said...

kte ddpan kauu~~~ hhhuehuehuehue =DD